Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, 20 March 2018

KETUMBUHAN DI PAYUDARA (Mula Dikesan)- PART 1

Assalamualaikum,,

Fuh fuh fuh tiup habok dulu kasi vakum dulu sawang sawang yang dah makin beranak pinak tu.. 

hai semuaaa lame btl rasenye aku tak membebel kat sini since buzy gile kerja yang menimbun nimbun... so ni dah dapat cuti dari doc for 2 weeks, tetibe terdentik nak tanya khabar ape khabarrrr blog ku ini.. hahahaha

ok nak dijadikan cerita.. kenapa aku di anugerahkan MC selama 2 minggu oleh Doc dan disinilah permulan nya..


Ramai yang tanya mane aku hilan lepas hampir 1 tahun tak de cerita kat blog kan (perassannnn org carii)

kisahnya bermula.. sejak aku bekerja dekat tempat baru mula bulan 10 tahun lepas Alhamdulillah rezeki Allah,, tp dalam rezeki tu banyak juga dugaan tempat baru ni.. meeting sampai malam, kerja non stop, sangat sangat jadikan aku workaholic person gile. stress takyah cite lah mane mane kerja pun stress. but its ok aku suke sbb mmg ni pun yang aku pilih utk cabar diri tahap kemampuan berkerja supaya aku tau mana limit bekerja yang aku mampu capai...

ok lets story begin, 

pada bulan awal Feb 2018, aku rasa ada bende yang tak kene pada breast aku,, ya la kita as perempuan sure mmg boleh rasa n boleh tau kalau ada perubahan pada tempat-tempat yang kita sendiri je selalu tengokkan.. aku rasa ada mcm ketulan keras pada breast dan aku tanya pada husband samada die rasa tak bende tu atau cuma perasaan aku jee.

Husband pun cakap aah ada rasa mcm bende keras and husband cakap tgk 2 3 hari kalau tak hilang kita g clinik cek..

dlm 2 3 hari kepala otak mule pikir bukan bukan dan mmg takkan tenang.. so pak google lah jadi mangsa aku search sane dan sini.. then pada 10/2/2018 ketulan tu tak pun merosot dan ada sedikit rasa sakit pada tempat ketulan tersebut.. dan aku memilih utk pergi buat check up di klinik. Aku pergi Poliklinik Aisyah dekat Samudra Gombak sbb mmg pernah buat chekup baby dulu dkt sini n doc nya perempuan so tak la segan sangat..

after cerita pada doc, dan doc pun buat la pemeriksaan pada breast dan die kata yess mmg terdapat ketulan atau LUMP pada bahagian breast dan anggaran dalam 5-6cm aku dah berderau dah darah dengar ...... mmg agak besar.. aku dah makin tak keruan la dengar mcm tu.. so doc pun bagi refer letter untuk aku rujuk ke hospital supaya lebih detail boleh tau ketulan tu ape bende.Dr kata kemungkinan Fibroadenoma(ketumbuhan bukan cancer yang wanita mudah kene), mungkin boleh jadi Cancer and hopefully its not, so jangan anggap semua ketulan tu biasa dan ia mungkin merbahaya ok.. sbb Cancer adalah pembunuh Senyap..

 kebetulan aku mmg ada insurance dan doc cadang untuk aku terus ke hospital swasta supaya keputusan boleh tau awal dan tak perlu nk que untuk appoitment.. so aku pilih Colombia hospital Cheras sebab dekat dengan rumah and kalau jadi ape- apa husband senang nk ulang alik.

sumber : google
*gambar utk ilmu ok jangan nk fikir lain jeee baikkk.. 


so pada 12/2/2018 pagi pagi aku terus ke Colombia Hospital dengan bawak refer letter tu dan pihak hospital terus park aku bawah penyeliaan Dr.Vena (pakar bedah) aku dah mule pikir pahal nk park bawah doc bedah plk dahhhhh.. bg la doc biasa dluu.. and itu mmg normal ok.. so aku terus di hantar ke conter B dan nurse terus bawak aku masuk bilik Dr Vena tu.. tak yah Que wehhh laju jeeeeeeee.

Dah masuk bilik Dr.Vena, nurse bg refer letter terus doc tanya aku background family, ada lelehan keluar tak pada payudara, history penyakit, berapa lame dah perasan ada lump semua then baru doc buat pemeriksaan supaya die nk tgk risiko Breast Cancer yang paling digeruni itu ada atau tidak pada aku.. 
Doc terus buat pemeriksaan pada kedua2 belah breast utk nk tau perbezaan dan yes sekali lagi doc cakap mmg ada ketulan itu cuma die tak boleh nk tentukan ketulan itu apa selagi tak buat cek teperinci angaran size lump tersebut dari Dr.Vena adalah 8cm... haaaaaaaaaa lg besar dr Dr.Aisyah tu cek.. so Dr.Vena arahkan utk buat Breast Ultrasound utk prosedure seterusnya...

mcm panjang sangat dah ni..... ok kalau nk tau ape pulak keputusan dari Ultrasound dan prosedur yang aku kene jalani lepas tu.. boleh click dekat link ni ehhhhhh.... 


thanks for reading
xoxo Puan Husna

p/s : nk menulis je rasa harini sepanjang hari.. hahahahah 

Thursday, 26 March 2015

Mr.OS Meninggal l Sakit? ini Kisah Sebenar!

Assalamualaikum,,

hari yang sangat mencabar semalam bile bermacam macam berita sampai dan berduyun duyun call masuk utk mendapatkan kepastian.. 

 jadi harini aku akn ceritakan apa sebenarnya yang berlaku. setelah ada yang mengeluarkan berita palsu tentang Abah Meninggal Dunia.. Allahuakbar.. 


berita ni mula tersebar semalam bila gambar abah dimasukkan ke hospital minggu lepas tersebar melalui wassap.. ok kami pun tak tau punca utama gambar tu boleh tersebar. dan disini aku bagi pihak keluarga ingin menegaskan bahawa, ABAH MASIH HIDUP, dan dia semakin sihat Alhamdulillah, gambar beliau dimasukkan ke hospital itu betul.

8 hari abah di tahan di wad untuk menjalani sedikit pembedahan tonsil. dan telahpun selamat pulang ke rumah pada sabtu lepas selepas Doc melaporkan abah semakin pulih dan boleh pulang. kini kesihatan Abah beransur baik, dan semakin baik.. 

Alhamdulillah, Terima Kasih buat yang terus mendoakan kesihatan Abah, Semoga Allah membalas dengan perkara yang baik baik insyaallah, Bagi yang terus Menyokong Mr.Os dan memberi kata semangat untuk beliau aku juga ingin mengucapkan terima Kasih, InsyaAllah kalau tiada apa yang menghalang, Beliau akan mula berkerja seperti biasa tidak lama lagi.. 

Bagi yang menyebarkan berita palsu, aku harap ianya dapat di hentikan serta merta.. kami tak marah cuma kami sedikit terkilan dengan berita bergitu.. namun Abah pun ada cakap pagi tadi.. takpela.. mungkin ni Ujian Allah bagi untuk die Bagi bende baik lepas ni Insyaallah,, Abah mmg verry positif org die,, dan die sangat kuat semangat.. bukan kami taknak menceritakan tentang dia berada di hospital, tapi ini adalah pemintaan dari beliau sendiri yang mana,, taknak orang nampak mcm beliau menagih simpati.. maaf buat semua sekali lagi.. dan Terima Kasih buat yang terus mendoakkan kesihatan beliau..

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: Sebarkan berita baik, cari aura baik, insyaAllah dapat yang baik-baik :)

Wednesday, 26 November 2014

Makanan Sunnah Pil Habbatussauda By Mr.Os

Assalamualaikum,,

mari mari adik akak abang abang macik macik, pacik pacik.. ini ada berita baikkkkk.. sering merasa gelisah dengan masalah kesihatan yang makin merudum? masih mencari product kesihatan yang terbaik untuk diri? sakit lutut, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung penyakit 3 serangkai? dan macam-macam masalah kesihatan? 

amalan makanan sunaah insyaallah mampu membantu merawat segala jenis penyakit kecuali mati.. 
 apakah makanan sunaah itu? ianya ialah HABBATUSSAUDA yang mana ianya ada di sebut dalam hadis nabi sendiri... dan kini anda boleh dapatkan ianya dalam bentuk capsul lebih mudah untuk dimakan.. mana nak dapat pill ni? 

taraaaa.....

HABBATUSSAUDA by MR.OS

anda kini boleh dapatkannya direct dari Mr.Os sendiri!


Habbatussauda by Mr Os ini adalah direct dari Mesir sekotak ada 24 biji
 DAN HARGANYA SANGATLAH MURAHHHHH!!



kelebihan habbatusauda adalah ianya merupakan makanan sunnah yang mampu menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali mati, ianya juga boleh dijadikan supplement(makanan tambahn) untuk mencergaskan lagi badan,, yang mana seperti umum ketahui, Mr.Os sendiri mempunyai masalah jantung, hingga pernah menjalani sedikit pembedahan jantung,, dan setelah mengamalkan habbatussauda ini, alhamdulillah kesihatannya bertambah baik.. 



CARA MENDAPATKANNYA

bagi yang ingin COD boleh COD sekitar Seri Gombak/Melawati/Ulu klang/WangsaMaju
dan bagi yang di sekitar Kuala Kangsar/Ipoh COD boleh dibuat setiap hari RABU 
*sbb Mr.Os akan ada di sekitar Kuala Kangsar /ipoh setiap hari rabu 

khidmat pos juga di sediakan, cuma penambahan 
charge penghantaran sebanyak RM6.00 sahaja bagi setiap pesanan. 

boleh direct Call /Whatsapp untuk Harga dan sebarang pertanyaan
Mr.Os : 019- 268 7084
Husna : 014- 229 0966
Izuan : 011- 1183 8980
Haryati : 019-725 7720


'khtiar itu perlu selebihnya kita serah 
kepada Allah kerana Allah yang menyembuhkan"

Thursday, 27 February 2014

Mommy Info-Rahim Terbalik

Assalamaualikum,

lama rasanya tak bg mommey tips kan,
ok disebabkan kerajinan harini, tetibe tringat pasal mommey tips,

ini adalah entry bekaitan info kewanitaan, yang boyss out there.. nak baca boleh juga,
untuk knowledge. sbb kehidupan seorang lelaki itu pasti ada perempuan disampingnya.. ewahhhh
bukan main lagi si Dr.Husna yang tak bertauliah ni.

ok harini a bit info pasal rahim terbalik,
rahim yang di maksudkan bukan lah Rahim Sepahtu yang baru menang duit tu hehehehe
ini adalah rahim bagi seorang wanita..

penah tak korang tau yang rahim bukan saja boleh jatuh. tetapi kedudukan die juga boleh terbalik..
hah mule la nak imagine ngarut2.. hahaha tak yah kerut2 dahi sangat meh tgk gmbr ni.. dan cuba pahamkan kedudukan yang dimaksudkan terbalik tu..


ini adalah perbandingan kedudukan rahim normal dan terbalik..

dh tgk?
ok bagus now meh aku terangkan sikit pasal permasalahan ini.
kedudukan rahim terbalik tidak membahayakan nyawa seseorang wanita sebaliknya die terjadi secara semula jadi (menurut kata Dr. pakar sakit puan a.k.a Dr.panel yg aku slalu jumpa)
dan ianya adalah normal sebab contoh paling senang bukan semua orang tulis guna tangan kanan kan, ada juga sikidal mcm aku ni haaaa.. so bagi yang memiliki rahim terbalik anda tak perlu risau.. sebab ianya bukan la perkara yang serius..

ada setengah berpendapat bila rahim terbalik susah dpt anak.. yg ni aku tak pasti kesahihan die.. sbb menurut Dr die kata rezki itu dari Allah, so tak de sape yang boleh menentukan org tu boleh dpt anak atau tidak.bukan kerja kita untuk menentukan semua tu, yang boleh kita buat adalah usha dan ikhtiar... yg ni aku setuju dengan Dr. tu.. Dan ada juga yang membuat minor opperation untuk membetulkan kedudukan rahim tu semula. pon boleh sebagai ikhtiar.

Dr juga ada cakap wanita yang memiliki rahim terbalik senang sengugut, yang ni aku dulu ada la sengugut sebelum kawin.. tp orang tua2 kata lepas kawin hilang sengugut.. aah yang ni betul
hahahahaha aku tak tau la mungkin kebetulan kot.. alhamdulillah sejak kawin aku tak lagi sengugut. kalo tak dulu siap boleh guling2 nangis2 pengsan2 lagi.. (over noooo ko ni husna oiiiii) kehkehkeh

macam mana kita nak tau rahim kita terbalik?
senang je. pegi clinik buat ultra sound.. ehh ultra sound tu bukan utk org ngandung je tau, untuk memastikan tahap kesuburan anda berada dlm keadaan baik pun boleh buat juga.. yer la bende dalaman kan mane la kita nampak.. ye dokkk.. dan yang anak dara pun boleh buat ok.. ambil kisah pasal dalaman kita juga tau adik2 kakak2.. hahaha

ok itu je info yang boleh di share kan..
harap ada yang membantu ya..

thanks 4 ur time gugurlsss.
xoxo Puan Husna

p/s: tetibe terasa teringin nak ngandung hemhemmmm xpe usaha tangga kejayaan.. doa banyak2 untuk saya juga ye kawan2 hekhekhek


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...