Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Thursday, 26 March 2015

Mr.OS Meninggal l Sakit? ini Kisah Sebenar!

Assalamualaikum,,

hari yang sangat mencabar semalam bile bermacam macam berita sampai dan berduyun duyun call masuk utk mendapatkan kepastian.. 

 jadi harini aku akn ceritakan apa sebenarnya yang berlaku. setelah ada yang mengeluarkan berita palsu tentang Abah Meninggal Dunia.. Allahuakbar.. 


berita ni mula tersebar semalam bila gambar abah dimasukkan ke hospital minggu lepas tersebar melalui wassap.. ok kami pun tak tau punca utama gambar tu boleh tersebar. dan disini aku bagi pihak keluarga ingin menegaskan bahawa, ABAH MASIH HIDUP, dan dia semakin sihat Alhamdulillah, gambar beliau dimasukkan ke hospital itu betul.

8 hari abah di tahan di wad untuk menjalani sedikit pembedahan tonsil. dan telahpun selamat pulang ke rumah pada sabtu lepas selepas Doc melaporkan abah semakin pulih dan boleh pulang. kini kesihatan Abah beransur baik, dan semakin baik.. 

Alhamdulillah, Terima Kasih buat yang terus mendoakan kesihatan Abah, Semoga Allah membalas dengan perkara yang baik baik insyaallah, Bagi yang terus Menyokong Mr.Os dan memberi kata semangat untuk beliau aku juga ingin mengucapkan terima Kasih, InsyaAllah kalau tiada apa yang menghalang, Beliau akan mula berkerja seperti biasa tidak lama lagi.. 

Bagi yang menyebarkan berita palsu, aku harap ianya dapat di hentikan serta merta.. kami tak marah cuma kami sedikit terkilan dengan berita bergitu.. namun Abah pun ada cakap pagi tadi.. takpela.. mungkin ni Ujian Allah bagi untuk die Bagi bende baik lepas ni Insyaallah,, Abah mmg verry positif org die,, dan die sangat kuat semangat.. bukan kami taknak menceritakan tentang dia berada di hospital, tapi ini adalah pemintaan dari beliau sendiri yang mana,, taknak orang nampak mcm beliau menagih simpati.. maaf buat semua sekali lagi.. dan Terima Kasih buat yang terus mendoakkan kesihatan beliau..

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: Sebarkan berita baik, cari aura baik, insyaAllah dapat yang baik-baik :)

Tuesday, 10 February 2015

Ice Cream Yang Menjadi Viral Di Malaysia!

Assalamualaikum,,

lepas satu satu makanan menjadi viral dekat malaysia sbb keunikannya..ad yang pakai pasu, ad main gulung, ada pakai tempurung, dan macam macam lah,, jom kita tgk antara Ice Cream yang menjadi viral hingga hampir semua org nak ambik gambar dan nak mencubanya sendiri..

ICE CREAM GOYANG
ice cream ni dulu menjadi viral sbb boleh dapat kat pasar malam, dan harga pun cuma RM1.00 dan kini kebanyakan pengusaha ice cream goyang boleh dijumpai di kenduri kenduri kawin,, sebagai salah satu menu yang menarik.. keunikan cara membuat ice cream ini menarik minat org ramai untuk cuba merasai sendiri ice cream yang mampu mengeras dengan pantas ini.. 

SANGKAYA



ice cram yang berasaskan kelapa, dengan keunikan rasa kelapa, selain itu, cara presenting mereka menggunakan tempurung kelapa itu juga berjaya menarik lagi minat orang ramai untuk merasai sendiri Ice cream sangkaya ini.. banyak juga tempat yang dah jual.. ampang point ada, jalan alor ada,, boleh tgk kat fb diorang SANGKAYA

JIPANGI ICE CREAM (ICE CREAM TONGKAT)




ini merupakan sejenis ice cream yang famous di Korea, dan kini dah mule menapak di malaysia.. keunikan kon yang seperti tongkat membuatkan orang ramai ingin mencuba sendiri merasai keenakan ice cream itu.. tapi aku sendiri masih tak pasti kat mane ad jual ice cream ni.. tp untuk brand Jipangyi tu ada di time square.. so sape nak rasa boleh la try cari2.. ok!

ICE CREAM GULUNG



ice cream gulung ni pula adalah ice cream yang agak famous di thailand, dan mule memasuki malaysia dan menjadi kegemaran rakyat malaysia dengan keunikan cara menyediakannya,, ice cream gulung ni di buat dengan mengeraskan icecream pada kuali yang sejuk,, dan ramai yang mengatakan bahawa ice cream ni sedap,, ice cream ni boleh dapat di Langkawi, kl pun dah ada tak salah di downtown mines, danau kota pun ada.. 



 ICE CREAM PASU

ni mmg cukup viral sampai macam macam gambar ice cream pasu dapat di lihat di fb menjadi viral.. dari yang beli, buat sendiri sampai yang buat lawak tentang ice cream ini pun ada,, keunikan ice cream ini cuma pada cara rupa bentuknya sahaja,, namun bagi kebanyakan,, rasanya adalah seperti ais cream biasa,, bagi aku pencipta ice cream pasu ni cukup kretif dengan menampakkan rupe ice cream ni seperti satu pasu mini namun sebaliknya ianya adalah ice cream.. ice cream ni boleh di dapati merata malaysia, dan kalau nak buat sendiri pun boleh.. ramai juga yang membuat tutorial cara buat ice cream ni.. so bagi yang nak mencuba selamat mencuba.. 

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: sumber gambar adalah dari google.

Thursday, 15 January 2015

Viral - Video Tazkirah K-POP! dan ini Pendapat Aku!

 Assalamualaikum,,

sebelum lebih lanjut tgk ni dulu.. mmg agak kecoh la kat fb bile seorang gadis tampil membuat video  pendapatnyer tentang insidend k-pop.. namunn.. ada sedikit yang menjadi kurang senang.. nak tau kenapa.. jom tgk video ni dulu ok.. thennn aku akan bg pendapat aku pulak..


 ok now dengan izin Allah juge aku menulis ini,

at first aku bercakap bukan dari sudut agama,, dan kalau terselit sedikit bab agama,, aku harap ada yang membetulkan aku jika aku salah..

nah infomasi tentang 3 GOLONGAN MANUSIA, dan korang akan faham kenape!

ADA TIGA GOLONGAN MANUSIA BERDASARKAN PADA AKAL DAN NAFSUNYA IAITU:
1. Manusia yang nafsunya lebih dominan daripada akalnya.
2. Manusia yang nafsu dan akal sama-sama dominan.
3. Manusia yang akalnya lebih dominan daripada nafsunya.
✔ MANUSIA GOLONGAN PERTAMA akan cenderung menuruti keinginan hawa nafsunya. Segala sesuatu didasarkan hanya kepada nafsu semata. Nafsu akan cenderung memegang kendali penuh terhadap akalnya, bahkan aturan negara dan agama pun akan dilawannya bila tidak sesuai dengan kriteria nafsunya.
Secara umum, nafsu ini akan cenderung membawa manusia pada perbuatan yang negatif karena dominasinya terhadap akal. Manusia dalam golongan ini tidak akan pernah punya perasaan bersalah.
Kadang-kadang pada bulan Ramadan ada orang yang suka bertanya: “katanya di bulan Ramadan setan-setan akan dirantai, lalu kenapa masih ada saja orang-orang yang membunuh, berbuat kekerasan, mencuri, merampok dan sebagainya?” Jawabannya adalah karena nafsunya telah membelenggu dirinya dan mengendalikan akalnya.
✔ MANUSIA GOLONGAN KEDUA adalah manusia yang kadang berbuat atau bertindak berdasarkan akal pada suatu kesempatan dan berdasarkan nafsu pada kesempatan lainnya. Ia akan bisa berbuat baik di suatu kesempatan dan berbuat jahat di kesempatan lainnya. Ketika telah melakukan perbuatan jahat, ada kemungkinan akan timbul rasa bersalah dalam dirinya dan timbul hasrat untuk memohon ampunan. Namun demikian, ada kemungkinan ia akan mengulangi lagi perbuatan jahatnya di waktu yang lain.
✔ MANUSIA GOLONGAN KETIGA adalah manusia yang cenderung berbuat baik di setiap kesempatan. Ini adalah kondisi ideal manusia, dimana akal mampu mengendalikan nafsu dan membawanya pada hal-hal yang positif sesuai dengan peraturan negara dan agama.
Akal sendiri adalah bagian terpenting yang membedakan antara manusia dan binatang. Keutamaan manusia adalah karena selain dikarunia nafsu, ia juga dikaruniai akal sebagai suatu sarana untuk belajar dan terus belajar.
Nafsu pada diri manusia tumbuh lebih dahulu daripada akal, oleh karena itu jika kita perhatikan anak-anak kita, mereka selalu ingin agar apa yang diminta dituruti oleh orang tuanya. Bahkan harus menjerit jika kemauannya tidak terpenuhi. Akal pada diri manusia berkembang sedikit demi sedikit untuk membangun kekuatan dan mulai bisa mengimbangi kekuatan pengaruh nafsu pada saat manusia berusia belasan tahun.
Namun demikian, proses tumbuh kembangnya akal pada diri manusia tak lepas dari bagaimana cara orang tua menumbuhkan anaknya. Salah satu faktor terpenting agar akal bisa tumbuh dengan baik (dalam konsep Islam) adalah dengan memberikan makanan yang halal (dan baik). Halal baik dari jenis makanannya maupun dari cara mendapatkannya.
Jadi, marilah kita berhati-hati dalam memberi makan anak kita agar nafsunya tidak mendominasi akalnya sehingga akan tumbuh generasi yang baik di kemudian hari.

menurut video yang di rakam oleh saudari tu.. die mengatakan mereka berada diatas pentas itu dengan Izin Allah,, mmg btl dengan Izin Allah, Allah mmg akan mengizinkan apa sahaja yang di inginkan dan Allah boleh menghalang apa saja yang dikehendaki.. kerana kita tahu Allah itu Maha Esa maha berkuasa,, 

cuma satu soalah :  ADALAH MEREKA PERGI KE KONSERT K-POP ITU DAN NAIK KEATAS PENTAS ITU KERANA ALLAH?

persoalan tentang masalah k-pop ini bukanlah ape yang Allah izinkan atau tidak.. tapi ini adalah tentang akal dan nafsu manusia itu sendiri.. ok aku bagi contoh,, seorang perogol,, die merogol ramai anak gadis,, dan boleh ke die mengatakan,, aku merogol dengan izin Allah,, dan Allah nak uji mangsa mangsa rogol tu semua. boleh cakap gitu?

bezanya manusia dengan haiwan adalah akalnya,, jadi kenapa tidak diguna akal yang Allah kurniakan itu utk fikir baik buruk sesuatu, tetapi kenapa memilih untuk berlandaskan nafsu utk keinginan sesuatu..

ok aku harap ada bende yang berinfomasi dalam ni kita boleh renungkan.. bende ni bukan utk org lain je.. untuk peringatan diri aku sendiri jugak,, yang kadang-kadang terikut nafsu dan kemudian baru berfikir.. jadi Jangan Salahkan Allah,, dan Jangan Jadikan Allah untuk korang melakukan kesalahan, Ingan Islam Tidak Menghalakan cara,, Yang Haram Tetap Haram, Dan Yang Salah Tetap salah..

Kembali Pada yang Esa, bertaubat dan mohon ampun padanya,, SBb Allah Itu maha Pengampun Lagi maha penyayang.. semua org buat silap dan org paling rugi adalah bile die sedar die silap tapi ego untuk perbetulakan kesilapan dia..  ok wallahualam :)

Thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: mencari ilmu itu tak kira dengan siapa, bile dan dimana,, asalkan bermanfaat..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...