salam ramadhan,, semoga kita terus menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa kesyukuran..
ok masih mencari-cari dan terfikir tentang apa yang nak dimasak untuk juada berbuka puasa? haaaa selalu kalau berbuka je,, mesti macam-macam menu istimewa nak dihidangkan buat suami, keluarga kan,,
ok meh aku nk kongsikan resipi AYAM GOLEK/AYAM PANGGANG/AYAM ALA-ALA AYAMAS
ok untuk membuat nyer senang je,,
bahan-bahan yang diperlukan,
UNTUK AYAM
-1 ekor ayam atau 1/2 ekor ayam (utk 2 org makan)
- sos black paper
- madu
- garam
-1 inch halia
- lemon/ limau nipis
- serbuk lada hitam
CARA MEMBUATNYA
-bersihkan ayam, dan cucuk-cucukkan badan ayam menggunakan garfu
-tumbuk sedikit halia dan lumurkan pada ayam,
-masukkan sos black paper dan lumurkan juga pada ayam,
-setelah rata, lumurkan pula madu, mengikut cita rasa yang disukai, jika ingin manis lebihkan madu,
-kemudian perahkan limau nipis/lemon untuk menaikkan bau.
-perap ayam didalam peti ais selama 5 jam untuk mendapatkan perapan yang sempurna, ataupun 1 jam sudah memadai untuk 1/2 ayam,
- setelah diperap, keluar dan toskan air perapan,, dan taburkan lada hitam di badan ayam dan sedia untuk di panggang pada suhu 150 ke 200oC dalam masa 40 ke 50 minit, (panggang hingga ayam kelihatan berkilat)
UNTUK SOS LADA HITAM
- sos lada hitam
- sedikit air
- 1/2 sudu tepung jagung
- secubit garam
cara membuatnya,
-masak sos lada hitam bersama air, jika mahu pedas lebihkan sos lada hitam, jika ingin kurangkan pedas, lebihkan air, biarkan mendidih, cambur sedikit garam untuk mendapatkan rasa yang sekata, kemudian, campurkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air untuk memekatkan sos,
UNTUK SOS ALA AYAMAS
- 4 Cili merah masak
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu cili sos
- Air
- Garam dan gula secukup rasa
- 3biji limau
cara membuatnya
- kisarkan bawang putih bersama cili hingga lumat, masukan bahan kisar tadi kedalam periuk dan masak hingga mendidih, kemudian tambah 1 sudu chili sos, dan sedikit air, setelah itu, perahkan limau kedalam bahan yang telah mendidih tadi, jika inginkan sos yang pekat boleh tambahkan tepung jagung seperti membuat sos lada hitam tadi.
dan inilah hasilnya...
ni sumber dari google sbb haritu lupe nak ambik
gambar terus habis jeayamnyer hahaha tp lebih kurang ni la rupenyer.. :)
haaa senang je kan,,, so boleh la cuba nanti untuk berbuka esok ke kannn heheheh :) selamat mencuba
thanks for your time
xoxo Puan Husna
p/s: jangan ada yang menjejer air luar pulak hehehehehe (joke)
wow nampak sedap nie
ReplyDeletemohon cube anum heheheh
ReplyDeleteakak tak nak cuba dan buat, ha ha ha...nanti Ash sibuk nak tolong, tapi nak rasa air tangan Una...
ReplyDeletenmpk sdap tp kt umah xde oven yg dpt pusing2 tu.huhu.
ReplyDeleteoven bau kedai kak husna..hehehe.. jgn marah..:p
ReplyDeletelain kali jgn lupa hntar sini sikit taw..hahaha..
tergoda..
ReplyDeleteMenetes air liur aku la oi !
ReplyDeleteasal tengok ayam tu teringat Mr. Bean pulak eh?
ReplyDeleteadoi. haha!
Terima kasih share resepi..boleh cuba.. jemput singgah blog sy ea..
ReplyDeleteDirawanhartawan.blogsport.com