Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Monday, 7 July 2014

mencari rezeki ramadhan

assalamualaikum,

salam ramadhan to all readers ewaaaahhh, bajet2 ramai peminat hekhekhek,

memandangkan blog aku kian suram sbb terlampau bz menguruskan business ku yang kecil kecilan itu, tp alhamdulillah, mmg bermacam rintangan aku kene face tp, aku ttp bersyukur sbb Allah masih beri peluang utk aku meniaga.

sebelum ni aku pnh cerita yang aku akan meniaga roti jala untuk ramadhan kali ini, dan dari tapak asal. dan aku anggap ia mungkin bukan rezeki aku disitu, dan allah tetapkan tempat yang lagi best iaitu di depan rumah sendiri,kira sempat lari balik umah solat, kalo tingal barang boleh lari balik umah hehehe.

so bagi yang nak mencari aku meniaga tu, boleh la cari di sekitar jalan besar kg sri gombak, taman bolton, mmg cari muke mr.os dekat banting terpampang besar dari jauh dh nampak, aku meniaga bende yang sama, roti jala dan aneka kuih muih, kuih tu.. ad yg mama buat, ada orang hantar ad juga kakak buat puding caremal. sooo meh jemput datang kedai ye kalau ada lalu area situ.. hehehe

thanks for your time
xoxo puan husna

Saturday, 28 June 2014

Oven baru 50L untuk MAMA!

assalamualaikum,

salam sabtu,, senyum2 sikit sbb kita nk sambut ramadhan ni.. hehe

tak sabar menanti tibanya ramadhan, weeehhhuuu so bile nak puasa ni mesti ada je bende yang kita nak beli kan,, langsir, kuih raya baju raya sofa baru, tv baru, dan rumah aku pulak tak pentingkan bende bende mcm tu.. haaa

dann tadi sempat mama memujuk abah,, eeemmmm dah lame dah nak oven baru, dah 2 taun dah,, susah la nak buat kuih raya.. hahahaha  ok tetibe abah pun bermurah hati pulak.. jom la g cari oven.. mmg senyum sampai raya la mama kan,, sebenarnya hasil pujukan mama ngan kakak tu.. hahaha sbb this year kakak beriya nk jual kuih raya tu,,

mama dpt oven mcm ni la.. tak la mahal sangat.. tp ok laaa nice :)

ok balik dah dapat oven 50L hamik kau,, ni nak buat kuih katnya, sekali mintak paling besar pulak tu hahahahah, ok soo bile dah dpt oven tu, balik rumh msti la nk try kan,, mmg tak la buat kuih raya awal-awl ni kan,, so resepi pertama adalahhh..

garlic bread hahahah, abah jumpa garlic butter dekat tmpt beli barang nk buat kuih tu, terus die beli roti, balik terus bakar pakai oven baru.. hahahaha berjayaaaaaaa

dan resepi kedua lepas dah berjaya masak roti tu,, aku la yang nk cuba pulakkan,, haaaa ape lagi,, aku pun, ambik ayam sekor, kasi golek dlm itu oven hahahaha,, punya jakun aku tgk oven boleh berpusing tu,, sanggup tunggu tu hahahaha, dan yeeehhhh berjaya semua cakap sedap nampaknyer.. hahaha nk tau resipi tunggu next entry ok :)

thanks for your time,
xoxo Puan Husna

p/s: umah aku ni kalau puasa mmg selalu, mcm2 juadah akan dicuba hehe :) selamat berpuasa allss:)

Friday, 27 June 2014

RAMADHAN : PERLUNYA BERSAHUR

Assalamualaikum,

salam jumaat yang mulia,, 



esok dah mula berterawih dan kiranya esok kita dah mula bangun sahur kan,, jadi harini nk berkongsi ilmu sikit la tentang bersahur, (ilmu sekadar yang mampu) dan ramai yang ambil ringan tentang bersahur kerana sayangkan tidur,, ok meh aku cerita kenapa kita sebagai muslim kene bersahur dan digalakkan bersahur,

 Membezakan puasa kaum muslimin dengan puasa yahudi dan nasrani
Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash, sesungguhnya Nabi SAW bersabda,
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” (riwayat Muslim)
Apabila disebut beza puasa kita dengan puasa ahlul kitab, ini menunjukkan ia bukan suatu perkara yang ringan kerana antara dasar dan prinsip agama kita adalah mengelakkan daripada tasyabbuh (menyerupai) golongan-golongan kuffar. Sabda Nabi SAW,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.” (riwayat Abu Dawud)

haaaa sahur ni bukan semata-mata untuk tahan lapar disiang hari saja,, tapi juga nak dapatkan keberkatan dalam ibadah puasa yang kita buat..

ok dah cakap tentang kepentingan bersahur,, mari kita tgk ape pula sunah nabi semasa bersahur,


        نِعْمَ سَحُوْرُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
     Maksudnya: “Sebaik-baik sahurnya mukmin itu adalah dengan tamar.” (riwayat Abu Daud)

kalau malas sangat pun nak bangun makan,, tak salah ambil je sebijik kurma,, sambil tutup mata pun boleh makan hehehe. yang penting kita bersahur dan ambil keberkatan bersahur tu ya.. dan kalau taknak makan sekalipun,, minumlah walau seteguk air,,

aku dulu pun agak malas nak bangun sahur, tapi siap la kene jerit ngan mama ngan abah suruh bangun,, and dah ada suami ni pun,, mr.H pulak tak boleh kalo tak bangun sahur..

jadi marilah ramai-ramai kita bangun sahur, kalau bangun tgk bola boleh takkan bangun sahur liat kan.. hehehe peringatan untuk diri sendiri juga ni,,kalau kat kampung-kampung selalu ada orang yang pusing  kampung, sambil main kompang gendang untuk kejut sahur,, seronok jee,

dan kepada seluruh umat islam,, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, semoga ramadhan ini sama sama kita memperbaiki diri kita dan menjaga diri dari dosa dosa kering.. haaaa cakap pasal dosa kering,, nanti next entry nak share pasal dosa kering bulan puasa la pulak.. hehehe

sumber : ustaz fathul bari


thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: esok dah terawih, rinduuu suasana malam ramadhan,, meriah sangat,, lagi2 bila puasa di kawasan kampung. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...