Monday 20 October 2014

Kontroversi Kempen "I want to touch a dog!"

Assalamualaikum,




ok comelkan anjing tu,, dan dah baca yang atas ni.. ok cukup,, aku ni bukan ada latar belakang agama yang kuat kalau nak cakap bab hukum hakam, aku jugak bukan ustazah nak huraikan bab hukum hakam dengan tepat,, cuma sekadar menyuarakan pendapat,, kalau salah tolong tegur,, aku tidak meminta orang untuk sokong aku 100% sekadar memberi pendapat dari akal kurniaan dan pinjaman Allah,

 semua tahu pasal kempen yang tgh heboh diperkatakan "i want to touch a dog" (makna : saya mahu pegang/sentuh anjing) tu kan, kempen yang memberi penerangan untuk memegang anjing bagi umat islam.. seperti yang ramai tahu menyentuh  anjing adalah salah satu Najis dan kalu terpegang kene samak dan semua,, ok bende ni semua tahu dari sekolah rendah lagi..

takpayah sekolah rendah la,, dari kecik lagi la mak ayah mesti cakap ehhh jangan pegang anjing tu,, kita tak boleh pegang anjing, sbb anjing kotor.. ok.. dan dari kecik bila dah di ajar mcm tu.. kebanyakan umat islam takut dan mengelak untuk memegang anjing dan ad yang siap lari kalau nampak anjing.. pastu kene kejar kan.. itu aku hahaha

aku bukan nak menghujahkan hukum ataupun memberi hukum.. ini sekadar pendapat aku,...
soalan aku,  apa yang korang nak sangat dari anjing tu? dan kenape korang nak sangat pegang anjing tu?

kalau korang rasa nak pegang anjing tu sebab saja-saja je sbb anjing tu comel.. ok takde ke binatang lain yang comel yang korang nak pegang,, bermacam binatang yang Allah cipta dan bermacam binatang di atas muka bumi ni Allah cipta dan beri kebenaran utk kita pegang CUMA 2 binatang Allah tegah, anjing dan babi.. kenapa korang memilih binatang ni juga untuk korang pegang? kenapa korang tak pegang kura-kura ke? monyet ke?cicak ke? kucing tu bersepah-sepah comel jugak.. kenape korang nak jugak pegang anjing tu? mungkin sebab malaysia ni banyak anjing,, ya tak di nafikan mmg banyak anjing kat malaysia ni..

kalau event ini untuk mengajar kita memegang dan cara bersuci dengan betul kalau dalam keadaan terdesak la contohnyer ad anjing tu cedere kita nak tolong,, so mcm mane nak tolong.. ok aku terima bende ni.. its a good thing la kan.. tapi. mungkin banyak nama lain yang boleh dipilih untuk kempen tu, mungkin boleh letak nama "how to rescue a dog in islam way" ianya nampak lebih jelas maksud dan penyampaian program dan ianya juga tak menumbulkan fitnah. sbb ini malaysia ok.. isu mcm ni mmg sangat panas!

ada yang kata.. ala ni la tak tahu hukum nak cakap je.. tak aku kat sini bukan nak cakap pasal hukum,, aku nak cakap pasal attitude, perangai dan sikap manusia yang sangat suka dengan sesuatu yang di tegah.. mmg tak salah pegang anjing tu lepastu samak.. kan.. mmg semudah itu.. tak siapa larang wehh.. pastu samak la korang sendiri kan.. adakah korang yang memegang anjing itu cukup arif dalam melaksanakan samak dengan sempurna? yakin.. kalau yakin silakan pegang anjing itu.. aku tak marah.. aku cuma bertanya.

takperlu memilih bende yang rumit, cukup sekadar aku belajar dari kecil, anjing najis dan cukup.. dan aku tahu kalau tersentuh, terkene aku kene samak,, kenapa perlu nak susahkan diri nak cari tanah hanya kerana nak memuaskan hati aku sbb nak pegang anjing tanpa sebab. kalau aku nampak anjing dalam keadaan mungkin sakit, mungkin memerlukan bantuan, yes aku juga akn tolong,, tapi banyak je cara lain yang aku boleh pilih dari aku pegang anjing tu, Ini malaysia ramai bangsa lain yang boleh memegang anjing,, so aku boleh minta bantuan pada mungkin cina, india,, untuk tolong anjing tu. and aku jugak pernah je belikan makanan untuk anjing bawah office aku ni sbb aku tgk die mcm lapar.. tp aku tetap memilih utk tidak menyentuh anjing itu.. sbb mane aku nak dapat tanah kat bandar sekarang ni? semua batu, dan berapa lama aku nak ambil masa dalam mencari tanah utk samak dan aku tak yakin aku boleh samak dengan sempurna dan nanti aku jadi was was, so aku memilih untuk tidak dari aku sendiri ragu,..

 baik aku pegang mak aku,, dapat pahala.. baik aku pegang al-quran dapat pahala,, baik aku pegang pada janji.. itu lebih bermakna..
manusia mmg suke bende yang rumit.yaaa aku tahu ada anjing yang masuk syurga, ya aku tahu ada juga pelacur yang di ampuni dosa kerana bagi minum pada anjing. ya mmg anjing juga binatang ciptaan Allah dan ad sebab juga Allah cipta die dan jadikan die Najis.. cukup untuk aku faham itu..

bagi yang rasa anda memilih untuk memegang anjing,, silakan.. dan pastikan anda melaksanakan tanggungjawab anda sebagai muslim dengan menyamak dengan sempurna,, supaya ibadah anda lain tidak terganggu.. maaf sekadar berpesan dan menginggatkan diri sendiri supaya tidak memilih yang rumit.. Islam Itu Mudah,, takperlu bertegang urat kerana nak "Pegang Anjing".. last last islam sesama islam bergaduh sbb nak pegang anjing punyer pasal..

WallahuAlam

Terima Kasih kerana Meluangkan masa
xoxo Puan Husna


4 comments:

  1. Hehe.. Pnjang betul hujahnya...betullah tu.. Apa faedahnya.. Kalau nk ajar cara nk cuci, x perlu demo pgg pun xpe..

    ReplyDelete
  2. hujah yg boleh diterima ni..niesa pn tertnya2 gak kenapa anjing?xda binatang lain lgi ke?

    ReplyDelete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...