Assalamualaikum,
Hello raders, selamat hari selasa,
masih diselubungi kesuraman dan kesedihan, tentang kehilangan MH370 yang masih tidak ditemui,
maaf entry ini bukan untuk mencari publisiti, atau ingin mendapat treding, sekadar berkongsi
pendapat dan info-info yang mampu membuka minda kita untuk berfikir sejenak,
aku terpangil untuk mengabadikan sedikit ucapan terima kasih dan tahniah untuk Kapten Norudin Abd Majid, yang membuat ak tersedar dari keseronokan dunia, semalam dan pagi tadi di MHI beliau ditemuramah oleh TV3 tentang mistri kehilangan pesawat yang mengemparkan dunia.dan beliau mempunyai pendapat yang cukup mengejutkan aku dari mimpi lena dunia.
aku tertarik untuk mendengar secara mendalam apa yang diterangkan oleh Kapten yang lebih kearah kesilapan manusia itu sendiri dan apa solusi yang boleh di ikhtiarkan,
salah satu ayat yang aku masih ingat pagi tadi dari kapten,
" ada teknologi menghancurkan umat, dan ada teknologi memberi manafaat kepada umat,
dibelakang teknologi adanya Allah"
'"kembalilah kita kepada pencita dengan rendah diri"
aku tertarik dengan kata-kata keptan yang juga berpengalaman dalam bidang penerbangan tetapi lebih terarah untuk memberi pandanganya kearah ilmiah dan kesedaran kita sebagai hamba kepada Allah,
Dua ikhtiar yang boleh dilakukan menurut kapten norudin
-Doa dari ahli keluarga terdekat, dan membuat solat taubat dan meminta, merayu kepada Allah
agar dipermudahkan urusan pencarian, kerana Allah sahaja yang Mengetahui segalanya,
-Doa dari orang orang soleh, kerana orang soleh ini lebih dekat hatinya dengan Allah.
Wallahualam,
semoga bermanfaat, dan sama2 kita bersihkan diri. dan sedar siapa kita di muka bumi ini,
sehebatmana pun teknologi yang dicipta, tanpa Kuasa Allah maka tidak terjadi semuanya.
Kembalilah kepada Pencipta. Dia maha Mendengar dan Maha mengetahui.
temubual di MHI pagi tadi.
semoga bermanfaat,
thanks for your time
xoxo Puan Husna
p/s: #prayforMH370 kalau aku yang berada dlm kapal itu, tak tau nak cakap apa...
btl tu...setuju...cara kapten ni cakap memang memberi kesedaran...semoga Allah bagi petunjuk di mana MH370 tu berada....amin...walaupun kita xda dalam kapal tu, perasaan memang tetap sedih gak membayangkan nasib diorang tu kan...
ReplyDeletetu la tersentak jap dgr die punya hujah.. tp sangat mendalam.. semoga kita mampu terus berdoa untuk mereka kan :)
Deletesetuju dear,, sbb doa org yg taubat dan soleh lebih dekat dgn Allah. tp siapalah kita nak menagkis kuasa Allah #prayforMH370
ReplyDeletesemoga kita yang kerdil ni juga dpt menjadi salah seorang yang membantu menguatkan doa kepada allah yang sentiasa mendengar kita kan.. :)
DeleteSetuju pd pendapat kapten..sume yg berlaku dtentukan oleh Allah..kte sebagai hamba hanya doa menjadi semangat dan kekuatan
ReplyDeleteinsyaallah, semoga allah sentiasa mendengar harapan kita dan doa kita yang kerdil ini.. :)
DeleteBtul kata kapten, semenjak akhir2 ini pelbgi musibah melanda dunia n msia sume berkaitan Islam. Inilah masanya Allah menunjukkan kuasanya kpd kite sume yg Allah itu wujud " LA TAHZAN", kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Peringatan kecil dari Allah untuk kita bertaubat sblm kiamat. Laungkan AZAN disana n minta bantuan dari org2 soleh ambil iktibar dari kes 8 remaja lemas di Johor baru2 ini, stlh AZAN dilaungkan solat hajat dilakukan barulah kesemua mangsa mudah dijumpai. InsyaAllah.
ReplyDeleteAllah menguji kita tanda Allah sayang kepada kita.. :) semoga Allah akan permudahkan pencarian dan memberi petunjuk kepada kita. segala di langit dan dibumi itu milik Allah, dan dia yang maha berkuasa, macam kata kapten, kembali kepada pencipta..
DeleteSudah masuk hari ke-6. Kebarangkalian untuk semua penumpang dan anak kapal masih hidup amat tipis. Kejadian yang berlaku ini ada hikmahnya kerana setiap mahluk yang bernyawa pasti akan merasai mati. Walau ditakdirkan mereka semua telah mati, temukanlah jasad mereka untuk tatapan insan-insan yang tersayang...AMIN..0250ptgJumaat.
ReplyDeleteamin, semoga segalanya dipermudahkan Allah ye kawan ucu..
Delete