Showing posts with label djala mr os. Show all posts
Showing posts with label djala mr os. Show all posts

Wednesday, 9 September 2015

#WW - Rabu Membisu - Kemana Husna?

Assalamualaikum,

fuhhh lamenyer tak munculkan diri sebulan lebih juga la diamm..
maaflah,, skrg ni bz menguruskan perniagaan dan di sebabkan masa yang dah limit utk uruskan diri yang tinggal beberapa bulan je lagi nak tukar status ni hahaha

ok ok its WW kan so jgn cakap banyak.. bagi yang free free time and ada di area
 GOMBAK/SELAYANG/BATU CAVES 
dan sewaktu dengannya.. boleh singgah di warung comel aku nanti yeee 

boleh perkena 
ROTI JALA , AIS JAGUNG & POPIA GEMOK 



LOKASI 
JALAN TIB 3, TAMAN INDUSTRI BOLTON, GOMBAK
(berdepan kilang roti)

WAKTU OPERASI
Setiap Hari Kecuali RABU
10pagi-7.00mlm

Thanks For Your Time
xoxo Puan Husna


p/s: tiada masa untuk bersosial, kini masa mencari rezeki untuk yg bakal muncul nanti.. :)

Wednesday, 11 March 2015

#WW - D'Jala Mr.Os di UPM serdang 13,14&15 March 2015!

Assalamualaikumm,,


bagi yang berada disekitarnya,, kalau nak merasai sendiri Roti Jala Terbaik dari D'Jala Mr.Os, 
boleh datang ramai ramai,, Jumaat Sabtu dan Ahad INI ok!

Thanks for your time
xoxo Puan Husna




Wednesday, 11 February 2015

Cara Daftar Perniagaan (Suruhanjaya Syarikat Malaysia l SSM)

Assalamualaikum,,

Alhamdulillah setelah sekian lama tertangguh akhirnya.. aku berjaya mendaftarkan perniagaan.. bukan apa,, banyak kelebihan yang boleh di buat bile perniagaan kita ni berdaftar.. so meh aku cerita mcm mane aku g daftar syarikat yang cuma mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja dah siappp..

first..

aku dah siap siap download borang supaya aku dapat jimatkan masa bile sampai di SSM nanti.. so aku download dari page SSM sbb borang ni Free je tak kene bayar pun,, jadi korang kene pilih jenis perniagaan ape yang korang nak jalan kan,, milikan tunggal ke,, partnership ke, Sdn Bhd ke..
so aku sediakan link utk korang kalau nak borang tu ok!



click sini untuk borang------- > Borang Pendaftaran Perniagaan
untuk yang nak daftar korang download Borang A & Borang PNA 42

lepas dah download tu korang isi lah ape maklumat yang diperlukan semua dan sign.. dah siap.. jangan lupe bawa photocopy IC pemilik..

Boleh terus ke pejabat SSM berdekatan,, mcm aku,, aku buat dekat SSM UTC- Pudu Sentral.. sampai je borang dah siap isi terus ambik No,, so aku tunggu dalam 5 minit, no pun di panggil,, so waktu isi nama perniagaan tu, dia akan bagi tau samaada nama perniagaan kita tu boleh lulus atau tak..

macam aku,, mulanya aku letak  D'Jala Mr.Os tapi disebabkan utk nama perniagaan ni tak boleh ada tanda atau titik, so terpaksa di tukar kepada D Jala Mr Os Enterprise sebab die kata nama perniagaan perlu nampak ape business yang kita jalankan.. so aku pilih je la mcm nama yang di atas tu..

dah selesai semua takde masalah pada borang, bayar yuran pendaftaran RM70.00 untuk setahun, dan boleh buat max sampai 5 tahun.

dan lebih kurang 15 minit aku tunggu nama pun di panggil dan Siappp! perniagaan pun telah selamat di daftarkan...  haaa mudah je kan.. jadi sape sape yang ada business tu tak kira la online ke kecil kecilan ke,, jangan lupe daftar.. sbb bile lagi korang nak mulekan empire perniagaan kalau bukan dari sekarang kan.. takpe mulakan dengan kecil dulu kemudian dah makin maju nanti up grade ke Sdn Bhd pulak.. untung2 jadi jutawan baru la boleh pki Bhd pulak.. hahahaha


jadiii taraaa inilah sijil pendaftaran perniagaan aku,, aku jual ape? haaa jual Roti Jala laaa... kalau nak order nak rasa boleh la call or wassap ke ok! 
sory terpaksa blank kan alamat sbb pki alamat rumah.. hehehe 

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: seronok bile setiap tangga mula di daki.. harap-harap aku tak jatuh tersungkur dan tak lupe dimana aku mule.. :)

Friday, 19 September 2014

PC, Laptop atau Tablet PC?

Assalamualaikum,

salam jumaat semua,, semoga kita dilimpahkan rezeki dan dirahmati hari ini dan seterusnya.. :)

ok seperti yang korang dah tau yang aku kan dah mulekan business kan,, so ni kisah betapa kelam kabutnyer semalam sbbkan order hahahahaah huru hara dibuatnyer..

Aku banyak promo business aku kat dalam Facebook D'Jala Mr.Os *jemput la like ye nanti hhehehehehe ... dan nak dijadikan cerita ada jugak orang yang PM aku kat fb dan disebabkan selalu hp mr.H ada data dan hp aku ngam-ngam semalam data habis.. hahahah so ada akak ni pm kt fb nak order.. kelam kabut kitorang bukak pm sbb kan die bagi tau die dah pm kt fb.. huh huh huh.. mencabar gile bile Mr.H punyer kuota pula dah habis.. so slow die nauzubillah.. so aku dah rasa sebe salah dengan akak tu sbb takut orang ingat kitorang meniaga main-main plk ye la sepatutnyer kita kene la bagi best service kan utk customer walaupun die cuma ingin bertanya je dulu....

so lari la keluar pegi beli topup utk on balik data mr.H semua.. perhhh dan ini mengajar kitorang yang sebenarnyer kitorang dah memerlukan internet yang laju dan sebuah computer tak kira la PC ke Laptop ataupun Tablet PC,

haaaaa so sekarang ni,, tengah pikir lagi nak beli yang mana,, mr.H cakap beli PC murah n senang kalau nak start buat account utk company  + senang juga die nak main game *niat dah terpesong dah ni.. so aku lebih memilih untuk pki tablet PC mcm ni..


senang nak masuk dalam bag, just agak leceh la kalau nak buat account tp sangat sesuai utk update pasal business kalau ada yang mcm ni.. so aku pun dah tgk dah bende ni and ok la harga pun tak mahal sangat masih dalam range mampu milik..

then mr.H kata kalau ambik ni kecik, tambah sikit duit boleh dapat laptop.. baik ambik laptop kan.. aku pun pikir laptop ni susah nak bawak yer la dah kene bawak bag besar2 kan semua.. eemmm berat pulak tu.. ehehehe i is malas nak kendong sebenarnyer.. saje la memberi cadangan kalau nak laptop nak yang mcm ni boleh???


haaahahah pengsan hoi nak beli.. and sangat tak sesuai sbb dah level membazir gitu.. aku pki utk keperluan je sbb nk update pasal business, nak buat paper work tender, nak buat presentation mcm tu je pun and paling berat pun nak buat account company la.. yer la aku yang akan handle full account and marketing utk company sendiri kan..

so korang rasa mane yang sesuai untuk business purpose? boleh bagi cadangan.. yer la aku ni kang dah beli pastu.. alllaaaaaaaaaaaaaaaaa *ala je dah panjang sampai thailand.. ahahahah sbb menyesal kehkehkeh... ok harap2 korang boleh bantu aku..

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: malam ni tak niaga.. simpan tenaga utk esok kehkehkeh

Thursday, 18 September 2014

Siap Company Profile Untuk Company Sendiri.. :) Excited!

Assalamualaikum,

syukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki buat umatnya,, yang memberikan rahmat buat seluruh umatnya..

Alhamdulillah,, impian untuk memiliki syarikat sendiri insyaallah kini berada di fasa terakhir pelaksanaannya,, Allah hu Akbar.. tak tahu mcm mane nak cerita perasaan sekarang,, gembira tak terkata, ok mmg nak nangis sbb telampau bersyukur sangat sangat, bersyukur tak terhingga. maaf bukan niat untuk riak tapi nak mendorong orang lain untuk jadi business women/man mcm aku dan mr.H jugak selain nak berkongsi cerita gembira heheheh

mungkin ini baru permulaan bagi aku:)

dalam setiap kejayaan yang kita nak capai pasti ada naik turun, jatuh sungkur semua aku rasa,, mcm mane sakit mula berniaga,, dengan duit tingal RM 2.00 dalam poket nak makan dengan mr.H beli meggi kongsi 2 orang, Hanya Allah yang tahu.., untuk dapatkan walaupun sedikit pada awalnyer.. menangis sorang2 bile takde orang beli.. fuhhh mencabar.. tp alhamdulillah,, aku masih positifkan diri dan aku kuatkan mr.H dan mr.H kuatkan aku. kawan-kawan pun alhamdulillah ramai sangat yang beri sokongan, datang kedai beli... untuk kitorang terus bangun dan usaha sama-sama.. Aku percaya Allah tu tak kejam,, die nampak usaha kita.. dan aku sangat sangat bersyukur dengan apa yang die bagi..

die bagi kitorang rasa macam mane sakitnya bile jatuh,, dan pelahan-lahan die bagi kami rezeki yang bagi aku mmg sangat lumaiyan.. sebak aku nak cerita.. betapa besarnya Rezeki Allah,, bertapa hebatnya kuasa Allah,, yang aku sendiri tak duga sampai begini mudah die beri aku.. aku tau yang die uji cuma sedikit.. ad orang lain lebih kuat ujian die beri..



harini aku dah pun siapkan company profile untuk aku bentangkan untuk tender-tender yang bakal aku masuk.. segalanya mudah dan Allah permudahkan.. isnin ni.. insyaallah,, aku ngan mr.H akan ke SSM untuk mendaftarkan syarikat ini secara rasmi.. aku harap segalanya akan lancar..

kini kitorang dah mula hantar stock untuk sarapan pagi, dan minum petang di 4 kedai dan insyaallah akan ada 6 kedai lagi akan menyusul.. dan mungkin lebih.. dan aku dah pun dapat tender dengan catering untuk jadi salah satu menu mereka. dan jika segalanya terus lancar,, aku akan berhenti kerja dan akan full time menguruskan ini bersama mr.H. ya Allah besar betul pemberian die.. aku harap aku akan terus ingat dan tak mendongak dengan apa yang aku ada,,

aku harap korang-korang-korang akan tegur aku bile aku lupe..

thanks for your time love
xoxo Puan Husna

p/s: nak pegi cari baju utk buat uniform rasmi :)


Wednesday, 27 August 2014

D'Jala Mr.Os kini Di Downtown Jalan Reko,Kajang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,, segalanya di permudahkan,, seperti yang ramai tahu, aku dan suami ada mengusahakan perniagaan makanan iaitu roti jala dengan pilihan kuah kari ayam/kari kambing dan kuah durian.. dan aku bersyukur Allah memakbulkan doa kami, kini kami akan berada di Kajang.

mulai 2.september.2014, kami akan berada di tapak niaga Downtown Jalan Reko Kajang, setiap hari kecuali hari Isnin, kerana downtown cuti Isnin. dari pukul 8.00malam hingga-1.00pagi. terima kasih kepada rakan-rakan yang tak putus-putus beri sokongan..

jadi bagi yang jalan2 area Downtown Jalan Reko tu.. mari lah datang rasai roti jala dari kami.. :)



dan tak lupe juga.. jom ramai2 like Facebook D'jala Mr.Os, click je kat gambar atas ni and like la ehh hehe segala update tentang perniagaan dan sebarang pertanyaan tentang tempahan juga boleh di ajukan disana..



dan ini adalah harga dan service yang kami tawarkan jangan risau kami takde charge GST hehehe :) so kalau all readers ni nak merasai roti jala dari kami boleh la datang di Downtown Jalan Reko, Kajang, tak tahu tempat?? hehehe waze kan ade hehe,, sane ada tempat lepak makan-makan sambil layang abang-abang busker main lagu yang merdu-merdu.. :)

thanks foe your time people,
xoxo Puan Husna

p/s: aku sangat berharap perniagaan ini akan terus maju insyaallah..

Tuesday, 26 August 2014

Tempahan Roti Jala- Bellamy House

Assalamualaikum,

salam selasa,, Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk terus menaip hehehe biase la tengah tengah buzy mcm 2 ni.. dengan prepair utk nurie solemnization soon.. and masih mengambil tempahan business lagi.. alhamdulillah sangat-sangat..

ok ini kisah ahad lepas, dah basi ke? belum kannn hehehehe. ni sebenarnya order last minit, yang mana hari khamis dapat tempahan terus buat untuk hari ahad tu.. alhamdulillah segalanya lancar..

tempahan oleh VIP Dato dan Datin dari ATM untuk rumah terbuka aidilfitri, mmg agak neves sbb first time buat utk VIP, so die request untuk 2 sesi siang dan malam dengan tempahan 800keping roti jala. yang mana kitorang datang menjala di tempat event yang di janjikan iaitu di Ballamy House di belakang istana negara lama. first2 sesat jugak la nak cari tempat tu lepas kene tipu dengan Waze cehhh sabo je la.. nasib baik jumpa juga akhirnya,.



so sampai je kitorang adalah salah satu menu yang ada, yang mana mereka dah siapkan stall-stall untuk bermacam-macam jenis makanan yang semuanya sedap-sedap,, yer la nak hidang dekat VIP kan takkan nk bg yang cikai-cikai je kan.. ada kambing golek, chicken wing, ABC, Cendol, Laksa, Nasi Arab, Sup, Char Kueh Teow, and mcm mcm la.. mmg aku yang duduk situ pun dah mcm nak meletup perut makan.. hahahah tak sempat lapar la kiranya..






so siang adalah sesi untuk staff dato dan datin datang.. dan pada mulanya agak ramai,, tiba-tiba hujan rahmat turun, so agak berkurang,, dan sesi malam cuaca baik.. dan sesi malam adalah para-para VIP rakan-rakan Dato dan Datin.. Datin tu mmg sangat baik.. cantik pulak tu.. so mlm tu kami sambung lagi menjala.. and serve untuk semua tetamu yang nak kan makan roti jala.. siap ada yang 2 3 kali jugak la datang lagi.. alhamdulillah sedap diorang kata roti jala kami.. seronok bila orang berpuas hati dengan hasil tangan kita kan...

so selesailah tempahan kami untuk event dari VIP.. semoga tahun depan Dato dan Datin akan ambil service dari kami lagi.. heheheh segala kekurangan kami mohon maaf ye. dan terima kasih. :)

so pada siapa-siapa yang nak kenduri, nak kan menu tambahan boleh la call kami untuk tempahan,, kami datang menjala di tempat anda dengan pilihan kuah, nak food test dulu pun boleh.. heheh

UNTUK TEMPAHAN.
D'JALA MR.OS
HUSNA / IZUAN
CALL OR WHATSAPP
014-229 0966
011- 1183 8980

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: 16/9 ni pun ada tempahan baru untuk kenduri kawin alhamdulillah semoga Allah terus memudahkan urusan kami.. :)

Monday, 7 July 2014

mencari rezeki ramadhan

assalamualaikum,

salam ramadhan to all readers ewaaaahhh, bajet2 ramai peminat hekhekhek,

memandangkan blog aku kian suram sbb terlampau bz menguruskan business ku yang kecil kecilan itu, tp alhamdulillah, mmg bermacam rintangan aku kene face tp, aku ttp bersyukur sbb Allah masih beri peluang utk aku meniaga.

sebelum ni aku pnh cerita yang aku akan meniaga roti jala untuk ramadhan kali ini, dan dari tapak asal. dan aku anggap ia mungkin bukan rezeki aku disitu, dan allah tetapkan tempat yang lagi best iaitu di depan rumah sendiri,kira sempat lari balik umah solat, kalo tingal barang boleh lari balik umah hehehe.

so bagi yang nak mencari aku meniaga tu, boleh la cari di sekitar jalan besar kg sri gombak, taman bolton, mmg cari muke mr.os dekat banting terpampang besar dari jauh dh nampak, aku meniaga bende yang sama, roti jala dan aneka kuih muih, kuih tu.. ad yg mama buat, ada orang hantar ad juga kakak buat puding caremal. sooo meh jemput datang kedai ye kalau ada lalu area situ.. hehehe

thanks for your time
xoxo puan husna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...