dah baca enty pasal to bomoh bubu ni tak? kalo belum men clik sini.. --> SINI raja bomoh
ok kalau dah baca, meh sambung entry,
semalam gempar lagi semelaya dengan kehadiran RAJA BOMOH ini ke KLIA lagi, buat ape? buat ape lagi, retual yang tak habis2,
sumber: google |
sumber: google |
sumber:google |
aku belajar pendidikan islam, aku belajar agama, walaupun aku bukan alim ulama, aku bukan lah
ustazah yang tahu lebih terperinci tentang agama, dan aku juga dalam proses belajar tentang agama
tapi, aku tak penah pulak tau yang islam mengajar kita meminta pertolongan dari Allah dengan cara mcm ni.
sedih ,malu semua ada, kelapa, bakul, tikar,labu, teropong, untuk apa?
tak cukupkah Solat 5 waktu, solat hajat, bacaan yasin dan berdoa untuk meminta pertolongan dari Allah?
tidak cukup kah untuk percaya bahawa Allah itu yang Esa, dan tidak kuatkah kepercayan terhadap kekuasaan Allah? hingga sanggup memperbodohkan diri dengan sketsa2 ala2 cerita P.Ramlee tu? sudah sudah lah dengan karot komedia yang kau lakukan ni.. orang tgk die bukan orang mengatakan tentang kehebatan tok bomoh itu, tetapi dia hanya menjadi bahan tawa serata dunia, dan mengatakan betapa teruknya orang Malaysia. dan secara terangnya, telahpun menjadi alat perodi kepada orang lain.
kehilangan pesawat MH370 bukan barang gelak tawa yang boleh di persendenkan, ini isu nyawa. ini isu keselamatan, dan ini isu negara.
aku harap pihak2 bertangung jawab boleh cepat bertindak, sebelum ramai yang terpengaruh dengan dia,
bagi yang bukan islam, aku nak tegaskan bahawa, apa yang bomoh itu buat,
BUKAN AJARAN AGAMA ISLAM!
dan apa yang bomoh itu buat adalah kurafat!
meh belajar sikit tentang apa tu KURAFAT!
· KHURAFAT
· MAKSUD
- Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat
· CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
- mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
- mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
- membuang ancak bagi menghalau hantu
- mengunjungi kubur yang dianggap keramat
- mempercayai sesuatu bende yang kononya mempunyai kuasa sakti
· FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal
· CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat
· AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
- menyebabkan syirik dan batal iman
- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematikYa Allah jangan kau tolak doa kami kerana orang-orang seperti ini!
semoga Allah sentiasa melindungi kita dari perkara seperti ini..
wallaualam, semoga bermanfaat.
Thankx for read people,
XOXO Puan Husna
p/s: minta pihak berwajib ambil tindakan yang sewajarnya agar tidak berlarutan..
dear,, pihak Jakim dah tahu psl ni.. hope jgn la memandai-mandai.. buat malu org islam je
ReplyDeletetu la, malu rasanya.. sbb org ingt ni ajaran isalam.. sedih kan..
DeleteAlahaiii...buat malu je...yang pengikut pun sama gak...dah xtau hukum hakam dah....
ReplyDeletesedih, bile dh terlampau taksub mcm ni la jadi pnut..
DeleteTengok boleh.. percaya jangan sekali
ReplyDeleteorg buat jadi bahan perodi je kwn ucu, kalau pecaya jugak tak tau la nk ckp
DeleteMemalukan la P'cik ni, yg b'wajib ce amik tindakan....!!!
ReplyDeletekan cik na,, kita pun harap bihak berwajib cepat bertindak
DeleteJangan komen yang bukan-bukan..!! Raja Bomoh ini mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati.
ReplyDeletehahahah adaoii sian buaya tu kene lempang hahaha
Deleteerm.. tak tahu nak cakap apa. sampai kelapa pun keluar, bubu pun sama.. teropong.. wallahualam. percaya pada kuasa Allah je..
ReplyDeleteitu yang pelik, kan dh di beri tau dan ramai ustaz slalu cakap solat itu tiang agama, Doa itu senjata org mumin, beriman dengan Qada dan Qadar, dah cantik dah Islam tu sebenarnya kan...
Deletememalukan.... tengok je dah geleng kepala.. apa lah manusia ni mengarut... sabar je lah
ReplyDeletemama, bukan malu je takut pun ada mama, Semoga Allah itu lindungi kita dari perkara-perkara mcm ni kan..
Delete