Showing posts with label government. Show all posts
Showing posts with label government. Show all posts

Wednesday, 6 August 2014

Akhirnya SPA Memberi Penjelasan

Assalamualaikum

salam rabu and selamat hari raya :) eehhh raya lagi ok.

ok merujuk kepada masalah semalam yang aku dah story dekat sini ----> Peperiksaan Kastam Bermasalah
ok dah baca and dah paham? ok meh kita sambung story setelah banyak yang merungut dan menyatakan ketidak puasan hati mereka,, so akhirnya terjawablah sudah,

semalam lepas habis je time exam, aku mengambil langkah untuk terus emailkan, masalah yang aku hadapi kepada pihak yang sepatutnya,, ramai juga la yang aku pos kan email aku tu,, mane aku dapat email diorang,, come on la,, pakcik google kan ada,, so ada a few person yang aku rasa adalah pihak yang perlu aku ajukan, aku pun hantarlah email kepada mereka,, dan ini adalah email yang aku hantar.


haaaa ada macam biadap tak ayat? takde kan,, daripada marah-marah kat Facebook baiklah kita ajukan permasalahan ke pihak yang sepatutnya dengan cara yang betul kan,, so mereka dah pun balas email aku dengan memberi feedback yang agak baik,


kalo takleh baca click la kt gambar tu bagi besar.. hehehe, so kepada siapa siapa yang mempunyai masalah yang sama atau lebihkurang mcm aku ni,, so jomlah emailkan aduan korang, insyaallah akan ada peluang untuk anda nanti,, jangan kira nak marah je dulu,, kita bincang baik-baik dulu ok! hehehe so kat mane nak emailkan meh baca apa statment yang pihak SPA dah keluarkan

ingat email cepat, kalo tak nanti telepas peluang kita nanti,, insyaallah kalau rezeki tak kemana kan..

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: terima kasih kepada pihak SPA kerana perihatin dengan permasalahan ini.

Tuesday, 5 August 2014

Peperiksaan Online Kastam W27 Bermasalah?

Assalamualaikum,

mulakan hari dengan senyuman walaupun mulanya nak senyum tetibe termasam pulak muke aku,, tp takpe,, tawakal je,, ada rezeki ada, takde mungkin rezeki orang lain kehkeh..

ok bermula lah ceritanya diawal pagi masuk ofis, aku tgk ramai yang update pasal dapat exam online untuk Penolong Pegawai Kastam W27 yerlah sape tak excited kan, keje gomen wehhh,, kira semua bekobar-kobar la nk buat,, dan nk dijadikan cerita,, ramai jugak lah kenalan aku yang dapat untuk ambik Exam tu.

so 8.30pagi aku dah terpacak depan PC nak buat exam punyer pasal,, sekali buka je Page SPA, sekali takboleh masuk daaaaa,, ok la aku pun masih positif mungkin ramai,, exam start kul 9.00pagi ni, pukul 8.55pagi aku masih tak dapat nak excess ke web SPA lagi,, so aku pun mencari jalan lain mcm mane nak meneroka masuk ke SPA punyer web ni,, last2 terpikir pasal Facebook, so terus carik FB SPA haaaaaa terus nampak die dah siapkan server mengikut no giliran masing-masing,, so akupun masuk dan Alhamdulillah berjaya masuk dan tunggu sampai Exam Bermula, soooo Selesai 2 Paper untuk Sek A dan B,

Tiba masa untuk Seksyen C waktu exam 10.55pagi tungu punyer tunggu masih sama,, sampailah dekat 20minit aku tunggu dah takleh jadi ni,, aku risau aku je yang jadi mcm tu,, aku pun terjahlah FB SPA semula,, nampaknya bukan aku je mengalami masalah itu,, ramai juga yang dah mula merungut,, aku masih refresh lagi PC ni, dan akhirnya keluar juga la,, tapiiiii.. haaa keluar mcm ni,


rase rasenyer mcm mne nak jawab kalo dah kuar mcm ni,, soalannyer takde, haaa so pikir lah ape nak buat,, so aku pun tunggu kot2 die loading ke,, takde jugak so butang f5 aku tekan lagi,, dan setelah beberapa kali merefreshkan die,, haaaa last sekali masa dah nak tamat aku tak jawab ape ape lagi ni,,

die kuar pulak mcm ni,


"sesi menjawab",, tapi malangnya aku masih tak dapat soalan untuk dijawab,, mcm mne nak buat,, sampailah habis masa menjawab aku masih dok refresh menatang ni dan masih keluar bende yang sama,, hampa? agak sedikit kecewa tp nak buat mcm mana,, siapa kita kalau nak bersuara?

dan ini antara rungutan yang aku sempat baca kat fb SPA tentang masalah ini,


aku tak tau ape nak buat,, ape yang aku boleh cakap,, emmm takpe la harap pihak SPA akan mengambil tindakan segera tentang pemasalahan ni,, dan akan memperbaiki semula sistem yang dibuat. masih ada kelemahan dan yer la bukan semua bende perfect tapi, bile jadi mcm ni,, nak salahkan sape pun tak tau,, kesian orang yang beriya2 nak keje gomen mcm aku ni hahhh hahahaha, ok ape ape pun,, redha, tawakal je lah, semoga Allah pemudahkan segalanya.

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: bkn senang nk dpt exam or interview untuk Government, sekali dapat tu yang ramai semangat tapi hampa bile jadi mcm ni. :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...