Thursday 14 April 2016

AL-FATIHAH Buat ABAH (Mr.Os)

Assalamualaikum.
mencari kekuatan dan tempat meluah, dan ini aku rasa tempat terbaik untuk aku luahkan segalanya.. menceritakan segalanya.. perkara yang paling aku takut, dan ianya benar2 berlaku dlm hidup, perkara yang paling berat aku kene tempuh..
 
 
8/4/2016(Jumaat) : 2.50ptg
perginya insan yang aku pangil ABAH. Mohd Yusof Bin Abdul Hamid (Mr.Os)
abah pergi pada usia 55tahun 4hari lepas abah sambut birthday abah.. walaupun abah kene sambut birthday abah time tu dekat hospital, takdir Allah dah tentukan segalanya.. setiap ajal maut semua Allah yang tentukan jika sampai masanya tak lewat tak cepat.. Allah akan tetap ambil abah..
 
aku sendiri tgk aku sendiri ada disisi abah waktu Abah mengembuskan nafas terakhir. Hanya Allah je yang tahu perasaan time tu. walaupun sejak dari hari khamis 7/4/2016 tu lagi Doc dah beri tahu tentang situasi abah dan dah suruh kami keluarga bersedia bila bila masa, namun kitorg Nampak mcm mane kuat abah melawan sakit abah hinggalah hembusan nafas abah yg terakhir hari jumaat tu.
 
kami tahu abah akan pergi, kami tahu abah akan tinggalkan kami..tp hati mana yang mampu tahan waktu kehilangan org yang paling kita sayang.. org yang aku pangil ABAH org yang didik dan besarkan aku..
 
una ingat lagi hari khamis tu,, una dtg bawa natrah naik tgk abah,, abah cakap "kenapa bawa natrah naik, ni hospital dia kecik lagi" aku hanya mampu jawab " takpela die nak jumpe ateh nak sayang ateh" dan itulah kali pertama abah pegang n cium natrah dan itu juga kali terakhir.. sbb abah kata die tgh sakit die taknak pegang natrah takut natrah jangkit katanya..
 
Abah seorang yang betul betul kuat, semangat dia melawan sakit die btl btl membuat aku kagum dengan dia.. sampai akhir nafas dia dia masih cuma untuk melawan sakitnya walau dia tahu yang masanya telah tiba, abah tak menyerah, abah dapat tahu yang dia mengidap kanser paru paru stage 4 mula hujung tahun lepas, dan dia mula kritikal waktu dia mula kimoterapi dan kesihatan dia makin merosot bila masuk kimo ke 3 4 5 dan 6, dia mula tak larat bangun, badan lesu, dan sampai tahap dia terpaksa berkerusi roda. tapi dalam tak larat die, die tetap nak buat kerja, dia tetap nak berceramah, dan hingga akhir hayat dia pun dia masih banyak undangan ceramah. dia kata dia suka buat ceramah sbb dia dapat kekuatan bile die berceramah, dan dia nak org doakan untuk dia.. tp Allah lebih sayangkan dia..
 
Hari abah nak pergi tu, pagi doc dah bg tau kitorg yang kesihatan abah makin merosot dan mereka jangkakan abah akan pergi hari tu.. dan doc mmg dah tak boleh buat apa-apa disebabkan paru-paru abah sebelah dah tidak boleh digunakan.mmg ada sedra mara yang dah dating utk bacakan yasin untuk beri kekuatan pada abah.. abah terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan, tp abah masih dalam keadaan sedar.. mula pagi tu dia kata dia penat, nak tido, bila dia dpt sedikit kekuatan dia bangun mintak gosok gigi, selesai gosok gigi, dia baring semula sbb penat, pukul 1.50 mcm tu dia bg isyarat suruh mama lapkan badan dia. mama paham maksudnya dia nak mandi.. siap je lap badan dia.. dia minta Boy utk ambilkan dia wuduk dia nak solat.. mulanya pakcik aku ajak dia Jemaah tapi dia menolak dia kata dia nak solat sendiri.. so biakan dia solat sendiri.. yang perasan dia solat fardu zohor dan ada dalam 2 lg solat sunat dia sempat buat.. dalam hujung nyawa dia tu masih dia gagahkan diri utk tetap mengangkat takbir menjalankan kewajipan dia..

2.20ptg dia siap solat.. aku berdiri sebelah katil dia, ngadap dia sambil pegang natrah, semua adik beradik lain dan sedara mara yg ada kat situ ada tunggu dia.. sorang sorang dia tenung lama.mungkin itu tatapan terkahir dia buat semua org. pukul 2.30 mcm tu dia ckp dgn Boy dia nak minum.. dia bangun duduk, dia ambil kekuatan terakhir dia utk minum air, dan selesai dia minum air, masa dia pun sampai.. terus dia paut tangan boy dan dia sendiri buka bantuan pernafasan dia dan abah pun pergi buat selamanya.. tak lepas mulut boy melaungkan kalimah syahadah buat kali terakhir utk dia. 2.50  abah pergi dan doc sahkan abah telahpun tiada..

Hanya Tuhan ja tau perasaan time tu.. tp perjalanan abah sangat lancer pukul 3.20 jenazah siap2 di wad terus di hantar ke bilik mayat utk urusan mandi kafan dan solat, sampai je bilik pengurusan jenazah tiada apa yang menghalang terus abah dimandikan, siap2 mandi semua dikafankan dan terus di solatkan di hospital tu juga.. dalam pukul 5mcm tu husband aku dah call suruh stanby di surau sbb jenazah dh bergerak dari hospital utk dibawa ke surau dekat dgn rumah utk tatapan keluarga kali terakhir..

5.15 jenazah sampai di surau.. aku pun cium abah utk kali terakhir.. muka abah bersihhh sangat sangat, putih dan Wangi.. mcm abah tgh tido je aku tgk.. diorg yang di hospital kata,harini abah betuah sbb abah sorang je jenazah yg diorg kene uruskan so mmg cepat je takyah nak tuggu2, dan adik bradik aku cerita waktu mandikan abah, satu najis pun takde keluar dari perut dia.. mmg sangat bersih abah pergi.selesai solat jenazah kali ke2 di surau pukul 6.00ptg terus bergerak ke Tanah perkuburan bukit permata taman seri Gombak. dan di kubur juga pengali kubur tu kata, harini pun Abah sorang je yang dia galikan liang lahad. Allahuakbar. bertuahnya abah.. 6.30petang selesai semua urusan dan abah pun selamat di kebumikan..

perjalanan terakhir abah sangat cantik, takde sebarang halangan utk dia terus mengadap Ilahi. perginya pada hari jumaat, selesai tanggungjawab utk solat dan masih dalam berwuduk.. aku yakin tempat abah sangat baik..kalau aku meninggal, aku pun nak meninggal mcm abah..



dear Abah
terima kasih utk segala penat lelah membesarkan kitorg semua, terima kasih utk senyum tawa abah, terima kasih utk segalanya.. semoga abah tenang disana, dan semoga Allah jadikan kubur abah salah satu taman-taman syurganya, semoga abah ditempatkan dengan para solihin.. abah dah tak sakit lagi kan, mesti abah tgh bergembira disamping yang esa.. smoga kita berjumpa lagi abah,, nanti abah tunggu kitorg kat sana tau.. una sayaang abah n sentiasa akan rindukan abah!

Al-fatihah buat Mohd Yusof Bin Abdul Hamid(Mr.0s)

 
 
 


10 comments:

  1. Masya-Allah, subhanallah... sungguh luruh airmata kakak membaca ini Husna.
    Tetapi sebelum ini pun dari whatsapp yg kakak dpt rata-rata tahu allahyarham abah sangat humble dan perginya juga terlalu mudah sehingga akhir pengurusan pengebumian.

    Moga roh abah ditempatkan bersama kalangan para syuhada.

    Khususan ila ruhi almarhum Mohd Yusof bin Abd Hamid Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  2. sedih, sebak dan terharu akak baca ni..
    Allah permudahkan segala2nya buat arwah
    moga dosa2nya diampunkan Allah, amin.
    Al-fatihah.

    ReplyDelete
  3. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman..

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah. Saya sendiri peminat mr Os dr kecik. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang soleh

    ReplyDelete
  5. nangis husna baca, kak..
    bertabah lah akak dan keluarga, semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..:')

    ReplyDelete
  6. nangis husna baca, kak..
    bertabah lah akak dan keluarga, semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..:')

    ReplyDelete
  7. rasanya semua yang baca catatan ni akan mengalir airmata..sbb kita kenal siapa arwah.. Allahuakbar..perjlnn dia sgt2 sempurna..semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman.

    ReplyDelete
  8. Salam takziah..semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..aaminnn

    ReplyDelete
  9. Salam takziah.. be strong una..

    ReplyDelete
  10. Salam Takziah Husna..Semoga kuat menghadapi dugaan. Ikhlaskan pemergiaannya. Semoga Roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.Amin.

    ReplyDelete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...