Tuesday 25 March 2014

MH370 - Berakhir Di Lautan Hindi

Assalamualaikum,
salam sayang,
salam Selasa,



Salam terakhir buat Penumpang MH370.

sebaik mendengar khabaran dari Perdana Mentri tepat jam 10malam semalam, aku hanya mampu terdiam, terkedu,mengenangkan apa yang keluarga mangsa sedang alami, kalau aku berada di tempat mereka, mampu ke aku lalui semua ni..

seperti yang kita maklum, semalam, satu dunia gempar dengan apa yang telah di sampaikan oleh PM kita tentang berakhirnya pesawat MH370 itu di Selatan lautan Hindi, yang mana disana, adalah tempat paling sunyi di dunia, tempat paling jauh dari mana-mana tempat mendarat, PM mengumumkan yang pengkaji dan penyelidik kemalangan udara UK, memutuskan, bahawa signal terakhir yang dikesan adalah pada pukul 8.11 pagi, dan mengikut kajian tentang keupayaan pesawat itu untuk terbang lebih adalah agak tipis,  ini kerana pesawat tersebut berada dlm keadaan tangki yang hampir kering dan telah melalui perjalanan hampir 7 ke 8 jam, dan untuk sampai ke mana-mana tempat mendarat adalah agak mustahil,kerana kawasan yang agak jauh dari daratan dan mereka telah membuat kesimpulan yang Pesawat MH370 ini mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah laut, di Selatan Lautan Hindi, yang mana lautnya cukup bergelora dengan ketinggian ombak dan angin kencang..

akhirnya setelah 17hari segala tanda tanya telahpun terungkai, cuma untuk memastikan kenapa berlakunya semua ini, kene tunggu pihak SAR untuk mendapatkan kotak hitam, barulah betul-betul terungkai segalanya..

aku berharap, ahli keluarga akan tabah menghadapi ujiannya, dan aku yakin satu dunia mendoakan mereka tenang di sana.walau dilautan terkuburnya mereka, insyaAllah mereka akan di lindungi Allah.. salam takziah buat keluarga mangsa, semoga terus tabah menghadapi hari2 mendatang..


salam ingatan
xoxo Puan Husna


p/s: semoga allah sentiasa melindungi kita dari segala dugaan yang kita tak mampu pikul..


6 comments:

  1. sis..,sedih sgt...

    Allah telah memudahkan segalanya...setiap kejadian ada hikmahnya kan...

    kat radio semua lagu sedih.., bertambah sedih la hati ni... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kita kt office ni pun sayu je hati, lagu kt radio pun sedih2 je.. :'(

      Delete
  2. berderau darah dgr bait-bait kata yg keluar drpd mulut PM semalam.. sedihnya hanya Allah yg tahu... harap keluarga mangsa redha dan tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya allah.. kita yg duduk dpt TV tetibe npk title kt bawah tulis PM nk buat PC dh bederau dh darah.. emmm semoga semuanya dicucuri rahmat dari allah, dan fmly tabah.. :'(

      Delete
    2. mati itu pasti. tak perlu bersedih

      Delete
    3. Carlos, boleh utk bersedih tp jangan terlampau meratapi hingga tidak melalukan perkara lain, kesedihan atas rasa perikemanusiaan, kematian itu mmg pasti, dan kesedihan atas kematian itu norma manusia biasa..

      Delete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...