Monday 28 April 2014

Golongan yang perlu dibendung di FACEBOOK!

Assalamualaikum,

salam isnin,
well hello readers,

last week aku punyalah terpengaruh dengan satu page kt facebook ni yang mana die memaparkan status, gambar, anak-anak remaja zaman sekarang yang bagi aku level "kuno" yang tidak mampu berfikir secara waras,, haaaa ni tak tau nak cakap aku ni marah ke ape,, tapi mungkin lebih kepada kecewa,



apa yang aku kecewa sangat adalah tentang apa yang aku baca di page KHK korang click sendiri kat gambar atas tu dan baca dan lihatlah disitu, aku sebenarnya memuji kepada pihak admin KHK yang mana, mungkin pada mata kasarnya dilihat seperti membuka aib org, tetapi, dari mana mereka dpt segala apa yang mereka lihat? itu adalah dari owner gambar, dan status itu sendiri, dan aku tak rasa admin page yang membuka aib, tetapi, pemilik gambar dan status sendiri yang membuka aibnya sendiri, jika takut malu jangan buat, mula-mula bangga pastu nak marah bila orang sebarkan pula. dh kenape?.



ni adalah antaranya,, aku amik dari page KHK sendiri. aku baca pun malu, aku tgk pun malu

aku memilih untuk memberi sedikit pendapat aku tentang apa yang aku lihat dan baca di page KHK tu, yang kebanyakannya adalah golongan level adik-adik yang mana dari umur belasan tahun, ada yang sudah berani dengan bangga menceritakan kepada semua orang tentang sex, cium, peluk cinta mati hingga ke jannah, dan sebagainya, dan bila mereka di bash atau troll oleh KHK mereka sendiri mengamuk mengatakan admin KHK membuka aib mereka sedangkan mereka sendiri membuka aib mereka dengan gambar dan status mereka yang sebegitu, kalau taknak kene jangan buat senang je dik,.

lebih memalukan adalah, kebanyakannya adalah adik-adik melayu kita sendiri. aku kadang-kadang baca aku mengeluh sendiri, apalah nasib anak-anak aku nanti, dapat ke aku kawal anak-anak aku supaya tidak tergolong dalam golongan itu, aku jadi makin risau sebab ianya semakin membiak. salah siapa sebenarnya semua ni?

aku tak rasa mak ayah mereka mengajar mereka sebegitu, ada ke mak ayah korang ajar korang  "man pegi cari girlfriend pegi cium die"ada? atau mak ayah korang ckp cm ni,, "siti nanti ada boyfriend bagi je boyfriend tu peluk-peluk ke cium-cium ke" ada ke mak ayah yang sanggup tgk anak die mcm tu?  dan aku tau tidak ada satu ibu bapa pun nak tgk anak mereka menjadi seperti itu,

aku nasihat kepada adik-adik ni, tolong lah, walau jahil mana pun awak tu, walau sweet mana pun awak tu dgn bf/gf awak tu, takperlu lah hebohkan dan tunjukkan kejahilan dengan gambar-gambar tak senonoh korang dengan caption yang langsung macam takde otak dan status-status bodoh tu. * maaf terpaksa kasar bahasa* tak perlu nak bangga dengan dosa sendiri dik, kalau awak dah kawin takpe, awk buat ape pun ngan laki/bini awak dapat pahala! ok, please dik kalau taknak kene bash jangan buat, kalau dh kene jangan nak mengamuk sbb korang yang pilih ke arah itu ok! aku ucapkan tahniah kepada admin KHK kerana berani mengetengahkan golongan-golongan ini supaya mereka lebih sedar! tahniah ye! teruskan usha kalian sehingga golongan ini pupus!

thanks 4 your time
Xoxo Puan Husna

p/s: aku suka baca comment kt page tu, mmg lawak-lawak habis,


18 comments:

  1. alahaiii... mana hilangnye ras amalu bebudak sekarang ni... kita yang baca pun malu jadinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,, diorg macam dh tak de perasaan, malah bangga dengan apa yang diorg buat.. sedih rasanya..

      Delete
  2. Ada baiknya page macam KHK ni sebarkan perkara-perkara macam tu. Kalau tak, kita sure sangka masalah remaja kat Malaysia ni masih lagi belum ditahap membimbangkan. Padahal, realitinya. Isyh, isyh, ish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju, and apa yang KHK buat tu juga blh tolong buka mata mak ayah untuk pantau facebook anak2 juga.. makin risau tgk remaja sekarang.

      Delete
  3. Ish....malunya baca...dh xtau malu agaknya bdk2 zaman skrg ni....kita yang dh kwin pun malu nk cerita mcm tu...btl kn una...zaman anak2 kita nnti xtaulh mcm mn kn....sedih bila tengok bdk remaja makin terdedah dengan gejala ni....semoga depa dpt hidayah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu pnut,, kita ni nk pos gambar cium pipi laki sendiri pun pikir 2 3 kali, tp diorg selambe je cium mulut la ape la.. pastu marah bile org tegur.. risau sangat pnut, una pun selalu juga tgk facebook adik una.. risau risau

      Delete
  4. Assalamualaikum awak. Masyallah. ngeri baca. geli okey.. kita yang dah sah nikah pun takda nak update cerita2 dalam bilik ke fb. adoiii masalah mental betul budak2 ni... malu la maruah keluarga tercalar. Allahuakbar. risau sheila nak besarkan anak2 dimasa akan datang ni husna. semoga kita tergolong dalam golongan khalifah yang Allah lindungi sepanjang masa. In shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu shiela, husna pun tengah pikir, mampu ke husna besarkan anak-anak dalam dunia yang semakin morden ni.. semoga Allah sentiasa melindungi kita insyaAllah

      Delete
  5. Salam Husna...

    Ngeri nyerrr... tiada lagi rasa malu pada mereka... itu namanya membuka aib sendiri... haishhh... siapa yang perlu dipersalahkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak idah,, diorg sikit pun tak malu, malah bangga.. pelik, dulu kita nak cakap ngan budak laki pun malu sekrang.. tu la.. nak salahkan sape pun tak tau.. pengaruh kawan2 pun boleh jadi jgk.. risau

      Delete
  6. Hahahaahahaha die kongsi dah page ni kat sini. Eh ! Page beli followers buatlah sekali. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tu la aku pun ingat jap lagi aku buat enty pasal page beli followers pulak hekhekhek

      Delete
  7. tepuk dahi....adoi..macam2 ler zaman sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn takat tepuk dahi je Jia, dh geleng2 kepala, dah kalo nk pikirkan pasal semua ni.. risau

      Delete
  8. macam2 hal la bebudak zaman skrg.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun mama sampai tak tau dh nk tegur mcm mne kann

      Delete
  9. tak tau pon ade page ni. ada kot yang post gambar bogel siap jadi profile picture lagi. nauzubillah. tapi betul lah kak, komen2 kat situ lawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kannn hanis,, mmg pun lawak2 diorg ni komen.. sbb tu akak suka baca comment diorg mcm2 pesen

      Delete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...