Showing posts with label mommy. Show all posts
Showing posts with label mommy. Show all posts

Friday, 18 March 2016

REVIEW- TAMBAH SUSU BADAN DENGAN Mamom Milkbooster Herbaworks

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia..
 
fuhhh mencabar betul bile dah upgread status bile jadi si ibu ni.. yer la semua bekejar, mane nak makan, mane nak mandi.. mana nak menyusukan anak, mana nak perah susu.. kann hanya ibu ibu je tau perasaan ni.. kadang2 sampai stress lagi2 bile masalah susu badan kurang and anak pulak kuat menyusu kannn.. ni tgh dalam cuti ok lagi kalau yang ibu2 dah nak naik kerja tu lagi la stress bile susu badan sikit je risau susu tak cukup nak hantar pada pengasuh, and mula la pikir anak tak cukup zat and kurang dpt susu terbaik dari ibu kalau si ibu dah start keje nanti kan..
 
bukan ibu ibu bekerja je risau ok.. aku yang tak kerja ni pun risau.. ya la yg aku ni pulak kene jugak stanby susu perah kalau time sampai order berderet.. ada cadang pki susu fomular, tp bg aku Allah bg rezeki insyaAllah mesti ada cara utk perbanyakkan susu badan supaya anak kita membesar dengan sihat dan kuat kan..
 
sooo disebabkan itu maka ni adalah antara ikhtiar yang ibu ibu yang mengalami masalah kurang susu badan..taaarrrraaaaaaaa


 

Mamom Milkbooster Herbaworks 
Harga sangat berbaloi sebab boleh tahan sebulan. kalau buat kira-kira korang hanya
keluarkan Rm2.60 saja sehari (1 botol RM80 ). Tak mahal pun sebab bila susu keluar.
 boleh jimat dari beli susu formula yg jauh lebih mahal.
 nahhh tgk sendiri testimoni-testimoni Mamom Milkbooster Herbaworks..
memang terbukti berkesan..ada yang terpaksa beli peti ais baru sebab dah
 tak muat nak simpan stok susu.






 

Yang menarik mengenai Mamom Milkbooster Herbaworks ni ianya
dalam bentuk Tablet ! Hanya perlu kunyah-kunyah sahaja!
Isi kandungannya pun tidak meragukan. Dibuat dari ekstrak herba seperti alfalfa,
habbatussauda, madu, kurma, spirulina, kacang soya, susu kambing.
 
Apa yang lebih meyakinkan aku lagi adalah blogger Irine Nadia pun dah cuba.
and die sendiri dah bg feedback yang wooowww..
 
 
 

Mamom Milkbooster Herbaworks ada sijil Halal Jakim dan KKM.
 So, ibu-ibu kat luar sana tak perlulah risau ya. Sekarang ni dah dieksport ke luar
 Negara lagi. Jadi, kalau ada ibu2 kat luar sana yang risau susu makin kurang,
 aku memang highly recommended! Try dulu tau makan Mamom!
Ramai yang dah consume produk Mamom dan repeat order semula.
 Produk ni betul- betul membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu ! Insyaallah.
ni kan salah satu ikhtiar juga kannn..
 
 
 
 
 
 
 
Untuk lihat testimoni, jom follow instagram ni:
@mamom_tambahsusuibu

@mamom_tambahsusuibu
@mamom_tambahsusuibu
.

ataupun boleh je order direct terus
 
Whatsapp 019 372 1966

Kalau nak tengok banyak lagi testimoni atau still rasa ragu2, u all boleh "LIKE" .

FB Page : Mamom Milk Booster Herbaworks .
 
 
 
 
 

 

 


Wednesday, 24 February 2016

BERSALIN DI HOSPITAL SELAYANG OK KE?

Assalamualaikum,

sementara si kenit ni tido n mood rajin ni sampai baik kita type laju2 hahaha.. dlm entry lepas ada aku ceritakan pengalaman aku melahirkan natrah, and now aku nak cerita pulak pasal service yang aku terima di HOSPITAL SELAYANG yang mana ramai juga aku dengar cerita ckp service itu la ini la di lain2 hospital kerajaan sampai ramai la fobia nak g hospital kerajaan ni bile nak bersalin..


kalau ikutkan ni bukan pertama kali aku gunakan perkhidmatan hospital selayang dah banyak kali.. dari abah sakit, kakak bersalin, mama bersalin and aku sendiri dlm family mmg akan pilih hospital selayang.. 

first, nurse ok ke kat hospital ni? slalu kalau nak bersalin mesti dengar rungutan ibu ibu ni pasal nurse mulut puaka kan.. tp Alhamdulillah dari pengalaman aku n family aku tak jumpe lagi nurse2 yang mulut puaka atau doc yang kerek.. semua layan baik n sangat friendly, nak ckp diorg layan baik sbb Artis tu tak jugak.. sbb aku pegi bukan dengan abah pun.. mane diorg tau pun aku ni anak artis ke ape.. 

2nd, selesa ke hospital selayang ni? aku boleh katakan pada korang.. takyah duduk bilik 1s class pun korang akan rasa selesa sbb 3rd class die pun kipas sorang satu katil, space setiap katil luas, and yang penting tak panas walaupun takde air cond utk 3rd class ni..  sebelum aku di hantar ke wad pun nurse ad tanya nak bilik 1st 2nd atau 3rd, aku ckp je tak kesah la mane yg ada kosong je, so diorg kata 3rd class boleh ye puan,, aku ok jeee yer la bukan nak duduk sampai 3 4 bulan kan.. kira utk bersalin 3 4 hari tu mmg dah selesa sangat dah.. aku ada pengalaman kat hospital lain.. hadoi dengan panas die, dengan sempit.. kesian kat pesakit je sbb tak selesa.. mungkin tu sbb hospital lama kot.. selayang ni pun tak la lame sangat so ok la..

3rd, labour room, sebelum ni ada jugak terbaca pasal hospital lain yang mana katil tak cukup la, sampai ad yg kene tidor atas lantai la semua kan.. tp alhamdulillah, kat sini aku tak nampak lg yg tido atas lantai sementara tunggu nak bersalin.. mmg ada time labour room penuh tp diorg akan pastikan korang akan ditolak ke labour room jugak utk bersalin.. sbb aku tunggu nak masuk wad pun mmg ambik masa tp tak la sampai tidor kat kerusi ke ape.. dlm 3 4 jam dah dpt katil dah boleh stay kat wad sementara diorg akan pantau kalau korg dah ready utk bersalin.. and ad je kes2 yang datang mmg dah nak bersalin sangat dah so terus je masuk labour room utk bersalin.. sbb ad jugak kawan aku cerita kata wife die bersalin kat bilik menunggu je sbb labour room penuh.. tp kene bayar full mak haiii mahal pulak tu ..sampai RM300++ bersalin normal

4rd pasal bill.. bill aku bersalinkan natrah haritu RM127  sahaja utk 4 hari duduk wad, dan bersalin secara operate.. kau rasa mcm nak beranak lagi tak? sbb murah.. ni kalau operate, kalau normal die kata 3rd class ni dalam RM30 mcm tu je.. hoiiiii nak beranak 30 kali pun masih mampu nak bayar hahaha.. nak tau charge2 lain boleh rujuk sini----> CAS HOSPITAL SELAYANG

5th Doctor and Pakar.. aku 4 hari duduk wad siap dah hafal time doc akan melawat so if ada ape2 masalah korang boleh terus direct tanya dgn diorg so diorg akan terangkan terus pada korang apa masalah mengikut kepakaran doc yang dtg n duty waktu tu.. mcm pagi pukul 8-9 mcm tu akan ada doc atau pakar bahagian sakit puan datang utk pantau, lepas tu dlm pukul 10-11 mcm tu pakar bahagian kanak2 utk pantau baby so relex petang pulak diorg akan datang pantau lg and last belah malam.. kira mmg tak la rasa mcm diorg tak ambil tau atau apa.. if ada ape2 masalah diorg akan terus bg tau time tu jugak.. if dah boleh balik diorg yang akan deside boleh balik atau tidak.. tgk pada condition korang.. 

6th ada satu je masalah hospital selayang ni.. masalah PARKING.. haaa ni mmg mane2 hospital pun same kot.. kalau pegi time melawat tu hadoiiii mmg agak susah la nak cari parking.. tp sabtu ahad senang sikit la.. dengar kata diorg tengah nak naik taraf nak buat parking tambahan tp jauh sikit n kene jalan sikit la.. tp ok la atlist ada penambah baikkan.

jadi menurut pengalaman aku, aku sangat berpuas hati dengan servise dekat hospital selayang, aku boleh lavelkan hospital ni 4star utk service yang di berikan dengan kelengkapan dan keadaan hospital yang selesa n staf yang ramah ramah.. bagi yang nak bersalin kat hospital ni.. aku mmg sangat sangat mencadangkan kepada korang.. tp korang kene ingat lain org lain rezeki dia. dan kalau kita ikut prosedure and tak menyusahkan org lain insyaAllah Allahpun akan permudahkan Urusan kita.. 


thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: dah separuh berpantang baru rasa sakit.. pelikkkkk!

Tuesday, 23 February 2016

SAKIT BERSALIN - PART 2

Assalamualaikum,, 

haaaaa dah baca pengalaman bersalin aku part 1?.. kalo belum meh baca part 1 dulu pastu sambung balik baca kat sini yer-----> SAKIT BERSALIN - PART 1 baru la mcm drama melayu hahahahaha



ok si kenit tengah tido so boleh la kita sambung story.. mcm mane aku bile dah di tolak ke labour room, dalam pukul 6 mcm tu aku dah di tolak masuk labour room, so bermulalah sesi utk melahirkan.. di sebabkan air ketuban aku dah pecah since 10.30 malam semalamnyer.. so aku ada masa lebih kurang 4 ke 5 jam je untuk melahirkan.. 

so masuklah aku ke labour room no 8, so masuk je terus nurse tu tanya suami mana? so aku ckp ada kat luar kejap lg die masuk.. sbb Mr.H datang dengan mama.. so mama kata takpela mama balik dulu, nanti dah bersalin nanti baru ma datang balik.. so sementara aku dah di pasang mesin kat perut utk  monitor baby.. sakit masih sama mcm tadi lagi lebih kurang 5minit skali sakit and skala sakit 8/10, mr.H pun masuk la labour room,, then datang 4orang Doc yang bakal sambut baby dengan 2 orang nurse, so mr.H pun dengar la Doc tu bg tau tentang bukaan and, disebabkan aku dah lama sakit but bukaan masih 4cm, diorg putuskan utk induce aku bagi cepatkan proses kelahiran,

mr.H bersetuju je dengan semua yang Doc tu cakap so aku pun ok je la.. yer la kita mane tau kita pun ok jer la sbb dah tengah sakit buat la ape pun aku setuju je.. hahaha so nurse yang jaga aku tu siapkan air suruh aku minum, and ckp ngan mr.H kalau istri awak nak ape2 tolong dia ya.. sbb bila ubat dah masuk dia akan lagi sakit.. so aku yg dah separuh mamai ni sbb menahan sakit + aku mintak lg ubat tahan sakit.. so nurse tu pun ckp,, puan stahan sikit ya.. nanti doc bagi ubat tahan sakit.. tp dia tak hilang sakit ya, dia cuma bantu puan utk rasa mengantuk je.. aku pun ok ok.. lepas ubat induse dimasukkan,, dengan dos rendah.. aku dah mule rasa sakit yg makin kerap lebih kurang 3minit skali sakit die n tahap kesakitan waktu ni 10/10 mmg sangaaaatttttt sakit ok.. sakit die bukan dekat perut tapi dekat bahagian belakang badan, dan pinggang, dah rasa mcm ada org tengah remuk remukkan tulang kat pinggang aku waktu tu..

waktu ni. Mr.h takde kat sebelah sbb die g hantar mama balik and die g makan semua dulu.. then die datang balik, aku dah menangis-nangis tahan sakit.. doc datang utk cek bukaan lagi and masih sama 4cm, punyer lah sakit waktu ni bukaan masih mcm tu.. so  doc tu kata masuk lg ubat induse dengan dos yg lebih tinggi sbb doc kata baby dalam keadaan relax so kita nak kejutkan baby supaya die boleh bantu utk bukaan. so die masuk je ubat for 2nd time tu, lagi mengelupur la aku sakit.. ok this time sakit die level 20/10 mmg sakit yang tak dapat nak di gambarkan.. sbb non stop, berterusan sakit yang mmg aku sampai dah rasa nyawa dah hujung2 je, menangis meraung semua and nurse tu sampai tolog aku ingatkan doa nabi yunus semua. nurse tu baik sangat siap dtg pegang tangan aku n ckp puan banyak-banyak istifar ingat Allah mmg sakit puan saya tau.. puan tarik nafas dalam2 n lepas pelahan-pelahan yer.. banyakkan istifar puan moga boleh cepat melahirkan,. sambil nangis n mampu laung nama Allah, Allah je waktu tu yang aku ingat.. mmg tahap kesakitan Hanya Allah je yang tau waktu tu.. 

jam dah pukul 11.30mlm aku dah tak mampu tahan sakit dah sampai aku dah rasa nak bangun n lari je dari labour room tu.. dan sampai nangis peluk mr.h ckp dah tak mampu nak tahan dah sakit sangat2  mintak mr.H tolong urut pinggang semua tp tak mampu hilangkan sakit pun.. doc cek lg bukaan masih sama 4cm n baby masih mcm tu seronok duk dlm perut tido.. langsung tak membantu utk bukaan. pukul 12mlm mcm tu aku dah makin meraung sakit sampai merayu2 dekat doc tu.. tolong la saya dah tak tahan sangat dah ni.. n aku mintak je di operate sbb doc tu suruh tahan lg 2 jam n kalau masih sama baru diorg akan tolak aku utk oprate.. tp aku ckp dah merayu2 mintak terus operate je sbb mmg langsung dah takleh tahan sakit.. so doc tanya dengan mr.H, die pun ckp, takpe la doc operate je la die kalau dah mcm ni.. so doc tu pun ok la siapkan borang semua utk di sign and terus tolak aku masuk bilik bedah

masuk bilik bedah 12.15mlm pukul 12.33 keluarlah si kenit ni.. masuk bilik bedah aku masih menangis2 tahan sakit, sepas die bius kat tulang belang terus hilang rasa sakit n mamai je time tu.. dengar je si kenit tu nangis ya Allah rasa lege sangat2 n hilang rasa sakit semua.. mcm magic. dah siap2 semua sambil die tengah jahit perut aku, diorg baru lap2 baby semua, n nurse pun bawak baby dekat aku ckp,, ni puan baby puan die suruh cium and tunjuk baby girl ke boy,, aku ckp baby girl.. pastu die kata kita bersihkan dulu kejap lg baru kita bg pada puan ya.. aku pun dah rasa nak tido je time tu sbb dah lege dah rasa..

so lebih kurang pukul 2 pagi mcm tu aku dah di tolak keluar dari bilik bedah n terus jumpa mr.h, n Mr.H ambik baby die tanya laki pempuan aku ckp gigirl, terus die azan n iqamat kan.. Alhamdulillah semuanya dah selamat. mr.H lah yang paling excited dengan tak tido seharian meneman aku..


dah nampak die depan mata, dengan aku pun tak dpt tido , sbb perasaan bercampur aduk, seronok, sedih, ngantok semua ada,,yg paling terkesan,, mcm ni rupenyer sakit mama nak lahirkan aku dulu ekk.. insaf kejap.. so bile org tanya aku about next baby.. fuuuhhhhh jgn la tanya dulu doc pun suruh gap kan 2tahun so lepas 2 tahun baru pikir hahahaha.. terngiang2 lagi wehhh sakit nak bersalin tu.. mmg aku tabik kat org dulu dulu yang boleh bersalin sampai bebelas2 anak... 

ok cukup la tu dulu utk entry ni, nanti kita sambung pulak cerita pasal si kenit ni kene duduk bawah lampu biru ehhh.. haaaa yg tu emosi sangat and nanti aku cerita pengalaman tentang service Hospital Selayang bagus ke tidakkk tunggu next entry ok!

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: mencabar rupenyer berpantang ni.. sabar husna 20days to go je lagi ni hehehe

Friday, 23 October 2015

#ANAK : BARANG BABY

Assalamualaikum,,

sorry i is sooooo buzy buzy + pemalas teruk nak on lappy nak merajinkan jemari menari ni.. hahah tetibe arini rajin pulak kau yerrr...

ok as readers know,, cehhhhh dah tinggal berapa bulan je lagi nak sambut orang baru ni.. fuhhh boleh tahan jugak excited, takut, nangis semua ada... mane taknyer bile nak ada orang baru ni.. haaaa semua bende baru nk kene cari ni hahah walaupun ad juga barang yang aku pakai balik je dari kakak aku.. tp kita ni nak sambut baby first kan.. sure la nak jugak bagi anak kita pakai bende baru jugak kan.. tak dpt banyak pun sikit pun jadi lahhh hehehe.. 

so di sebabkan aku ni agak lambat jugak mensyopping barang baby ni.. sbb ada halangan2 dari segi "orang tua tua cakap" so dengar la ckp orang orang tua ni kan.. tp ad jugak aku beli awal sbb mane nak mampunyer wehhhh nak beli semua gedebukkkkk.. so beli la sikit2... beli dan sorok! hahaha


tapi bestnyerrrr,, time nak beli barang baby je.. yang over excited sure la bapaknyer kan.. aku beriya nak beli yang murah2 boleh jimat2 semua ehhh die asal nampak comel je die nak beli.. sampai bende yang tak penting pun die nak beli..nak beli basikal la, itu la ini la.. hahaha yunkk oi die lahir bukan terus pandai naik basikal!

hahah pening.... dan yang paling pening nak membeli barang baby ni adalah baju.. nak beli baju kang colour pink kang keluar laki pulak.. kalo beli semua ada ropol2 la semua kang keluar boy kang susah pulak.. so mmg banyak beli yang basic colour n universal je.. white, blue green.. and yang penting takde ropol2..

walaupun dah g scan and tak pasti lg yang keluar ni apa.. so kita ambik langkah selamat je la yer.. so kalau dah keluar nanti baru boleh shopping lg hehehehe..

so buat masa sekarang 80% barang baby dah di beli.. tinggal sikit2 je lagi.. yer la semua dah pesan dah masuk 7bulan je terus pack baju baby semua stanby dlm kereta... fuhhh awal gile 7bulan hahahaha just in case kan kita ni merancang tuhan yg menentukan..

so doakan semoga Allah terus beri kekuatan kt aku utk menempuhi beberapa bulan terakhir ni hehehe.. dengan harapan minggu ni boleh g tgk MOTOGP hahaha nampakkk perangaiii! mentang2 org semua tegur tak nampak perut hahaha eheeemmm i is sorak sikit perot maluuu! heheh 

okthanks for your time
xoxo puan Husna

Thursday, 30 April 2015

Kenapa Susah Hamil?

Assalamualaikum,

haaaahhhh lame gile tak story mory pasal mommy tips kan.. walaupun belum jadi mommy,.. aku banyak jugak buat research pasal kehamilan ni.. yela sambil aku dapat info.. kita kongsi kongsi la dengan org lain kannn.. so ilmu tu di perluaskannn..



ok tajuk di atas dirujuk *haah kau ingat surat berenti kerja ke ape una.. hahah, ok  sape yang taknak baby oiii,setiap perkahwinan tu mesti nak kan ada cahaya mata sebagai penyeri, lagi2 bile macam macam product, try itu try ini tapi masih belum rezeki untuk menimang cahaya mata.. btw im so happy utk +Nuriesya Nadia  yang dah dapat rezeki berduyun duyun utk tahun ni.. tahniahhh babe.. im happy for you.. tak sabar nak tunjal anak kau ni hahaha..

ok harini nak share kenapa ada wanita susah hamil? ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu sukar utk hamil.. dan ini aku sharekan dari pengalaman aku sendiri dan hasil tanya doctor yang mmg every month aku pegi..



1. RAHIM TERBALIK
kedudukan rahim terdapat dua kedudukan ada yang normal dan ada juga inverted yang mana kedudukan rahim tidak seperti wanita normal.. dan ini adalah salah satu sebab kenapa wanita sukar hamil.. NAMUN, ada ramai juga wanita yang mengalami rahim terbalik berjaya hamil tanpa sebarang perubatan tau.so jangan putus harap.. teruskan usaha ok!.

2. Cyst
masalah cyst mmg antara yang di takuti oleh ramai wanita, tapi apa kan daya.. kalau Allah dah takdirkan kita, cyst ni banyak membuatkan hormon badan tak seimbang dan mempengaruhi seseorang wanita itu untuk sukar hamil.. dan kebanyakan wanita yang mengalami cyst berjaya hamil apabila cyst sudah tiada,, samaada buang secara pembedahan ataupun cyst itu keluar secara normal. dan jangan kuatir,, wanita yang mengalami cyst masih boleh hamil ya.. cuma doctor akan galakan utk buang cyst itu dulu sebelum merancang untuk hamil.. dan jika cyst sudah di buang insyaallah peluang untuk hamil akan menjadi lebih tinggi,

3. MASALAH DARI SUAMI,
haaa ni kalau laki baca ni marah diorg slalu ckp diorg sihat je.. heheh no.. jangan terlampau ego ok.. buat pemeriksaan dulu then baru cakap adakah awak betul betul sihat/subur.. sbb ini juga merupakan faktor kenapa seorang wanita itu sukar hamil.. ok para para suami.. awak juga memainkan peranan untuk istri awak hamil.. jadi paham paham lah ye.. hehehe

4. Belum Rezeki.
ini adalah ungkapan aku bile aku di ajukan soalan soalan panas mcm (kau ni ape masalah una tak ngandung-ngandung lagi ni) hahaha ok chill la marah pulak aku tak ngandung... dah tentu ini belum Rezeki aku lagi, walau mcm mane sihat pun awak,, tp kalau Allah itu tetapkan belum masa untuk awak menerima zuriat.. buat la mcm mane pun ianya tetap belum rezeki untuk kita.. percaya,, yakin Doa pada Allah itu yang penting.. nak bg tips untuk yang mengalami masalah tekanan mcm aku sbb org push tanya bile nak ngandung boleh guna jawapan ni.. (awak tau bile Allah nak tarik nyawa awak?) hahahaha

ok ni je yang aku boleh kongsikan dari pengalaman dan infomasi yang aku tau serba sedikit.. ala lek la baru 2 tahun kawin *(ayat sedapkan hati) hahaha insyaallah yakin dengan janji allah usaha doa tawakal insyaallah.. sape yang senasib dengan aku tu.. just enjoy your life, mungkin Allah tak kurniakan rezeki anak tapi mungkin Allah gantikan dengan rezeki lain.. "Man proposes, god dispose" dan yakinlah perancangan Allah itu lebih baik..

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: dah bape minggu skip appointment ni husnaaa..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...