Pages

Tuesday 26 August 2014

Tempahan Roti Jala- Bellamy House

Assalamualaikum,

salam selasa,, Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk terus menaip hehehe biase la tengah tengah buzy mcm 2 ni.. dengan prepair utk nurie solemnization soon.. and masih mengambil tempahan business lagi.. alhamdulillah sangat-sangat..

ok ini kisah ahad lepas, dah basi ke? belum kannn hehehehe. ni sebenarnya order last minit, yang mana hari khamis dapat tempahan terus buat untuk hari ahad tu.. alhamdulillah segalanya lancar..

tempahan oleh VIP Dato dan Datin dari ATM untuk rumah terbuka aidilfitri, mmg agak neves sbb first time buat utk VIP, so die request untuk 2 sesi siang dan malam dengan tempahan 800keping roti jala. yang mana kitorang datang menjala di tempat event yang di janjikan iaitu di Ballamy House di belakang istana negara lama. first2 sesat jugak la nak cari tempat tu lepas kene tipu dengan Waze cehhh sabo je la.. nasib baik jumpa juga akhirnya,.



so sampai je kitorang adalah salah satu menu yang ada, yang mana mereka dah siapkan stall-stall untuk bermacam-macam jenis makanan yang semuanya sedap-sedap,, yer la nak hidang dekat VIP kan takkan nk bg yang cikai-cikai je kan.. ada kambing golek, chicken wing, ABC, Cendol, Laksa, Nasi Arab, Sup, Char Kueh Teow, and mcm mcm la.. mmg aku yang duduk situ pun dah mcm nak meletup perut makan.. hahahah tak sempat lapar la kiranya..






so siang adalah sesi untuk staff dato dan datin datang.. dan pada mulanya agak ramai,, tiba-tiba hujan rahmat turun, so agak berkurang,, dan sesi malam cuaca baik.. dan sesi malam adalah para-para VIP rakan-rakan Dato dan Datin.. Datin tu mmg sangat baik.. cantik pulak tu.. so mlm tu kami sambung lagi menjala.. and serve untuk semua tetamu yang nak kan makan roti jala.. siap ada yang 2 3 kali jugak la datang lagi.. alhamdulillah sedap diorang kata roti jala kami.. seronok bila orang berpuas hati dengan hasil tangan kita kan...

so selesailah tempahan kami untuk event dari VIP.. semoga tahun depan Dato dan Datin akan ambil service dari kami lagi.. heheheh segala kekurangan kami mohon maaf ye. dan terima kasih. :)

so pada siapa-siapa yang nak kenduri, nak kan menu tambahan boleh la call kami untuk tempahan,, kami datang menjala di tempat anda dengan pilihan kuah, nak food test dulu pun boleh.. heheh

UNTUK TEMPAHAN.
D'JALA MR.OS
HUSNA / IZUAN
CALL OR WHATSAPP
014-229 0966
011- 1183 8980

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: 16/9 ni pun ada tempahan baru untuk kenduri kawin alhamdulillah semoga Allah terus memudahkan urusan kami.. :)

6 comments:

  1. Alhamdulillah. Rezeki mencurah curah. I'm happy and proud of u kakak. Semoga semakin mencurah curah rezeki kau dengan Wan. Untung untung boleh bawa aku dengan Wan pergi hanimun sekali.

    p.s : mesti org konfius. jadah nama laki korang sama. hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu la susah name laki sama. yang lawak nak sebut tu.. wan una, wan nurie haahahahaha. birthday laki dekat dekat, birthday kita dekat2.. that we call sister ok.. TQ baby.. insyaallah murah rezeki.. aku sponser utk kenduri kau juga nanti.. :)

      Delete
  2. Alhamdulillah, semoga terus dimurahkan rezeki yer... Una ni orang kuat wedding Nurie ni...hik hik hik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe amin kak farah.. :) haaaa mmg agak kene jadi kuat jugak la kak farah.. hahahah

      Delete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ