Pages

Wednesday 31 December 2014

Review : BeautyOat - Collagen Plus+ Oat ni Power dan Sedap!

Assalamualaikum,

wanita/gadis/perempuan semua memiliki keinginan yang sama, 
nak cantik letop letop bom bom
tapi masalah yang selalu dihadapai adalah tak tau nak makan ke, nak pakai ke, bia je ke, kannnn.. tp nak lawaaa, 

first, apa yang kite kene buat kalau nak cantik adalah tentang permakanan kita.. sbb kalau takat cantik tepek makup 3 inci tak gune gak kak non,, cube hilang makeup muke mcm mak lampir kate kauuu! hahaha  *aku le tuuuu

ok ni kalau aku yer,, aku ni kalau nak suruh aku tepek tepek bedak sejuk ke pki cream tu ini,, mmg akulah manusia paling malas dalam dunia hahaha,, jadi ape kata kita cantik tapi takperlu bersusah payah nak main tepek2,, just koyak bancuh dan minum,, haaaaa

kalau bab minum makan boleh bagi aku aku mmg suke makan makan ke minum ke kan..  *tu yang gemok! ok ok off topic plk aku ni,, aku nak story pasal 

Macam mane power Beauty Oat yang mmg agak hangat di perkatakan ni,, so untuk org2 yang buzy takde masa nak tepek mask tp masih nak cantik dan sihat, ni adalah pilihan yang paling tepat!

BeautyOat - Collagen Plus+ Oat



Beauty Oat ni adalah minuman kecantikan pertama di malaysia yang mengandungi 
collagen plus, ada estrek Delima dan estrek Sakura
yang mana semua tau kebaikan sumber sumber itu untuk kecantikan kulit kannn,,dan dalam masa yang sama ianya adalah minuman Oat,, Oat ni mmg sangat sinonim dengan Diet,, jadi ianya satu bende yang bagi aku cukup untuk jadikan diri seorang wanita tu cantik,, body lawa, kulit glowing glowing haaa semua ad.. pekej kau dapat jahhh!  

ni adalah cara penyediaan nya, dan ingat jangan pulak di campur dengan air panas ok.. cukup sekadar air suam! nak tau kenape?  sbb air panas tu boleh merosakkan nutisi asal yang terdapat dalam Beauty oat tadi andd,, senang sikit nak minum kalau tak panas sangat kan.. hehehe



ok ini ada satu rahsia... aku ni ada masalah sikit dalam minum susu,, dan disebabkan beauty oat ni mama ckp ad rasa susu sikit, so aku memilih utk plus dengan sedikit choc utk pastikan rasa dan susu tu  hilang supaya aku tak muntah.. *sory mmg aku ada masalah itu hahah,, 



ceh sekali rasaaa.. mak aii sedap gile wehhh Beauty oat ni,, padahal aku ltk sikit je pun choc tu n takde pun rupenyer rasa susu or bau susu tu, die ada rasa vanilla je,... so next, aku dah tak letak dah choc,, *pasni Beauty Oat boleh la keluarkan yang perisa choc kann heheh 



ok ini rupe aku utk hari pertama dengan Beauty Oat ni.. will see ape yang akan terjadi pada aku nanti ehhhh.. nanti aku update perkembangan lepas minum beauty oat ni..
tp aku bkn la nak cantik mantik sgt tapi lebih kepada nak berdiet,, so  nak tgk perubahan berat badan aku nanti hehehe semoga success Husna,, sbb aku tau Oat mmg sangat baik utk org yang nak berdiet mcm aku, untung untung kurus dapat lawa pun dapat,, cantekkkk! heh



ok untuk yang ingin mencuba Beauty Oat ni korang boleh dapatkan dengan harga 
RM79.00 (sm) dan RM89.00(ss)



haaa  aku bawak bekal ke office sbb aku selalu tak mkn lunch sbb nak diet dan ianya mengenyangkan,, haha disebakan rasa die sedap, aku tak bancuh pun dengan air,, aku makan gitu je wehhh.. hahahha sedap serius sedap!


jadi kalau korang korang tetibe terjatuh cinte nak try Beauty Oat ni, boleh la click kat link kat bawah ni.. so boleh order dengan diorg ok! cepat order.. takkan nak bia aku lawa sorg2 tak aci la mcm tu.. heheh cpt order ok! :)

facebook : BeautyOATOfficial
Instagram : beautyoatofficial



Thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: habis semua nak bedal aku punyer Beauty Oat sbb tak kasi aku lawa sorg sorg.. takpe nanti aku belikan tok mama pulak heheh




#WW - Salam Takziah 2014

Assalamualaikum,


semoga tahun 2015 membawa kebaikan kepada kita semua.. yang lepas jadikan kenangan, jangan dibuang begitu saja, jadikan iktibar agar kita belajar erti perubahan.. 

selamat tinggal 2014 yang penuh dengan air mata..

Thanks for your time
xoxo Puan Husna

Tuesday 30 December 2014

#Nuffnang - Premiere Screening of Taken 3 (INVITATION)

Assalamualaikum,

salam selasa yang hebat,, semoga harini akan memberi keceriaan utk semua.. mcm aku ni tgk ceria ceria sbb dapat invitation utk Premier Screening utk cerita fav aku TAKEN 3 wehhhhh! hahaha yeeehhh

ok kalini akan ku pastikan aku akan berada disana.. for along time ok tak masuk contest2 utk Nuffnang Premier Screening ni.. tetibe aku nampak TAKEN 3,, ok takleh tahan.. mmg kene masuk jugak ni.. sbb ni adalah antara aku punyer fav movie mmg TAKEN 1 & 2 aku follow kot..
nak tau cite die mcm mane.. tunggu aku tgk dulu nanti aku story story ok! :)


so sape sape lagi ada dapat? boleh comment2 kat bawah.. n boleh la kite jumpe di sane nantiii :)

tq Nuffnang I love u to the moon and back hahahaha *bodek je keje aku ni

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: kalini kalau mr.H lambat lagi aku g sendiri hahahaha

Monday 29 December 2014

Terkini : Sesi Persekolahan Di Tangguhkan Seminggu!

Assalamualaikum,,

Ramai telah memulakan persiapan untuk anak-anak memulakan persekolahan minggu hadapan,, namun setelah ramai yang mengalami kesukaran akibat banjir,, Kementrian Pelajaran telah mengumumkan bahawa Sesi Persekolahan 2015 ditangguhkan selama 1 minggu.. ini bermakna,, sesi persekolahan akan bermula pada 11 Januari 2015(Ahad) bagi negeri kelantan/terengganu/johor/kedah,, dan negeri-negeri lain pada 12 Januari 2015 (Isnin)


semoga keadaan banjir di malaysia akan beransur pulih,, dan kepada yang cuti tu,, jangan happy sangat,, ingatlah kawan-kawan dan sedara mara seagama kita yang di timpa kesusahan akibat banjir sekarang ini.. 

Thanks for your time
xoxo Puan Husna



Sunday 28 December 2014

TERKINI : PESAWAT AIR ASIA QZ 8501 HILANG!

Assalamualaikum,,



Berita dari sumber berita harian dan awani. dilaporkan pesawat AirAsia QZ 8501 penerbangan dari Surabaya ke singapura membawa 155 penumpang telahpun terputus hubungan dan tidak mendarat seperti yang dijangkakan iaitu pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan,..

Agensi mencari dan menyelamat Indonesia menyatakan menerima laporan pesawat jenis Airbus A320 itu terputus hubungan pada 7.17 waktu malaysia ketika berada di ruang udara teluk kumai, Kalimantan tengah Indonesia.

Semoga Semua mangsa dan khabaran tentang pesawat ini akan diketahui secepat mungkin dan mendoakan semua berada dalam keadaan selamat..


thanks for your time
xoxo Puan Husna

#prayforQZ8501





Friday 26 December 2014

BENCANA : PERUBAHAN KUTUB BUMI, MALAYSIA BAKAL MEMBEKU!!

Assalamualaikum,,

Banjir di Malaysia, pantai timur, perak dan kini johor selangor dan KL turut terkesan.. 
terasa sebak bile tgk update dari ramai mangsa yang memohon bantuan.,.. bile tgk video ada yang tersangkut, lemas,, dan ada yang terlepas anak.. aku masih bersyukur kerana terlindung dari segala musibah tu.. tapi sebaknya hati hanya Allah yang tahu.. kalau aku juga jadi mangsa aku tak tau samaada aku mampu setabah mereka atau tidak..


sumber : google


ape pun kita doakan semoga segalanya akan reda dan yang terbaik untuk mereka..

aku ada terfikir kenapa banjir kali ini agak dasyat hingga menengelamkan boleh aku kira keseluruhan kelantan, terutamanya dan mmg banyak negeri yang menjadi mangsa.. aku terdetik apa yang sebenarnya berlaku.. sampai lah aku terjumpa artikal dari http://imtiazmelaka.com.my/ tentang ini.. 

jadi aku nak kongsikan bende ni dengan orang lain sebagai ikhtibar dan kesedaran yang kita sebenarnya berada hampir dengan pengakhiran.. Allahuakbar.. 

tolong baca dan fahamkan tentang ini.. 



PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS
Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir. Kehadiran salji di beberpaa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan
terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera. Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.
 PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH

Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari. Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakinketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.
Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian. 
Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.
Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

sumber:google

pergerakan yang bakal terjadi bile perubahan kutub berlaku, malaysia bakal berada berhampiran kutub selatan.

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.
Khatulistiwa berada di Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan "flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi lautakan ditenggelami air.  Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. 
 Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot". Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu. Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku. Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi. Sama ada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.
Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Sama ada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W "

“.. antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai ”
Kata Saidina Ali RA Saidina Ali K.A.W mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".
Antara fakta Komet ISON ialah:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013.
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi. Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub.

terima kasih kepada http://imtiazmelaka.com.my/ atas info yang sangat bermanfaat ini.. semoga kita sama-sama merenungkan adakah kita sudah bersedia menghadapinya? semoga bermanfaat

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: mungkin kita tak kaya untuk menyumbangkan wang ringgit kepada mereka yang terlibat,, namun kita punya doa yang bermakna untuk kita sumbangkan. tadah tangan mohon padanya, kerana Allah itu maha mendengar,, jangan nilai samaada doa kita diterima atu tidak kerana itu bukan tugas kita untuk menilainya, kita serah pada yang esa.. keihklasan itu lebih bermakna :(

Wednesday 24 December 2014

#WW #Nuffnang - CPUV Maggi Royale

Assalamualaikummmm

TQ Nuffnang Lebiuuu

nak tulis banyak2 pun takyah la.. sbb harini WW pastu tadi dah berjela dah kan.. ape pun saje nak bagi tau.. kite sayang nuffnang heheheheeheheh


Thanks for your time
xoxo Puan Husna

Terkini : Kuala Kangsar Juga Mula Di Naiki Air!

Assalamualaikum,,

Kisah banjir setiap hujung tahun adalah perkara biasa di malaysia.. namun kali ini.. nampaknyer lebih banyak tempat yang menjadi mangsa banjir.. dan terkini..

Malam tadi di Bandar Kuala Kangsar juga mule di naiki air dan menengelamkan sebahagian bandar itu.. ini aku kongsikan gambar dari Pakcik aku yang baru sampai ke kampung Kuala Kangsar semalam dan gambar terkini awal pagi tadi di sekitar kuala kangsar.. air dah naik di kawasan tebing sungai membawa ke kawasan kedai di sekitarnya...

jambatan di taman permainan di bandar kuala kangsar 






Ni adalah gambar Resort Safari Kuala Kangsar
Ni adalah gambar pagi tadi keadaan Resort Safari Kuala Kangsar, air yang naik menengelamkan tingkat bawah resort tersebut.. 



Di Arena Square Kuala Kangsar 


semoga keadaan ini akan surut secepat mungkin,, dan bagi mangsa banjir yang terpaksa berpindah,, yang kerugian harta bende semoga anda tabah menghadapi ujian Allah.. dan Insyaallah Rezeki Allah itu luas.. yang penting nyawa.. Harta Boleh cari.. Alhamdulillah kawasan Chalet D'Kg Mr.Os masih terkawal.. jika ada apa2 update terbaru Insyaallah Aku up Entry Tentang perkembangan ini..


Thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: #prayformangsabanjir #prayformalaysia

Tuesday 23 December 2014

BOAT NOODLE TAK HALAL!

Assalamualaikum,,

agak ramai yang dah update buat review pasal boat noodle.. sejenis makanan thai yang agak menjadi viral jugalah tgk ramai jugak yang makan boat noodle ni.. tahukah korang tentang status halal mee tersebut?

haaaa aku dah nak loncat2 dah bile dapat tau.. tapi sbb aku belum pegi lagi merasakan boat noodle tu.. so aku dapat plk berita yang boat noodle ni tak halal..




ok ini adalah VM Boat Noodle ok.. haaaaa pastikan korang pegi makan boat noodle di tempat yang tak served pork ok.. sbb ad afew boat noodle yang non halal.. n TQ to VM Boat Noddle sbb bg tau tentang status halal kedai mereka too make sure yang islam tidak main redah je pegi makan nanti..

yang untuk boat noodle di publika damansara n banyak jugak cawangan die. tu.. mereka belum dapat certificate halal tapi diorg tak served pork ok.. so kalau takde ape yang meragukan boleh je nak g makan boat noodle ni.. cuma pastikan kedai boat noodle yang korang pegi tu adalah pork free ok!

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: buzy mengedit blog orang hehehehehe

Monday 22 December 2014

"Mengandung ke?"

Assalamualaikum,,

haish kalau g kenduri kendara saudari saudara je mesti soalan panas mule di tanya..
 lagi la sabtu n ahad lepas, 2 cousin aku kawin. satu belah mama, satu belah abah... so aku pun pergilah mememnuhi jemputan dan ramai yang dah lame tak jumpe aku... bile dah setahun kawin ni.. mule la semua akan bertanyer pasal anak..

ok aku ni dah lali dah sbnrnyer bukan lali kenape tapi sbb taknak terlampau berharap.. so aku serahkan pada Allah.. aku usaha.. die yang tentukan bile masa terbaik utk aku timang baby! sekarang ni timang laki je la dulu.. hahahaha





tapi sabtu and ahad lepas.. aku ni sbbkan berat badan dah mule menigkat dan melonjak tinggi beratnyer hahahaha so ramai juge yang tegur aku.. 'Una dah ngandung ke?" hahaha aku pun 'AMINNNNNNN'" kuat kuat.. hahaha sbb buat masa sekarang cuma mengandungkan makanan yang dimakan je.. baby belum nampak bayang lagi hhehehe

tapi ok la bile ramai tegur mcm tu maknenyer dia doakan utk kite kan.. hahaha ke sbb diorg tgk perot aku je buncit? hahahaha confuse.. ape2 pun.. aku dah tak marah bile org tanye pasal baby.. sbb aku ad jawapan utk diorg :) terima kasih kepada yang mendoakan.. dan yang mendoakan aku takde baby pun terima kasih :)

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s:  Allah tau bile masa yang terbaik...

Charyl Chappuis yang di Gila Gadis Gadis!

Assalamualaikum,,

haaa #AFFsuzukicup dah habis dah pun kan tapi kecoh la masih nak bercakap pasal player No7 thailand si CharylChappuis yang mane ramai la.... 'eeeee hensomenyerrrrrr' btw eemmmm bagi aku laki aku lagi hensome la kan.. hahahahaha


ok tatap dulu puas2 muke die.. bagi yang mengilai player ini! hahaha

player thailand kacukan Switzerland ni berusia 22 tahun.. dan aku bukan nak puji ke kacakan die ke hape ke ehh.. tapi ni nak cerita tentang mcm mane career die sebagai seorang footballer.. 

sebelum die bermain dengan thailand,, die bermain untuk Switzerland untuk Under 23.. sbb umur die baru 22 tahun cik kakak.. so die baru je join main dengan thailand.. tp aku nak puji.. sbb die mmg sangat hebat bagi aku.. dari segi permainan die.. mmg menunjukkan die sorg STAR!. kalau player malaysia ramai jugak star tp gadis2 ni tak nampak sbb tak berapa nak hensome kann.. hahahaha

ala tapi lupe ke.. mcm mane Apek di gilai waktu AFFsuzukicup 2010 semua sebok apek apek.. sekarang semua dah berpaling tadah sbb apek tu dah kawin.. hahahahahaha

and to awak awak gadis2 diluar sana.. satu je yang aku agak termalu dengan perangai gadis2 malaysia ni.. bile diorg pegi comment kat IG si "chakoi" aku pangil chakoi je sbb tak reti nak sebut name die.. hahaha so takyah la korang menjatuhkan maruah korang sendiri.. nak kutuk gf die ke.. nak ckp die hensome ke ape ke.. korang ingat korang boleh dapat die? dan kebanyakannya aku tgk gadis gadis melayu ok! adoiii malu la wehhh org tgk je gelagat gadis2 melayu ni.! kalau nak puji cara permainan ok! kalau nak ucap tahniah ok! tapi ni sebok2 la nak kutuk gf die la.. nak puji die hensome dengan harapan dapat jadi gf die.. heeemmmm  *angkat kening sebelah sambil muke tak paham!

ok aku harap akan ada player malaysia sehebat die utk terus menerajui malaysia.. dan aku harap malaysia tak beli die sebagai player tapi cari bakat2 mude yang setanding die.. kita ramai player bagus cuma tak di beri peluang.. ape2 pun malaysia dah kalah.. tp tkpela sbb game haritu pun THAILAND lebih LAYAK menang itu je aku mampu cakap!

thanks for your time
xoxo Puan Husna

SJ4000 action camera yang best!

Assalamualaikum,,,

salam isnin semua.. hah 3 hari menyepi kini aku kembaliii ewaahhh *berangan mcm ad org rindu jeee.. jajajaja

ok aku ni tiap awal tahun je buat la wishlist utk tahun yang bakal di tempuh dan jomm trowback samaada aku berjaya atau tidak mendapatkan wishlist aku tu. heheheh bagi yang tak tau ape wishlist aku utk 2014, jom tgk kat link bawah ni pastu sambung baca hehehehehe..


ok dah baca sekarang jeng jeng jenggggg.......

dari 4 wishlist tu,, hanya 1 je aku berjaya dapatkan.. hahaha itupun dapat yang ala-ala jeee.. sbb nak beli yang real punyer makhaiii beribannn wehhhh..

dan ape wishlist yang berjaya aku dapatkan adalahhh..

ni Go Pro yang aku konon-konon nak beliii tapi tetibe terjumpe alternative lain utk beli yang lebih murah n masih sama iaitu utk ambik gambar kann so aku pilih la yang murah iaituuu...
 tarrraaaaa


SJ4000 Wifi sports cam!



ape yang best tentang camera ni.. adalah aku mmg suke bergambar.. dan aku takde handphone mahal nak pki utk selfie.. so aku memilih utk sesuatu yang lebih tahan lasak.. PLUSSS boleh berangan2 ambik gambar under water...

aku dapat harga best RM250 Sahaja harganya.. and ada tempat harganya lebih mahal.. dan korang kalau nak beli jugak aku sudgetkan korang beli make sure jangan terkene yang fake ok! sbb banyak yang fake diorg jual harga sama dh ori.. rate harganya adalah antara RM300-RM450 lebih kurang gitu je harganya... 

aku dah ambik gambar n its fun ok.. seronok gile boleh selfie wefie dengan lens yang boleh capture sampai 170darjah.. means takyah berhimpit2 nak bergambar.. sbb kalo atas pelamin tu mmg boleh la sumbat penuh2 and semua masuk dalam gambar! hehehehe

12MP camera buatkan gambarnyer not to bad.. tp kalau masuk kat fb kalau lupe click kat High Quality die pun tetibe kecikkan size gambar tu mmg pecah la cite die.. tp kalau transfer dari pc and baru masukkan dlm facebook. insyaallah quality gambar memuaskan :) aku pun belum habis godeh lagi.. and blaja setting2 best tentang SJ4000 ni.. nanti aku dah ambik gmbr banyak2 + gambar under water aku buat review ok! so sebagai seorang blogger camera adalah antara bende yang penting.. takde gambar kurang menarik entry tu nanti hehehehe :)

thanks for your time!
xoxo Puan Husna


p/s: nak balik awal la harini! hehehe



Thursday 18 December 2014

Eh "TER" tukar Lagi?

Assalamualaikumm,,

eehhhh tertukar lagi header.. hahahahaha

sorry la kalau ramai yang menyampah tgk aku main tukar tukar header ni.. haaaa ni disebabkan tgh mendapat sooon nak mengedit header.. dan tetibe pulak idea ni datang mencurah curah nak mendesign..


haaaa harini mood kanak-kanak riang sikit.. tu yang berburung berwarna warni ceria tu hahahaha..
"tadika sangat mood kau harini husna".. hahaha

haaa rasa mcm nak buat giveaway, hadiah die kita bagi service design header for FREE ok tak?


Thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: alaaa nak up entry cerita panas tp jap lagi la.. bg panaskan keadaan dulu la heheheh

Download Kalendar Kuda 2015 Free

Assalamualaikum,,

haaa dah masuk hujung tahun ni semua mule la mencari2 kalender sbb nak tgk tahun depan ad cuti berape banyak kan.. hahahaha ok.. disebabkan susah nak dapat kalender yang paling digemari ramai ni kalendar Kuda.. ape kata kita takyah pegi tanya kat kedai kasut ke, kedai runcit ke.. ataupun kedai pakaian hari-hari untuk dapatkan kalendar free,

now kita boleh download saja for free dan boleh lah print sendiri.. kalau taknak print boleh la download je kat hp korang yang cangih tu.. so nak tgk je terus slide... cehhhh ok here the link untuk sape2 yang nak download ok.. 




so tunggu ape lagi sile sile download ramai-ramai.. aku pun dah download n dah print dah untuk di letak kat office ni ha hahahaa sng tau bile cuti.. tu yang penting

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s:  huh tahun depan meriah wehhh cuti die.. beronok-ronok pulakkk..

Wednesday 17 December 2014

#WW - HEADER BLOG!


Assalamualaikum,

Bertukar lagi dan lagii


semalam


hari ni.. 

kejap lagi ad lagi kot.. selagi tak puas hati... hahahah mane yang ok ni? adoiiii 

ni antara koleksi header yang pernah ada.. dari serabut mcm hutan sampai la se simple habis.. hehehe