Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Tuesday, 3 March 2015

Honeymoon - Day 3 : Wang Kelian & Satun Thailand

Assalamualaikum,,

ok harini sambung lagi cerita honeymoon heheheh,,, muak ke? tak kira nak muntah ke ape aku tetap nak sambung hehehehe...

ok setelah berjaya menjejakkan kaki ke HATYAI dan TEMPAT TEMPAT SEKITAR PELIS, nowww aku nak cerita tempat lain pulee.. haaa setelah sedikit hampa sebab tak dapat shopping kat padang besar dan hatyai sbb harga yang tak berapa nak murah,, so mr.H pun kata takpela.. takde rezeki la tu nak shopping kat sana,, then mr.H ajak ke Gua Kelam,, saje la nak ambik2 gambar kan..

tibe-tibe aku ternampak signboard Wang Kelian, then mr.H kata wang kelian tak tau ada orang niaga ke tak sbb hari biasa kan.. aku pun search2 internet kata bukak hari sabtu dan ahad sahaja.. tapi disebabkan gerak hati aku ckp takpela kita pegi je la.. ada kita masuk, takde kita balik.. sbb jarak antara Gua Kelam ke Wang Kelian tu cuma 11km je.. tak jauh pun kannnn.. so Mr.H pun ikut la cakap bini tercinta ni ewaaahhhh.. hehehe





sebelum sampai ape lagi kasi tempel gambar berdua dulu banyak banyak..
*mohon jangan nyampah tgk pengantin basi ni heheheheh


sampai2 je terus tanya kat abang kastam tu,, pastu die kata,, ada orang meniaga tapi tak banyak.. nak masuk tgk pegi lah, die kata... 





so untuk masuk ke Satun, dari wang kelian ni.. tak perlukan passport pun.. tapi kalau gedik nak penuhkan passpot dengan cop pun boleh je.. heheheheh so kitorang pun masuk la tgkkk. jalan kaki je tau.. sbb die btl2 di sempadan pintu pemisah malaysia thailand,. and ad a few kedai yang buka jugak boleh kata 50% tutup jugak la.. kalau nak betul2 meriah mmg kene pegi sabtu ahad,, silap2 nak cari parking pun susah.. 

sumber :Google *sbb lupe nak ambik gambar hehehe


kitorang tgk2 sbb misi utama adalah nak beli Periuk, dan pengkukus mama,, so tanya2 harga.. perrrhhhhhhhh boleh dikatakan harga kat sini jauh lebih murah berbanding padang besar.. 
kalau pengkukus mama size besar aku tanya di padang besar *ehhh berapa banyak besar daaaa, kehkehkeh, RM95.00 tapi kat sini aku dapat 
RM58.00 sahaja.. haaaa ape lagi mmg sambar terus lahhh..

di satun ni pun,, boleh guna duit kita je kalau nak shopping tak perlu tukar duit Bath pun takpe.. 
so misi mencari periuk berjaya disini.. Yer la.. org meniaga mcm mr.H mmg die pun naik gile nak beli periuk kat sini sbb mmg murah sangat sangat.. mr.H berjaya membeli 3 jenis periuk, dengan harga RM40.00 sahaja untuk 3 periuk,, tak ambik gambar pulak.. 





haaa lebih kurang mcm ni la periuk yang di beli bersize besar.. haaaa murahhhh kannnnn,

dan disebabkan kukus mama besar, periuk besar mr.H dah 3biji.. so kereta pun penuhhh hahaha so aku nak beli toto pun terbantut.. sbb toto kat sini pun murahhh wehhhh,, RM20 ke RM30 je dah boleh dapat.. dan paling aku mmg rasa nak borong, semua barang daput kat sini.. haishhh tp sbb bawak kereta.. kalau bawak lori aku rasa penuh lori aku hahahahaha.. 

takpe raya ni kita g lagi ehhh hehehe.. so misi berjaya dan aku gembira sbb akhirnya berjaya juga shopping,, so aku boleh la balik dengan hati yang riang gembira.. hehehe, tapi kalau korang ke sana.. ingat ada barang kawalan yang korang tak dibenarkan bawa keluar/masuk,, mcm mangga, buah jambu,, and kebanyaakan buah buahan la cite die.. sbb tu barang kawalan.. dan ada afew jugak la tp ada tulis waktu korang jalan kaki masuk tu.. 

so kalau korang sampai perlis,, jangan lupe ke Wang Kelian/Satun ni.. ok takde passport pun takpe.. boleh je masuk hehehe so tamatlah misi kami untuk hari ke-3 di Satun/WangKelian
nak cerita pasal makan ikan bakar di Kuala Perlis tapi gambar kat hp Mr.H pulak.. esok la esok aku cerita ok! hehehe

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: terima kasih la sbb tak jemu baca blog aku ni hehehe love you guysss!




Thursday, 5 February 2015

Penghabisan Stock BAJU BUDAK BERJENAMA Dan Handbag MURAH! MURAH!

Assalamualaikum,

JUALAN PENGHABISAN STOCK!.
 nak habiskan stock yang ada, siapa cepat dia dapat!

Baju baby/budak berjenama GAP Murah!! 
1 helai RM10.00, 2 helai RM15.00
penghantaran +RM6.00 setiap penghantaran

haaa sesuai utk yang nak belikan utk anak sedare ke, anak kawan baru lahir ke, anak sendiri ke.. jangan di pakai kat anak kucing sudah! heheh *joke

*size dari NB hingga 5tahun mengikut jenis

jom tgk baju budak yang comel comel ni...

size available : 3-6month, 6-12 month

size available : 12-18month

size available : 3yrs , 5yrs

size available : 4yrs


size available : 4-12month

size available : 6-12month

size available : 12-18 month


size available : 0-3month, 6-12month, 12-18month 

size available : 18-24month

size available : 3-6month, 6-12month

size available : 12-18month


size available : 12-18month

size available : 3yrs

macam mane nak beli? boleh direct whatsapp atau call : 
HARYATI : 019-725 7720
facebook : Haryati Mohd Yusof

Handbag Murah! 
last hanya ini yang tinggal, siapa cepat dia yang punya!


small size : RM 20.00 
penghantaran +RM 6.00

medium size : RM 30.00
penghantaran +RM 6.00 

apa tunggu lagi jom call /whatsapp/pm di facebook pun boleh!
 jom dapatkan sementara stock masih ada!

HARYATI : 019-725 7720
facebook : Haryati Mohd Yusof


thanks for your time
xoxo Puan Husna



Monday, 2 February 2015

#dUCkScarves by Vivy Yusof Free!

Assalamualaikum,,
salam isnin,, im back!!! yehhhh

jumaat lepas.. setelah bercengkerama bersama mr.H sbb mr.H tetibe rajinnn sangat buat kejutan tekejut2, die datang naik tren dari gombak sbb nak ambik aku balik kerja, then siap ajak g dating kat the mines,allaaaa so sweettt of u sayang! hahah, katanyer nak imbau kenangan 10 tahun lepas ewaahhh tu zaman sekolah sayangggg jangan di kenang la kan.. hahahah 

then tetibe tershopping pulak kat watson kann.. tengah pilih2 barang mr.H nak beli shaver cream, pencuci muke, masker, foot cream *ehemehem laki i mmg sangat maskulin ok! hahahaha then dah siap2 shopping tu,, aku pun tunggu kat luar sbb die tengah bayar sambil tgk2 kedai kasut sebelah.. then die keluar2 tetibe die kataaa nahhh! hadiahhh!


hahaha mmg tekejut ehhh mane pulak die beli.. ad jual kat watson ke minatang ni.. and aku tak pernah tau pun pasal "dUCk" ni sampai lah aku bukak and terus google search! hahahah ok is a scarf mmg happy gile aku.. rupenyer... budak counter tu bagi kat Mr.H suruh hadiahkan kat aku.. alaaaa.. npk sweet sangat ke kitorg ni smpai awak nak bagi hadiah! hehehe 

so lepas search-search pasal "dUCk ni baru la aku tau yang ianya merupakan brand tudung by blogger Vivy Yusof.. dan setelah aku cube and aku terus fall in love dgn ini sbb sng nak bentuk kain sedap pakai.. and paling aku suke adalah bidang die besar! yesss sangat memenuhi ciri2 yang aku sangat suke.. takyah nak pening2 nak betul2kan tudung sangat..



so here lets my duck, face the world.. kalau korang nak tgk lebih lanjut pasal tudung dari dUCk ni boleh la pegi kat sini mmg cantik cantik ----> Instagram : dUCk Scarves

secara jujurnya aku mmg dah jatuh cinte dengan jenama ni.. cuma harga die.. ehemehem boleh tahan juge la.. tp kalau orang hadiahkan ape salahnyer kan setahun satu pun takpe hekhekhekhek.. 

ok thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: banyak bende nak cerita dan tak banyak masa yang ada!

Thursday, 22 January 2015

Menarik di IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum,,

salam khamis,, sebelum bercuti esok.. harin nak cerita story basi jap.. tp tak basi sangat lagi la kan.. hahaha.. last weekend,, mr.H janji nak bawak jalan2 so dari gombak.. and for the first time.. kami bawak anak.. hahahaha.. mcm ni rupenyer perasaan bile bawak anak bejalan.. walaupun bukan anak sendiri.. anak buah.. tp hadoiii boleh tahan mencabar kan..

so mr.H bawak la kitorg pegi IOI City Mall Putrajaya yang baru bukak tu..

kitorg jlan2 nak tgk ape yang menarik sangat dalam ni sbb nampak dari luar mmg agak besar.. first.. parking die tak la mahal sangat weekdays RM1.00 per hour and weekend RM3.00 per hour
and ianya fix utk first 3 hours sebenanryer.. then baru charge ikut hours,

ok sampai je disebabkan tak pernah bawak si kenit zara tu bejalan.. then tak tau apehal tah tetibe nak pulak die ikut kitorg.. org pun tak la ramai sangat kat situ..


tgk ape yang menarik dekat IOI City Mall ni? emmm bagi aku ianya same je mcm shoping mall lain.. cuma ada Ice skating, and District 21 je la yang aku rasa satu kelainan dekat sini




nak tau district 21 tu ape boleh click kat link ni.----> District 21 
die mcm team park yang lain dari yang lain,, yang mana korang boleh buat aktiviti extreme kat dalam ni je.. kira banyak jugak la game die.




sumber: google

 again disebabkan aku bawak anak.. so aku pun takleh nak buat ape sangat sbb mane nak menjaga die lagi, kan.. so banyak berjalan2 window shopping je.. then ternampak jugak MAGNUM CAFE yang org tgh gile nak upload makan ice cream magnum tu kan.. beratur panjang gile... hahaha so aku pun tak teringin pun nak makan.. first sbb rasa die same je mcm mkn magnum beli kat 7e.. so nothing spacial bagi aku.. 


dan tak tau nak buat ape dah.. bawak si kenit ni naik kude carousel tu.. and dekat lavel yang sama dengan kude tu ada mini train yang die bawak la pusing dalam mall tu naik train kecik tu.. tp sbbkan ramai yang beratur.. and zara menunjukkan tak berminat kitorg pun jalan2 je la.. hehe




zara menunjukkan muke boring naik kude.. hahahaha so kat situ pun tak tau nak buat ape sangat.. kitorg pun balik..  eemmm tempat die aku tgk lebih kurang mcm alamanda pun ada.. tp banyak jugak lagi kedai yang belum buka.. and aku nak tunggu kedai chef wan bukak.. nak try g makan kat situ.. sbb nampak mcm menarik.. hehehe


thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: mood swing swing swing swing hahahahaahah

Friday, 9 January 2015

Product Review : Mitsubishi Jet Towel (Hand dryer)


Mitsubishi Jet Towel (Hand dryer)



  
lepas masuk tandas,, ape yang korang cari lepas basuh tangan? tu hand dryer kann.. haaaa mitsubishi pun ada keluarkan hand dryer dan tgk rupe die.. alahai menariknyer... hahaha hand dryer ni.. takyah tekan2 pun,, boleh hulur je tangan kat tengah2 tu.. nanti die keringkan tangan korang.. dannn.. hanya 10 saat je ok.. die mampu mengeringkan tangan korang.. 

hand drying zone die pun lebih luas,, so kalau tangan yang besar sikit tu boleh je guna.. 

bagi company company yang buat business renovation toilet ke, food court ke, restoran ke,, haaa boleh jadikan ini sebagai salah satu equipment pelengkap ok..  


Other Specification
  •   Hygienic, comfortable drying action
  •  Only takes 10 seconds to dry your hand
  •  Spacious hand-drying zone
  •   Hygienic touch free operation enables drying hands up as far as the wrists without touching the unit 

 Untuk product lain dari mitsubishi boleh click kat bawah ni,



Product Review : New Mitsubishi Air-Cond 2015


Mitsubishi Air-cond (R410A)



Yang best pasal air-cond ni,, sbb korang tak perlu nak susah-susah call org air-cond untuk cuci,, sbb korang boleh cuci sendiri je tau,, so dah jimat kos dah kat  situ,, kita nak cuci 5kali sebulan pun takpe.. hahaha sbb kalau korang rajin cuci air cond ni,, so dapat la reduce kan korang punyer bill electrik.. yer mmg btl sbb aku pun tgk cari aircond baru.. so this is one of pilihan aku lah! hehehe

Air-Cond dari mitsubishi ni juga didatangkan dengan Nano Platinum Filter yang mana die dapat menapis habuk dengan lebih baik.. yerlaaa. sekarang ni makhai keluar rumah lagi2 duk KL ni.. mmg sesuaii sangat.. sejuk dapat kesihatan terjaga cuunnn!




ok nampak 5 bintang tu,, haaa tu membawa maksud air cond ni dapat 5star cap rating dalam penjimatan tenaga,, so maknanya, makin banyak bintang makin jimat tenaga lah product tu.. jadi air cond ni juga menjimatkan tenaga elektrik,, so takyah risaulah eletrik melambung..

Other Spasification
  •     Aircond is easy to clean with only 3 steps. You can clean it by yourself without hiring an aircond maintenance company
  •     By regularly cleaning your aircond, this will lead to a lower cost in electric bill
  •     5 star cap rating - energy efficiency (the more star, the less energy used)
  •     nano platinum filter - gives a better dust collection performance than conventional filters.
  •     5 step vane control & swing - lets you control airflow directions to make sure that airflow reaches every corner of the room
utk tengok product lain boleh click kat bawah ni yer.. 

Thursday, 4 December 2014

Shopping RM1212 At Lazada Malaysia [Contest]

 Assalamualaikum..


tibe tibe gedebuk depan mata RM1212.. haaaa yer la nak cakap amount tu banyak, takla banyak sangat di zaman serba mahal ni kan,, tapi,, korang rasa-rasa berapa banyak barang boleh dapat dengan RM1212 ni? 3? 4? ok jom aku tunjuk bertapa hebatnyer LAZADA
dengan RM1212 apa yang aku boleh dapat.. 
jangan nagis pulak bile habis baca entry ni hahahaha


1. (Build in WiFi) SJ4000 12MP Full HD 1080P Adventure Waterproof Sports Action Camera GoPro Quality + HDMI Cable - Pink


RM 245.00! before RM399.00

untuk yang kaki selfie and kaki travel, camera adalah bende penting dalam hidup,, aku suke sgt kat cam ni sbb die mudah di  bawak,, kecik comel, boleh selfie sebanyak yang boleh dan paling best camera ni boleh underwater punyer ambik gambar + video.. power power.. hehe *kelip-kelip mata tergoda nak nak nak!

2.Super i Shot Universal Twisted Lock High Grade Selfie Monopod with Go Pro Mount Adapter


RM 58.00 before RM89.00

kalau dah ade camera comel tu takde monopod mestila tak lengkap, haaaa so kita kasi beli ini monopod sekali,, barulah boleh  menjulang tinggi ambik gambar tanpa bantuan org lain kan.. so untuk kaki selfie dan kaki bergambar harus ada monopod ini.. dan monopod ni untuk camera comel tu..

3. 3D MAPS GPS NAVIGATOR, 5inch, SPEED CAMERA ALERT, JUNCTION VIEW


RM 175.00 before RM 499.00

disebabkan aku masih belum memiliki GPS kalau aku ada RM1212 tu mmg ni jugak antara barang yang aku nak beli.. hoi susah wehhh nak jalan kalau takde GPS ni,, nak suruh laki aku tanyer org die tu pemaluuu sangat,, so bende ni sangat penting untuk kaki traveler, ok mmg la kat phone pun ad navi ni.. tapiiiiii.. kalau phone mati? ada pilihan lain? kannn hahaha

4.Lenovo A536 8GB White+ Lenovo 2600 mAH Powerbank



RM 368.00 before RM499.00

handphone aku dah jahanam,, so handphone mmg sangat penting,, tetibe ternampak ni kat lazada,, so kalau aku ada duit tu mmg aku beli phone ni sbb murah + takyah gaduh nak g kedai, LAZADA hantar terus kat umah hehehehe dannn dapat power bank sekali tauuu.. *mcm nak beli terus je hahaha


RM 49.00 before RM128.00  x 2 = RM 98.00

aku suke backpack and kalau g jalan2 mmg aku lebih suke backpack dari nak tarik beg ala ala gurgul kan, hehee so mmg tengah cari bag untuk backpack mcm ni.. kenapa sampai 2? sbb aku punyer satu mr.H punyer 1, kalau satu je mmg tak muat.. so sendiri sendiri punyer bag hehehe.. plus tgk harga die.. makhai mane nak dapat wehhh.. kat LAZADA je dapat harga ni wehhh.. kenape purple? sbb aku suke purple.. and banyak je pilihan colour lain kalau korang nk tgk clik je kat link atas tu :)

7.Converse All Star High Cut Sneakers Bronze Luster




RM 122.00 before RM199.00
yang ni nak belikan untuk mr.H sbb die mmg suke sangat pakai sneakers sbb selesa die kata lagi2 brand Converse so takkan beli die punye je kan aku pun nak jugak baru sweet pki same2 hehehe tp sbb kaki pempuan size lain,, so aku pilih yang bawah ni.. *size kaki mr.H 42


8. Converse All Star High Cut Multi Colour Sneakers


RM 109.00 before RM190.00
haa cam comel sikit ad bunga-bunge tp masih Converse brand,, dannn lain size lain tau harga die,, korang kene click kat size baru keluar harga utk size kaki korang mcm aku size 39 so harga die RM109.00 sahaja.. mmg murah wehhh 

9.Travel Toiletry Bag - Red


RM 29.00 before RM 55.00

haaa kalau g jalan2 selalu je ad bende lupe nak bawak.. dan paling nyampah bile semua bende nak di sumbat dlm beg baju,, pastu nak cari berus gigi ke,, diodorant ke dok korek2 smpi baju sepah kan.. so kalau ada RM1212 tu mmg ni adalah bende yang aku akan grab sbb harga murah plus bende ni penting hahaha

10.Micro USB Sync & Charge Colorful Flat Cable V2 for Samsung/Sony/HTC/Lenovo/Huawei Pink


RM8.00 before RM28.00

disebabkan phone sekarang banyak yang usb die same size so, ini juga ada bende penting aku nak beli.. mane taknyer kadang2 hilang la rosak la.. sbb kejap cabut org ni pinjam org tu pinjam.. so ni lebih kepada stanby punyer item sbb tgk kat downtown pun mahal so tgk kat sini halahai RM8.00 je.. kebetulan kata ada RM1212 kan tetibe dah beli 9 item kat atas tu ad balance RM8.00 so grab!

ok complete lah kalau aku ada RM1212 apa aku nak beli kat LAZADA ni jomm aku tunjuk balik pengiraan aku lebih ke kurang ke.. haaa 

1.Camera SJ4000 = RM 245.00
2.Monopod = RM 58.00
3.GPS = RM 175.00
4.Handphone lenovo =RM 368.00
5&6.Bagpack x 2 = RM 98.00
7.Converse Mr.H = RM 122.00
8.Coverse aku = RM 109.00
9.Toiletries bag = RM 29.00
10.USB cable = RM8.00
TOTAL = 10 barang hanya RM1212 ok ngam! 
* bab shopping mmg husna power hahaha

mane nak dapat wehhh 10 barang semua best-best dengan harga yang mmg bg aku super gile murah!.. tp ad yang tanye ehh takkan takde charge penghanaran kan so i over budget la kan.. haaaaa kalau dah beli 10 barang tu seharusnya free delivery ok sbb delivery charge cuma untuk pembelian bawah RM70.00 bagi klang velly dan korang juga boleh refer SINI! untuk tau any charges ok!



Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.


contest dari Iday nak join boleh click SINI!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...