Showing posts with label interview. Show all posts
Showing posts with label interview. Show all posts

Wednesday, 6 August 2014

Akhirnya SPA Memberi Penjelasan

Assalamualaikum

salam rabu and selamat hari raya :) eehhh raya lagi ok.

ok merujuk kepada masalah semalam yang aku dah story dekat sini ----> Peperiksaan Kastam Bermasalah
ok dah baca and dah paham? ok meh kita sambung story setelah banyak yang merungut dan menyatakan ketidak puasan hati mereka,, so akhirnya terjawablah sudah,

semalam lepas habis je time exam, aku mengambil langkah untuk terus emailkan, masalah yang aku hadapi kepada pihak yang sepatutnya,, ramai juga la yang aku pos kan email aku tu,, mane aku dapat email diorang,, come on la,, pakcik google kan ada,, so ada a few person yang aku rasa adalah pihak yang perlu aku ajukan, aku pun hantarlah email kepada mereka,, dan ini adalah email yang aku hantar.


haaaa ada macam biadap tak ayat? takde kan,, daripada marah-marah kat Facebook baiklah kita ajukan permasalahan ke pihak yang sepatutnya dengan cara yang betul kan,, so mereka dah pun balas email aku dengan memberi feedback yang agak baik,


kalo takleh baca click la kt gambar tu bagi besar.. hehehe, so kepada siapa siapa yang mempunyai masalah yang sama atau lebihkurang mcm aku ni,, so jomlah emailkan aduan korang, insyaallah akan ada peluang untuk anda nanti,, jangan kira nak marah je dulu,, kita bincang baik-baik dulu ok! hehehe so kat mane nak emailkan meh baca apa statment yang pihak SPA dah keluarkan

ingat email cepat, kalo tak nanti telepas peluang kita nanti,, insyaallah kalau rezeki tak kemana kan..

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: terima kasih kepada pihak SPA kerana perihatin dengan permasalahan ini.

Tuesday, 5 August 2014

Peperiksaan Online Kastam W27 Bermasalah?

Assalamualaikum,

mulakan hari dengan senyuman walaupun mulanya nak senyum tetibe termasam pulak muke aku,, tp takpe,, tawakal je,, ada rezeki ada, takde mungkin rezeki orang lain kehkeh..

ok bermula lah ceritanya diawal pagi masuk ofis, aku tgk ramai yang update pasal dapat exam online untuk Penolong Pegawai Kastam W27 yerlah sape tak excited kan, keje gomen wehhh,, kira semua bekobar-kobar la nk buat,, dan nk dijadikan cerita,, ramai jugak lah kenalan aku yang dapat untuk ambik Exam tu.

so 8.30pagi aku dah terpacak depan PC nak buat exam punyer pasal,, sekali buka je Page SPA, sekali takboleh masuk daaaaa,, ok la aku pun masih positif mungkin ramai,, exam start kul 9.00pagi ni, pukul 8.55pagi aku masih tak dapat nak excess ke web SPA lagi,, so aku pun mencari jalan lain mcm mane nak meneroka masuk ke SPA punyer web ni,, last2 terpikir pasal Facebook, so terus carik FB SPA haaaaaa terus nampak die dah siapkan server mengikut no giliran masing-masing,, so akupun masuk dan Alhamdulillah berjaya masuk dan tunggu sampai Exam Bermula, soooo Selesai 2 Paper untuk Sek A dan B,

Tiba masa untuk Seksyen C waktu exam 10.55pagi tungu punyer tunggu masih sama,, sampailah dekat 20minit aku tunggu dah takleh jadi ni,, aku risau aku je yang jadi mcm tu,, aku pun terjahlah FB SPA semula,, nampaknya bukan aku je mengalami masalah itu,, ramai juga yang dah mula merungut,, aku masih refresh lagi PC ni, dan akhirnya keluar juga la,, tapiiiii.. haaa keluar mcm ni,


rase rasenyer mcm mne nak jawab kalo dah kuar mcm ni,, soalannyer takde, haaa so pikir lah ape nak buat,, so aku pun tunggu kot2 die loading ke,, takde jugak so butang f5 aku tekan lagi,, dan setelah beberapa kali merefreshkan die,, haaaa last sekali masa dah nak tamat aku tak jawab ape ape lagi ni,,

die kuar pulak mcm ni,


"sesi menjawab",, tapi malangnya aku masih tak dapat soalan untuk dijawab,, mcm mne nak buat,, sampailah habis masa menjawab aku masih dok refresh menatang ni dan masih keluar bende yang sama,, hampa? agak sedikit kecewa tp nak buat mcm mana,, siapa kita kalau nak bersuara?

dan ini antara rungutan yang aku sempat baca kat fb SPA tentang masalah ini,


aku tak tau ape nak buat,, ape yang aku boleh cakap,, emmm takpe la harap pihak SPA akan mengambil tindakan segera tentang pemasalahan ni,, dan akan memperbaiki semula sistem yang dibuat. masih ada kelemahan dan yer la bukan semua bende perfect tapi, bile jadi mcm ni,, nak salahkan sape pun tak tau,, kesian orang yang beriya2 nak keje gomen mcm aku ni hahhh hahahaha, ok ape ape pun,, redha, tawakal je lah, semoga Allah pemudahkan segalanya.

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: bkn senang nk dpt exam or interview untuk Government, sekali dapat tu yang ramai semangat tapi hampa bile jadi mcm ni. :(

Thursday, 27 March 2014

Tips Interview

Assalamualaikum,

salam Khamis,
well hello readers,


hai my name is husna bt mohd yusof, im 25 years old, and currently stay at Seri Kembangan,, wahhhhh
tetibe nk speaking dh kenape kau ni jemahhhh!,

ok sebenarnya, aku ni ad interview kejap lagi, hah dh beabad tak gi interview kan, ok arini nk bg tips untuk interview sikit supaya senang nk di ambil kerja, (cehhh mcm power sgt je)

aku tak la power mane, ini base on experiance yang aku ada la eh,, xpe la share2 kan,,

1. Penampilan.
ok bab penampilan ini agak penting sebenarnya, sbb ini adalah penarik utama utk orang tgk korang, apa yang korang kene pakai, ini untuk keje swasta la eh, aku cadangkan perempuan kita tukar sikit dari memakai baju kurung kepada kemeja, blouse, if korang ad blazer pun ok, sbb ini pengalaman aku la, korang kene nampak lain dari orang lain supaya panel akan ingat tentang korang, ok. kalau nk pki baju kurung juga tak salah dan tak de paksaan tau. dan pastikan tidak menjolok mata ok, bg yg lelaki juga sama, pastikan kemas, rambut kemas, baju bergosok dan berkasut.




2.CV/Resume
ok tentang resume korang please update, dan pastikan ianya unik, contoh seperti ini..


haaa kan menarik kan utk kita baca.. so at the same time kita boleh menarik panel utk membaca dan ingat tentang kita :)

3. KEMAHIRAN BERCAKAP
kemahiran bercakap ataupun PR, ini adalah penting, sbb dari percakapan, body language kita org lain dapat tahu samada kita yakin, takut atau menipu,, ok.. so untuk memastikan kita nampak yakin, bende penting adalah SENYUM. sbb senyuman ni mampu mencairkan org tau heheheh,, bukan goda ok, tp more tu nampak manis dan org suka tgk kita, jangan risau anda tidak cantik, sbb dengan senyuman anda akan nampak cantik,, tak caya cuba senyummm,, haaaa kan cantik tu,. :)

4.GAJI
ini adalah masalah yang paling besar waktu interview, so aku nk cakap pasal gaji ini, aku pun same gak hehehe, tp aku bg tips la eh, sebelum korang pg interview, pastikan korang study sikit pasal MARKET SALARY untuk jawatan korang tu dengan apa yang korang ada, contoh korang ada DIPLOMA dengan 3tahun Experience, pastikan korang tahu berapa rate minimum gaji korang dan pastikan jgn demand lebih dan jangan offer telampau rendah ok..

5.Pengetahuan.
ok pengetahuan ni kebanyakan org ambik ringan, kadang2 ada company nk org yang tau general knowledge yang banyak, sekurang2nya study pasal company yang korang bakal pegi interview, job spec, dan requirement ape yang diperlukan utk jawatan yang korang interview. ok please study. ehhh pandai ckp org je aku ni hhehehe

6.Doa
ok ape2 yang korang buat pastikan korang berdoa, kerana ini adalah senjata paling kuat untuk membantu kita lebih yakin dan membuat kita lebih tenang waktu interview.. ok :)

ok itu saja Tip2 yang aku boleh sharekan dekat korang2 yang bakal pg interview mcm aku ni heeeeee,
aku pun cuak gak sebenarnya.. ngeehhh ape ape pun GOOD LUCK for ME  :)


thanks 4 ur time people
xoxo Puan Husna


p/s: nebes i nk g interview, relex husna u can do it yeeehhhh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...