Pages

Friday 28 March 2014

MH370- Apa Kata Ahli Keluarga dan China?

Assalamualaikum,
salam Jumaat,
Hello readers,




sumber Gambar : google

masih terkesan dengan tragidi MH370, aku merakamkan maaf kepada keluarga kerana tidak ada apa yang aku dapat membantu mereka, hanya ucapan semangat agar mereka terus tabah. aku tertarik untuk mendegar apa yang diperkatakan oleh keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat,

semalam aku ada menonton di TV3 yang mereka sempat menemubual ahli keluarga penumpang, yang kebanyakan nya, mereka masih tidak dapat menerima apa yang di sampaikan oleh PM kita hanya sebagai 'berakhir' mereka kebanyakannya menyatakan selagi tidak menjumpai sebarang bukti, mereka tetap inginkan keluarga mereka kembali dengan selamat, dan ada seorang sepupu kepada penumpang menyatakan kepada wartawan,

 "kenapa perlu di ucap takziah? kita tak tahu lagi mereka hidup atau tidak, kita tidak tahu lagi status sebenar pesawat tersebut,PM cuma kata 'berakhir' bukan 'terhempas' kalau terhempas, kami nak tgk atlist bangkai kapal terbang ke, baru kami akan percaya, bukan kami tak terima hakikat, tetapi kami mahu bukti dulu, dan kami akan terima dengan redha."

pagi tadi, sempat aku menjengah MHI untuk tahu serba sedikit tentang perkembangan MH370, yang mana Satellite ada merakamkan hampir 300 objek baru yang terapung di lautan hindi, tetapi pasukan SAR terpaksa menaguhkan misi kerana halangan cuaca.

dan sempat juga aku menonton, satu team kembara ke China yang menaiki moto berkuasa tinggi untuk melawat keluarga mangsa di china, dan mereka tidak mendapat perkabaran yang baik dari sana, kebanyakan mereka dan berita mereka, menyatakan ketidak puasan hati dan marah terhadap MAS dan Malaysia khususnya, dan menurut team kembara tersebut, apabila mereka mengenalkan diri mereka dari Malaysia,  rakyat cina hanya terus berlalu pergi dan seperti tidak berminat untuk mendengar apa-apa, dan ada juga mengatakan pelajar disana terpaksa mengaku mereka berasal dari negara lain atas faktor keselamatan,

aku berharap, perkara ini, tidak akan terus mengeruhkan hubungan Malaysia -China dan aku berharap pihak kerajaan China yang merupakan salah satu kuasa besar di asia dapat memahami dan menenangkan rakyat mereka agar tidak menyalahkan Malaysia 100%, aku selaku rakyat malaysia juga memohon maaf kepada rakyat China, Malaysia cuba melakukan sebaik mungkin, bukan hanya untuk negara kami, tetapi juga untuk China dan semua yang terlibat. Aku berharap segalanya akan terungkai tidak lama lagi.

thanks for read,
XOXO Puan Husna

p/s: hari jumaat yang mulia ini mari kita memuhasabah diri, mencari mana silap kita agar dapat di perbaiki. :)

4 comments:

  1. Replies
    1. tu la,, takut pun ada bella, sbb kita ni kecik je,, semoga allah melindungi kita kan

      Delete
  2. rakyat china tidak paham sebenarnya..semua ini bukan salah siapa2..mereka salah anggap di mana tragedi ini berlaku atas faktor politik walhal, tiada hal sebegitu.. kita sebagai umat islam sudah diterapkan dgn iman..percaya kepada Qada' dan qadar, tp mereka pula adalah..###
    malaysia sudah buat sehabis baik,dan meredah lautan hindi bukan sesuatu y mudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu kak mar, kita bukan tak cuba cuma mereka tak dapat menerima hakikat memuatkan mereka jadi mcm tu kan, kita pun ak boleh nak salahkan diorang juga.. apa yang kita boleh cuba terangkan secara baik kan,, harap ada rundingan baik lah nanti..

      Delete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ