disebabkan harini jalan tak jem,, so hati ada happy sikit laaaa,, haaaaa, dah raya ke berape belas harini,, baru nak sambung story hari rayakan.. nyampahhhh
ok dah baca Cerite Raya at Kuala Kangsar? haaaa ini sambungan yang mana, aku dan mr.H meneruskan perjalanan ke utara tahan air, iaitu,, negeri jelapang padi KEDAH, dan ini adalah kampung mr.H, aku tak pernah ke sana,, dan hati berkobar-kobar la nak balik kampung kan.. pada mulanya mr.H kata takyah la balik kedah sbb die agak penat sbb sebulan meniaga kan,,so nafsu aku yang bekobar2 nk ke kedah tu luput begitu saja..
tiba-tiba,, dapat call dari papa, yang atok wan excident.. haaaa dan kebetulan kereta abah pula rosak, dan dia nak pakai kereta aku, sbb die kene terbang ke kuching pada raya ke 2 ada show rumah terbuka,, so aku bg die pakai kereta aku,, dan nk ke kedah dah takde kereta,, bincang-punyer bincang, mr.H nak balik la kedah kejap tgk keadaan Atok wan, aku tak pernah jumpa atok wan, dan tok minah sbb kawin aritu diorg tak dtg sbb tak berapa sihat, so Pinjam kereta my Cousin azreen, so bergeraklah kitorang ke kedah perjalanan 3 jam dari kuala kangsar.
sampai dah malam so tidur la dulu,, so sbb malam taknampak lagi apa yang ada di keliling rumah,, bangun je pagiii,, g cari tok wan tok minah,, diorang baikkkk sangat,, diorang sayang aku sampai tak kasi balik,, sambai banyak kali ckp kt mr.H,
"wawan nanti bawak cucuk tok balik tau, tok suka cucu tok yang ni"
"wawan raya haji balik noo, nanti yuna balik jumpa tok noo raya haji"
*yuna tu semua keje mr.H die kenalkan aku kt tok die nama aku yuna,, haaa sampai ke sudah la yuna, tok pangil aku.. wawan is pangilan mr.H dekat kampung..
ok itu cerita mcm mane jumpa tok minah n tok wan, kemudian aku pun keluar je rumahhh,, haaaaaa keliling rumah sawah padi, seronoknyer tgk pemandangan hijau kekuningan mcm tu,, yang mmg takkan dapt tgk kt KL ni,,
seronok sangat suasana raya di kampung tu mmg sangat terasa, mandi air kolah, lepak bawah pondok makan buah mangga,mr.H punyer gembira isap rokok daun, teringat arwah atok pun isap rokok daun, pusing kampung naik motor, ramai datang rumah tok beraya,, jenguk tok wan,, alhamdulillah,, tokwan sihat dan senyum je kitorang datang,, serious mmg best and aku selalu ckp kt mr.H nanti nak balik kedah lagi eh.. heheheh almatlumlah,, dulu ada kampung,, sekarang dah takde kampung,, semua dah jadi chalet.. hehehehe dan petang tu juga kitorang berangkat semula ke Kuala kangsar
sebab raya ke 3 ada family day,, haaa nak tgk ape jadi family day kitorang yang huru hara tu,, nanti next entry aku share ok :)..
thanks for your time people
xoxo Puan Husna
p/s: rindu tok minah, to wan, long pah, n semua sedara kedah,, diorang baik sangat :)
mmg terbaek kalau bergambar kat sawah padi,
ReplyDeletegambar cantik semulajadi.
Teringin sangat nak bergambar di sawah. Tapi tak pernah berkesempatan huhuhu
ReplyDeleteCantik gambar kat sawah padi camni...
ReplyDeleteSalam Aidilfitri, Husna... :)
Salam Aidilfitri.. cantik pulak gambar background padi ni..
ReplyDeletelaaa.. kampung mama kat tanjung karang tu ada sawah padi.. jom singgah kampung mama .. hihi
ReplyDelete