Pages

Tuesday 22 April 2014

ARTIS DAN BAJU KONTROVERSI - Uqsha/Shila Amzah/Rebecca

Assalamualaikum,

hello readers,


nak cerita pasal 3 artis yang dikecam sebab baju yang mereka pakai, seksi? mengarut? over? atau apa? ni semua jadi tanda tanya, haaa mula dengan kisah Shila Amzah, yang mana baju biru yang di pakai semasa persembahan di China kelihatan tidak sesuai untuk seorang yang bertudung,, yang mana ianya kelihatan seperti dia tidak memakai seluar.. tp sebenarnya die memakai seluar cuma colour seluarnya seakan-akan warna kakinya.. mungkin kalau die pakai seluar warna hitam mungkin tak menjadi masalah kot.. kannn


ok beralih kepada si cantik Uqasha pula,, aku suka tgk uqasha ni sbb cantik hehehe, tapi kesian die sbb baju yang dipakai disalah tafsir orang yang matanya sangat tajam, yang mana, mereka mengatakan bahawa uqasha tidak memakai baju dalam, sedangkan, dart ataupun lipatan baju dan jahitan baju membuatkan ianya kelihatan seperti itu,, haaaii mata tu dah tajam.. tp takleh nak tgk betul-betul, sedihhhh.. sebelum keluarkan kenyataan silahlah kaji dan tengok betul-betul dulu.. so sape yang mengeluarkan kenyataan berunsur lucah tu.. nampak sangat anda itu golongan yang hanya melihat pada perkara-lucah lucah saja..


dan yang ini pula kisah Rebecca Nur Islam yang dikecam hebat kerana fesyen baju merahnya yang dikatakan seakan teletubbies. haish mungkin rebecca tersalah percaturan dan, yer la org malaysia ni.. jangan la buat salah sikit,, semua diorg nampak kan... so harap lepas ni rebecca berhati-hati sikit la dlm memilih pakaian yang lebih sopan selaku seorang muslim yang berhijab,, kalau berhijab bukan maksud tak boleh berfeyen, tp berfesyenlah mengikut kesesuaian kan... hehehe nasihat untuk diri sendiri juga,,..

haaa ni kisah 3 artis yang menjadi mangsa kerana apa yang mereka pakai.. kesian juga jadi artis ni,, setiap langkah, setiap salah mereka semua menjadi bualan orang, kadang-kadang, ramai je orang biasa yang buat salah kt luar sana,tapi takde sape ambil kisah, cuma dh digelar artis ni.. mmg jadi perhatian la sbb orang kenal.. ok byee

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: susah nak puaskan hati semua orang, sbb bila buat baik kata hypocrite, bila buat silap di maki di hina.. hemmmm redha je lah.. *nak tgk gambar baju tu silalah google ye,, saya tak sediakan gmbr tu maluuuuu heheh

24 comments:

  1. ada ternampak tadi gambar baju rebecca tu, cam malu kot tengok.... hurmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sbb tu la kita tak nak ltk gmbr tu kak.. malu xpe la semoga lepas ni die tak pakai baju cm tu dah.. kan kak farah

      Delete
  2. Ermm....yg Sheila & Rebecca tu mmg x kena lah pakaian dorang. Yg Uqasha tu Yana x pernah tengok plak. hehehe... Tp penjelasan Rebecca tu x mcm xleh diterima jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe la yana nak buat mcm mane kan semoga die lebih peke dengan sensitiviti rakyat malaysia ni kan.. :) yang uqasha tu gi google..

      Delete
  3. Hahaha aku tengok baju rebecca tu. Nangesss ! Y___Y

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau nak jadi teletubbies tak? kalo aku nk yg colour kuning eeekkk uuuwww *bunyi teletubbies hekhekhek

      Delete
  4. KENA LEBIH BERHATI-HATI DLM BERFESYEN

    ReplyDelete
  5. Waa, k nrl ada tengok baju rebecca tu... tak sanggup nak terus tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa kan, sbb tu una tak letak kak nurul.. tak sangup tak sangup maluu...

      Delete
  6. alahaiii...deme ni public figure.. apa je yang deme buat..dan pakai akan menjadi buah mulut orang... deme suka ato tidak... deme kena peka dan dan berhati dengan setiap perbuatan deme ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yop, kalau dah jari retis tu, kene la jaga2 sbb ade yang meratiii.. hehe

      Delete
  7. tapi kan bukan public figure pun, sekarang ni asal fashion tak kena, ada je org yg ambil gambar tanpa kebenaran & upload. pastu kena hentam kt media sosial. kena berhati2.. heee. takuttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah tu la sbbkan kemodenan ni pun bahaye juga,, ada je yang merati dari jauh kannn serammmm heheh

      Delete
  8. Pakai jela baju longgar pun..masalah ape kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah itu la, mungkin die nak g mandi swiming pool kot sbb tu pki cm tu, *bersangka baik hahaha

      Delete
  9. Replies
    1. bkn takat pening je dik oiii,, naik mabuk nk muntah semua ada hahaha

      Delete
  10. semua artis yg kak husna ckp zz x pernh tgok pun.. hihi.. berlebih2 sgt dlm berfesyen pun x blh jgk.. tmbh2 bertudung kn? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup yup ZZ biase la artis kan,, glam sgt salah simple sgt salah, itu salah ni salah hahahaha tp kne la jaga juga bile dh bertudung tu kann :)

      Delete
  11. kalau artis yang pakai memang akan cepat orang perasaan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee la,, so dh tau jadi perhatian tu,, kne la berhati2 sikit kann :)

      Delete
  12. Artis oh artis... X tahu nk kata pe la bab pakaian diorg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ramai artis yang takde kontroversi. mcm Dato CT, Dayang nurfaezah, Shila Majid kannn sbb tu diorg boleh bertapak lame.. :)

      Delete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ