Assalamualaikum..
selamat hari raya Aidilfitri semua,, semoga lebaran ini memberi 1000 kecerian kepada kita semua.. alhamdulillah semoga kita berjumpa lagi ya ramadhan..
ok ini cerita raya aku..
raya kalini a bit different dimana kali pertama juga lah beraya dengan fmly mertua sbb tahun lepas kite dah ambik turn kan.. so next year kita punyer turn pulak lah.. tp dalam pikir turn sape pun, tp mcm takde beza pun.. sbb malam raya aku kat gombak sbb buat persiapan raya sbb mama semua pun beraya di gombak sbb tgk keadaan kesihatan abah yang agak terbatas.. so mama pun pilih n buat keputusan raya kat gombak dulu then lepas semayang jumaat baru chow balik Kuala kangsar..
so mcm biasa rutin setiap tahun.. mmg wajib ada lemang sbb ni fevret abah sebenarnya.. so kitorg pun sehari sebelum raya tu seiapkanlah masak lemang semua untuk makan hari raya esoknya.. sebelum aku ngan mr.H pulanglah ke desa.. desa mana.. mcm jauh padahal DESA SERDANG je punn. so dah bersalam2 ngan mama abah semua mlm raya tu kitorg pun cabut balik serdang plk..
so raya pertama
haaa ni la hari raya pertama kami.. mengadap TV sbb kat kl ni nak g mane hoiii.. laki aku pun dah hilang samping dah lepas semayang raya.. so aku pun makan tido jela hari raya pertama tu.. petang baru g beraya umah pakcik kat nilai.. so mlm tu dah plan nak balik Kuala kangsar sbb ada kenduri..
so balik pun raya ke dua pagi baru gerak..
mcm biasa kalo balik kuala kangsar je mane lagi kitorg akan beraya mestilah dtk Chalet D'Kg Mr.Os,
sampai dah tengah hari.. ha sampai je kuala kangsar baru lah aku rasa mcm hari raya.. sbb meriah dgn sedara mara and bejalan beraya n layan budak2 datang beraya.. so dpt jugak la mood raya tu.. so kenduri raya ketiga and plus raya ketiga tu mmg ada aktiviti wajib untuk keluarga iaitu family day.
so raya ke 3 pun menjelma, dan lepas kenduri tahlil n buat doa selamat untuk family dan yang bakal lahir ni nanti (yg ni nanti cerita) selesai makan2 semua.. mulelah acara family day.. mmg fun sbb lupe pasal hand phone media sosial semua mmg u just enjoy ur time with your family yang mmg kepala gila semua.. penuh dengan senyuman dan gelak tawa.. mcm mcm game kampung kitorg buat sbb nk bg budak2 bandar ni tau ape tu baling tin,, ape tu tarik upih so mmg tak nampak la budak2 ni pegang tab ke i pad ke semua.. semua sibuk nak main game nak dapat hadiah.. hehehe
belah siang dah habis semua game walaupun aku di quarantine kan tidak dibenarkan join tp takpe tahun depan balas dendam hahaha nak jugak join.. so aku pun berkubang je la dlm pool sambil sorak beri sokongan kepada peserta2 haha..
so belah malam pulak sesi main cabutan bertuah.. yg ni mmg lupe nak ambik gambar.. sbb sebok nak menang cabutan bertuah dpt periuk.. walaupun aku tak cukup bertuah mcm tahun lepas.. tahun lepas dpt bekas air.. tahun ni.. mama aku pulak collect hadiah mahal.. hahaha mmg rezeki die yg aku langsung tak bertuah siap kene ejek tak dpt ape ape hahaha last2 dpt jugak hadiah saguhati..
ape ape pun.. i had a great time walaupun mlm tu jugak aku dah kene cabut balik KL balik sbb dah nk start keje.. huhhhh sedihhh
so itulah cerita raya aku untuk tahun ni.. harap tahun depan dapat la beraya lagi bersama semua yang aku sayang dan yang im so excited utk tahun depan InsyaAllah akan ada org baru sambut ramadhan dan beraya dengan kami.. Alhamdulillah Terima Kasih Allah!..
thanks for your time
xoxo Puan Husna
p/s: its too early, walaupun dah lepas first trimaster aku memilih untuk tidak banyak bercerita tapi aku juga tidak menafikannya, aku harapkan doa yang baik2 dari rakan-rakan, terima kasih juga buat yang selalu mendoakan aku..
syok weh beraya!
ReplyDeletebtw, Salaam Aidilfitri jugak buat Una! Maaf zahir batin ye :)
Selamat Hari Raya buat sis husna sekeluarga, happening je sume pic2 kt atas ni :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak Una!!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya , semoga tahun nie Ramadahn dan Syawal memberi banyak makna .
ReplyDelete