Showing posts with label Chalet. Show all posts
Showing posts with label Chalet. Show all posts

Saturday, 2 August 2014

Part 1 - MY RAYA at Kuala Kangsar

Assalamualaikum,

salam syawal ke 6, haaaa yang di nanti telah tibe,, ewaahhh berangan retis kauuu,, entry pasal raya,, this is my story begin!

ok pada perancangan awal aku dan mr.H tak pikir pun nak balik beraya ke mane,, haaaa confuse nak balik raya,, so setelah difikir2 mr.H nak ikut balik ke Kuala Kangsar yang mana kampung belah family aku. as usual sebelum kawin mmg kitorang setiap tahun akan balik kuala kangsar, walaupun atuk dan nenek sudah tiada,, tapi kampung ttp tak dilupa,,

hari sabtu lepas, kira lepas sahur la cmtu,, terus gerak dari KL ke kuala kangsar,, jalan jem tp kitorang main ngelat lalu jalan lama terus so tak sangkut jem pun,, heheheheh

so bermula la cerita raya kami, tahun pertama beraya bersama suami,, kira menantu la dalam keluarga en.Mohd Yusof. aktiviti wajib bila di kg adalah bakar lemang kalau nak raya,, dan yang best tahun ni, adalah! mr.H yang masak lemang,, wwuuuuu dan semua puji sedap! sukeeellaaateeewww

kami beraya di Chalet D'Kg Mr.Os sbb ni la kampung kami,, walaupun dah jadi chalet kami tetap berkumpul disini,, sbb kat sinila tempat lahir dan tempat beraya kami dari kecik,, cuma bezanya dulu rumah kampung kini dah jadi chalet,, kemeriahan tetap sama, :)

hahahaha so dipagi raya nak tau ape jadi pada raya kami,, lets make pictures tell the story..


ni aron ajiss katenyer hahaha

seronok mr.H dapat berendam yee





















ni pegi beraya rumah jiran kt kampung, 

so ini adalah story 1st Syawal kami,, ada next story yang mana aku ngan mr.H sempat pulang ke kampung Kedah yang mana kampung sebelah Papa Mr.H, kira first time jgk la aku ke kedah dan beraya belah mentua nanti kita story ye,, sbb tgk rupe mcm dh loya2 je tgk gambar aku banyak sangat hehehehehe and ada juga yang mana kitorang buat family day,, ada game and macam-macam lagi, tunggu part 2 yer nanti hehehehe,

thanks 4 your time people,
xoxo Puan Husna

p/s: kenangan raya mmg perlu di semat sebab setiapnya ada kenangan yang akan di ingati :)

Wednesday, 5 February 2014

Chalet D'Kampung Mr.Os - Kuala Kangsar

Assalamualaikum,

asyik lupe je nak bg review pasal bende ni.. hahaha
ok now aku nak share, pasal chalet yang terletak di KOTA LAMA KANAN, KUALA KANGSAR,

jika korang pergi ke bandar di raja KUALA KANGSAR dan mencari tempat penginapan
yang murah dan best, disinilah tempatnya,

CHALET D'KG MR.OS



ya chalet ni di ushakan oleh adik beradik Mr.Os sendiri dan diatas tanah keluarga mereka,
apa yang menarik untuk menginap disini adalah,



1.Suasana Kampung
kedudukan chalet yang terletak betul2 dalam kampung akan membuatkan korang rasa sangat
tenang dengan udara yang nyaman, malam yang sejuk dan paling best, keadaan sekeliling yang banyak tupai dan hidupan2 yg susah nak ditemui di bandar. dan kalau nakkan ketenangan, pasti korang akan merasanya disini.



2.Harga yang murah
ya mmg tersangatlah berbaloi untuk menginap disini, dengan harga dar RM 80.00 sehingga RM 120.00
anda dah boleh dapat menginap di chalet yang mempunyai kelengkapan yang perfect mcm hotel ada star!!,




3. Facility
di chalet ni juga, aku yakin korang akan terkejut, ye la mane taknyer. RM80.00 bilik siap air-cond, TV, sabun, towel, n mcm2 lagi yang di sediakan untuk memastikan korang selesa disini, dan yang paling best!!
kat chalet ni ada SWIMMING POOL!! bolehlah nak terjun2, tp tak dalam pun, tp boleh la nak berendam seronok2,



4.Lain-Lain
di chalet ni juga, terdapat tali air, yang mana korang bolehla nak pancing puyu ke kat situ, and disediakan wakaf untuk bersantai sambil melihat anak2 mandi manda, dan pihak pengurusan chalet ini juga sentiasa ada untuk membantu korang..



ok ni abit review la pasal chalet ni, kalau korang nak menghala ke utara tanah air, dan teringin nak singah tgk2 pun boleh Chalet ni terletak di KOTA LAMA KANAN, kira-kira 2KM dari Bandar Besar Kuala Kangsar, Perak dekat je dengan jambatan Sungai Perak tu,.
ni juga merupakan kampung halaman Mr.Os, untung2 Mr.Os ada disana sbb die tiap2 minggu balik ke sana.

sekarang Chalet ni ada 8 bilik semuanya, dan bakal naik 4 bilik lagi.
kalau nak honeymoon pon boleh jugak disini hehehehe.

ok mengetahui lebih lanjut boleh la clik kat link ni ok! Chalet d'Kg Mr.Os


ok thanks 4 ur time
xoxo Puan Husna

p/s: kalau nak pegi makesure call n booking dulu sbb slalu penuh kalau cuti, so booking awal ye kalo nak merasa tido sini.. :P kalo tak tido la dlm kete..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...