Tuesday 31 March 2015

3 Rumah Di jilat Api di Gombak, Rumah Aku hampir menjadi Mangsa!

Assalamualaikum,

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar, masih dalam keadaan terkejut dan tak percaya dengan apa yang berlaku sabtu lepas, yang mana 3 biji rumah jiran aku di jilat api dan aku hampir2 kehilangan rumah dan harta bende namun.. Kuasa Allah betul-betul membantu Aku dan keluarga, yang mana Rumah aku Selamat dari Kebakaran.

Mulanya pada pukul 3.00ptg lebih kurang, aku di kedai tolong suami berniaga,, dan jarak kedai dan rumah hanya 100 meter sahaja, dan tiba2 ada hamba Allah tegur aku,, 
"Adik asap apa besar sangat tu" mulanya aku ingat org bakar sampah,, tp gerak hati rasa tak sedap buatkan aku lari balik.. dan ternampak jiran aku berlari mengatakan rumahnya terbakar.. 







gambar dari tepi rumah..

dengar je mcm tu aku terus masuk dlm rumah utk tgk keadaan rumah beliau yang cuma 
kurang 10 Meter sahaja dengan rumah aku.. aku terus buka pintu dapur.. tgk api sudah mula marak! dan mmg tidak boleh nak diselamatkan. perkara pertama yang aku buat adalah cabut gas dapur dan bawak gas jauh dari dapur yang dah mula panas,. aku cuba menyelamatkan rumah aku dari turut disambar api.. org kampung ramai juga yang bantu mengeluarkan barang rumah bila dah nampak Api di bahagian bumbung rumah aku mula menyala.. Allahuakbar, Hanya Allah yang tahu waktu tu.. aku hingga tekat masuk dalam api utk memadamkan api yang mula menyala di bahagian kayu bumbung dapur rumah aku..

ini pintu belakang rumah aku.

ini gambar dari pintu belakang rumah aku.

 bomba sampai lepas 10 minit, yang mana waktu tu, Mr.H dan ada jiran aku dah mula azan utk mohon bantuan dari Allah utk api itu tidak menyambar rumah kami, sbb mmg api terlampau besar dan tidak dapat dikawal, dan Alhamdulillah,, angin terus tiup api tu ke arah lain,, namun rumah jiran aku lagi satu menjadi mangsa.. Allahuakbar.. bomba sampai je terus sembur ke rumah aku yang dah mule menyala api..

waktu tu aku dah duduk kat tempat lain dan org kampung arah aku tunggu barang dah diorg akan cuba selamatkan rumah aku,, dan alhamdulillah datang jiran aku cakap 
"alhamdulillah una rumah kamu selamat.. api dah padam," Hanya Allah yang tahu perasaan aku waktu tu.. sebak bersyukur, semua ada.. dalam masa yang sama aku bersimpati dengan jiran aku yang menjadi mangsa.. aku agak rapat dengan keluarga tu sbb anak-anak die kawan dengan adik aku.. semoga Allah beri kekuatan untuk mereka yang menjadi mangsa.. 


 keadaan rumah yang huru hara sbb org kampung tolong angkat barang2 yang boleh diselamatkan. lepas je diorg kata rumah dah selamat.. diorg tolong angkat barang balik masuk dalam rumah..

Alhamdulillah,, dan aku mmg sangat bersyukur pada Allah yang dah selamatkan rumah aku dari menjadi mangsa.. aku tak dapat bayangkan mcm mane kalau aku menjadi mangsa.. adakah aku cukup tabah.. wallahualam.. sesungguhnya ni juga berkat doa org ramai.. dan bantuan dari org kampung yang bertungkus lumus menyelamatkan rumah aku dari disambar api sementara menunggu bomba sampai.. terima kasih juga buat Anggota bomba kerana pantas melaksanakan tugak.. kalau tidak aku pun tak tau berapa biji rumah yang menjadi mangsa..

tiap kali bangun je mesti pegi pintu dapur tgk.. sbb masih dlm keadaan tak percaya.. dan ramai yang betul2 terkejut mcm mane rumah kami boleh selamat sedangkan rumah kami paling dekat sekali dengan rumah mangsa.. itulah kuasa Allah.. 

2015 yang sangat mencabar.. bermacam dugaan dan ujian.. semoga lepas ni akan ada berita berita gembira buat kami.. Allah uji kerana Allah sayang.. dan Allah juga beri peringatan supaya kami tidak lupa pada dia.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. 

Thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya.. walau orang kata aku panic menangis semua,, yang pasti aku sedaya upaya berusaha menyelamatkan rumah dari menjadi mangsa..  


Thursday 26 March 2015

Mr.OS Meninggal l Sakit? ini Kisah Sebenar!

Assalamualaikum,,

hari yang sangat mencabar semalam bile bermacam macam berita sampai dan berduyun duyun call masuk utk mendapatkan kepastian.. 

 jadi harini aku akn ceritakan apa sebenarnya yang berlaku. setelah ada yang mengeluarkan berita palsu tentang Abah Meninggal Dunia.. Allahuakbar.. 


berita ni mula tersebar semalam bila gambar abah dimasukkan ke hospital minggu lepas tersebar melalui wassap.. ok kami pun tak tau punca utama gambar tu boleh tersebar. dan disini aku bagi pihak keluarga ingin menegaskan bahawa, ABAH MASIH HIDUP, dan dia semakin sihat Alhamdulillah, gambar beliau dimasukkan ke hospital itu betul.

8 hari abah di tahan di wad untuk menjalani sedikit pembedahan tonsil. dan telahpun selamat pulang ke rumah pada sabtu lepas selepas Doc melaporkan abah semakin pulih dan boleh pulang. kini kesihatan Abah beransur baik, dan semakin baik.. 

Alhamdulillah, Terima Kasih buat yang terus mendoakan kesihatan Abah, Semoga Allah membalas dengan perkara yang baik baik insyaallah, Bagi yang terus Menyokong Mr.Os dan memberi kata semangat untuk beliau aku juga ingin mengucapkan terima Kasih, InsyaAllah kalau tiada apa yang menghalang, Beliau akan mula berkerja seperti biasa tidak lama lagi.. 

Bagi yang menyebarkan berita palsu, aku harap ianya dapat di hentikan serta merta.. kami tak marah cuma kami sedikit terkilan dengan berita bergitu.. namun Abah pun ada cakap pagi tadi.. takpela.. mungkin ni Ujian Allah bagi untuk die Bagi bende baik lepas ni Insyaallah,, Abah mmg verry positif org die,, dan die sangat kuat semangat.. bukan kami taknak menceritakan tentang dia berada di hospital, tapi ini adalah pemintaan dari beliau sendiri yang mana,, taknak orang nampak mcm beliau menagih simpati.. maaf buat semua sekali lagi.. dan Terima Kasih buat yang terus mendoakkan kesihatan beliau..

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: Sebarkan berita baik, cari aura baik, insyaAllah dapat yang baik-baik :)

Wednesday 25 March 2015

#WW - SAYA SOKONG HUDUD!

Assalamualaikum,

ini bukan isu politik, tapi kerana ini Agamaku,


tiada yang sempurna melainkan Allah, jadi Apa Yang dari Allah itu juga cukup sempurna!

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: a few days to go.. fuuuhhhhh 


Monday 23 March 2015

Product Review : Asus Zenfone 5 Lite

Assalamualaikum,,

eemmmm ok harini nak review pasal phone yang baru je mr.H hadiahkan kat aku.. Alhamdulillah,, sebenarnyer taknak pon phone baru tapi sbb kan semua dah nyampah call aku tak dapat,, wassap tak balas.. kalau balas pun bertahun.. so die belikan la jugak hadiah katenyer.. 

so inilah new phone yang dibelikan oleh mr.H untuk aku 

Asus Zenfone 5 lite


ni adalah spec phone ni.. maafle ambik dari pak google je gambo ni.. hehehe



ok selama seminggu aku pakai alhamdulillah.. phone ni bg aku agak laju dalam excess internet.. kira kalau nak tgk video tu loading die kejap je la.. sbb ram die 1GB

tapi untuk yang kaki selfie.. aku tak galakkan lah korang beli phone ni sbb front cam die cuma 0.3mp je wehhh.. mmg kotak2 la muke korang.. tapi cam belakang die agak cantik la untuk level phone 8MP tu dah cukup cantik dah sebenarnyer.. 

aku suke size phone ni yang tak terlampau besar dan tak terlampau kecil.. kira just nice je la utk pegang.. 

Harga? ok untuk spek smart phone with 1GB RAM, internal 8G, gorila glass aku rasa harga die reasonable jugalah.. mr.H beli kat Wangsa Walk sembang2 dapat harga
  RM450.00 sahaja 

mr.H pun pilih nak beli Asus ni sbb abah ngan Boy (adik aku) juga pakai Asus, abah pki Zenfon 5 LTE, boy pakai Zenfone 6,  yang LTE tu spec best lagi and mahal sikit lagi dari yg lite aku punyer ni.. and zenfone 6 pun sama spec lagi power size lagi besar and harga pun mahal sikit lagi.. 
jadi lepas tgk abah pki dah dekat 1tahun ok je laju je semua.. so mr.H pun deside la nak beli jugak.. 

bagi yang tengah cari phone and rasa nak something yang murah dan laju.. ini slaah satu pilihan terbaik untuk korang ok :)

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: thaks to mr.H juga sbb bagi hadiah hikhikhik



Wednesday 18 March 2015

Pendinding & tangkal ?

Assalamualaikum,,

agak mushkil bile ternampak bende yang agak pelik dan tidak boleh di baca, bila di tanya apa.. 
"owhhh tu pendinding, taknak bg bende2 jahat masuk rumah",,

eemmmm aku tak rasa ianya pendinding, aku rasa ianya tangkal, dan tak tau nak ckp mcm mane,.. sbb rumah orang.. nak di biar rasa berdosa,, nak di tegur kang kata kita memandai-mandai pulak.. 

rumah yang penghuninya menjaga solat, membaca al-quran dan cukup kuat pendindingnya.. kalau nak tambah kuat.. amalkan baca ayat ni..

Ayat Kursi

ini dah cukup kuat pendindingnya bukan dengan ayat yang aku sendiri takleh nak baca sebab tulisan jawi bercampur2 kejap bersambung kejap seketul2. ada petak2. 

aku berharap semoga Allah lindungi mereka.. risau.. sbb aku tau bende tu salah tapi aku tak tegur.. aku takut aku juga termasuk saham itu.. wallahualam.. semoga Allah mengerti apa yang aku rasa.. maaf tak tegur sbb risau menjadi perbalahan,, kalau di tegur kata aku memandai-mandai.. teramat rasa bersalah..

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: banyak ayat al-quran boleh di jadikan pendinding,, bukan ayat yang tah dari mana sumber!

Monday 16 March 2015

Doa Untuk Ibu Bapa - Bila Kali Terakhir Kita Mendoakan Mereka?

Assalamualaikum,,


bile kali terakhir kita mendoakan untuk ibu dan ayah kita? 
peringatan untuk diri sendiri.. kadang-kadang terlupa didalam doa..
 hanya memikirkan doa untuk  kekayaan, kebahagian diri sendiri sahaja.. 

mungkin aku tak punya harta untuk aku berikan kepada mereka mcm mane mereka beri kepada aku dari kecil, namun aku percaya doa dari seorang anak untuk mereka adalah lebih berharga.. kerana walau mereka tak tahu kita mendoakan untuk mereka.. namun Allah itu tahu apa yang kita boleh beri untuk mereka... walaupun mereka sudah tiada nanti.. 

"sesungguhnya hanya 3 perkara yang akan sentiasa bersama selepas mati, Sedekah Jariah, Ilmu yang Bermanfaat & Doa anak yang Soleh"

soleh atau tidak,, hanya Allah yang boleh menilainya.. Wallahualam semoga bermanfaat

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: walau luaran tersenyum,, didalam hanya Allah mengerti.. 






Friday 13 March 2015

#Nuffnang - CPUV berduyun duyun!

Assalamualaikum,,

takleh nak cakap ape dah.. lame dah tak bukak Nuff tgk income.. hehehe sekali bukak haaahhhh
*sambil nganga sampai lantai.. 


hahhh tak terkata bile tgk berderet mcm ni haaaaa.. Alhamdulillah,, TQ so much and I love You More Nuffnangku cinta.. ewahhhhhh

*nak blaja bodek boleh pm laju2 hahahahaha

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: hari dan minggu yang sangat buzy,, tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri, pekerja, dan perniagaan.. i'm a super women! yeeehhhh!

Wednesday 11 March 2015

#WW - D'Jala Mr.Os di UPM serdang 13,14&15 March 2015!

Assalamualaikumm,,


bagi yang berada disekitarnya,, kalau nak merasai sendiri Roti Jala Terbaik dari D'Jala Mr.Os, 
boleh datang ramai ramai,, Jumaat Sabtu dan Ahad INI ok!

Thanks for your time
xoxo Puan Husna




Monday 9 March 2015

Food Review : Medan Ikan Bakar Kuala Perlis

Assalamualaikum,,

hahahahah dah berabad unaaa baru ko nak review kann.. tak kira tak kira.. nak jugakkkk! hahaha.. ok seperti dijanjikan now aku nak review pasal tempat makan ikan bakar paling glamour di perlis.. iaitu MEDAN IKAN BAKAR KUALA PERLIS!, terletak di jeti Kuala Perlis,, ala jetty yang orang naik nak ke langkawi tu.. hehehe



disebabkan dah makan waktu ni.. tapi takat nak jalan2 tepi laut (padahal air surut),, sambil ratah ikan bakar, so m.H bawak la ke sini.. orang agak ramai.. kitorg pun parkin agak jauh dari medan ikan bakar tu.. padahal bukan hari minggu pun.. ni kalau hari minggu tak tau la penuh mcm mane kan.. 

pusing dari hujung sampai hujung nak tgk kedai mana mcm ok sikit nak makan.. sbb kitorg tak tau kedai mane yang sedap.. tp rate harga sini semua same je.. so kitorg deside makan kat kedai hujung sekali yang takde orang.. sbb malas nak tunggu lama-lama,,

so aku pun ambik la ikan pari yang kecik tu sekor.. aku pun takat nak makan ratah2 ikan bakar je.. sbb perut masih kenyang waktu ni.. + elergy menghalang! hahaha

kat sini mentarang pun ada tau... 


haaaa ni senarai harga dekat sini haaaa aku pernah ckp tentang compare harga dengan Senandung Malam-Bagan Lalang tu kannn haaaa nah mari kita compare.. 
*mohon zoom kalau nak tgk harga yerr.. maafff hehehe tapi yang pasti kat Kuala Perlis ni harga dia 2 kali ganda lebih murah dari bagan lalang..

total : ikan bakar RM4.00 + nasi RM1.00 + Teh Ais 2 RM2.40 = RM7.40 sahaja..
murahhhh kannn hehehe

dan inilah yang kitorg makan.. mr.H yang gigih makan nasi.. aku ratah ikan je.. hehehe.. ok sejujurnya.. mungkin aku tersalah kedai.. sbb ikan bakar die sangat tidak memenuhi cita rasa aku.. 1st air asam die die pakai cencaluk so totally out utk tekak laki aku,. aku gagahkan jugak, tp last2 ratah gitu je sbb rasa cencalok tu terlampau kuat.. masinnn!. thennnnn ikan tu tak di bakar dengan baik. mmg berair lagi ikannyer,. perapan die ok jela nak ckp sedap tu aku boleh katakan tidak lah!

so kalau korang rasa nak singgah kat medan ikan Bakar Kuala Perlis ni pastikan korang pilihlah kedai yang mcm ramai sikit org sbb mungkin kat situ sedap.. dan sekarang dah tau kenape kedai yang aku pegi tu takde orang.. tapi Teh Ais kat perlis aku takleh nak complain sbb pegi kedai mane pun rasa Same.. Sedap terukkk! hahaha

bagi yang nak kan lokasi boleh Google Map 
MEDAN IKAN BAKAR KUALA PERLIS

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: emosi tergangu bercelaru.. kejap nak makan, kejap nak marah, kejap nak nangis.. pahal aku ni.. tapi yang pasti aku lapar memanjang!



Friday 6 March 2015

Food Review : Pak Ngah Cafe Setapak!

Assalamualaikum,

haaa ni kes termengidam Lambchop sbb nak belanja si Nurie ngan laki die tapi biaselah kerja semua time mcm keje oversea kan so org ni cuti org ni keje, org ni cuti org ni niaga.. so sbbkan dah takleh nak tahan dah kemengidaman itu..

aku ngan mr.H pegilah dulu menyerbu Pakngah Cafe bawak Mama, Abah, Boy dgn Diksu sekali lah.. saje lame tak kuar makan ramai ramai,,.. hahhh ni cafe milik Pak Ngah yang buat lagu Siti Nurhaliza la,, lagu Noraniza Idris lah.. haaa ni mmg cafe milik die tau.. sbnrnyer ni adalah kali ke 3 kitorg makan kat sini.. cuma 1st &2nd haritu lupe nak review hehehe so kalini aku review ok..





cafe berkonsep santai ni mmg sangat best kalau nak duduk melepak.. dan menu juga boleh tahan.. ada macam macam,, dari western, makanan melayu, kebab, burger bakar, nasi kukus berempah,, haaa mmg banyak lah menu die.. tapi kalini mr.H, mama, Boy, Diksu semua memilih utk makan Lamb Chop die sbb kitorg mmg dah tau western kat sini mmg power gile sbb waktu 1st time datang haritu kitorg makan Grill Chicken Chop die.. mmg sampai mimpi wehhh sedap die..


inilah rupe lambchop die.. hahahaha
ok tolong lap air liur semua.. 
hahaha ok sejujurnya mmg lambchop die super best ok!,, daging yang lembut tak liat,, black paper sos die ngam,, ngan perapan daging die mmg dimasak dengan penuh kasih sayang.. hahaha ok aku dah dapat port makan lamb chop pas ni.. mmg aku datang lagi la sini..
eehhh takde menu lain ke kat sini? haha ada.. jangan risau.. sbb kan mama, Boy diksu Mr.H semua order lambchop so aku makan ni jelahhh.. KacangPool! dan abah pulak order Mee Kari,, tp sory tak ambik gambar sbb abah dah Ngap Dulu! hahahaha and according to abah die kata mee kari sedap!


Kacang Pool ni nak level sedap masih tak boleh lawan KacangPool larkin,, mmg lain sikit la rasa die tapi masih boleh dimakan berbanding kacang Pool di Enjoy's Corder yang pnh aku review dulu..

Harga kat sini pun boleh tahan aku levelkan Murah Juga la.. 
ok total semua
 (4 Lambchop + KacangPool + Mee Kari + 2 LaicheeKang + Limau Ais + Teh Ais + Air Kosong 4)
  RM 68.00 sahaja.. haaa kira reasonable gak la kan.

kebetulan kitorg datang,, and Mak Ngah (wife PakNgah) tu abah kenal,, and kebetulan pulak PakNgah Pun sampai.. hah mmg kawan2, diorg dah jumpe kan.. panjang la bebual die.. kehkehkeh

jadi bagi yang nak mencuba makan di Pak Ngah Cafe ni, boleh google map tempat die
PAK NGAH CAFE
32, JALAN PRIMA SETAPAK (off Jalan Genting Klang)
53000 Setapak,Kuala Lumpur
Waktu operasi : Setiap Hari 11.00pagi -2.00pagi
Cuti : Isnin Minggu Pertama & Ketiga setiap bulan


Thanks For your time
xoxo Puan Husna


Thursday 5 March 2015

#NNPremiereScreening : Movie CHAPPiE


Assalamualaikum...


Language:English
Subtitle: -
Genre:Action / Thriller
Running Time: 120 minutes
Director:Neill Blomkamp
Cast:Sharlto Copley, Dev Patel, Ninja, Yo-Landi Vi$$er, Jose Pablo Cantillo, Sigourney Weaver, Hugh Jackman
Distributor:SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Synopsis:
Every child comes into the world full of promise, and none more so than Chappie: he is gifted, special, a prodigy.  Like any child, Chappie will come under the influence of his surroundings – some good, some bad – and he will rely on his heart and soul to find his way in the world and become his own man.  But there's one thing that makes Chappie different from anyone else: he is a robot. The first robot with the ability to think and feel for himself. That’s a dangerous idea – and it’s a challenge that will pit Chappie against powerful, destructive forces that would ensure that he is the last of his kind. 


haaaaa semalam telahpun berlangsungnya #NNPremierScreening untuk Movie yang akan mula di tayangkan di pawagam pawagam berhampiran hari ini, iaitu cerita #Chappie. ok dah baca sinopsis? haa now aku nak bagi pendapat aku tentang cerita ni..

Jalan cerita yang cepat dan tidak banyak tanda tanya membuatkan aku rasa cerita ni makin di tgk makin best.tak sedar duduk dlm tu 2 jam. dan kisah Chappie si robot yang mampu berfikir dan mempunyai perasaan membuatkan watak chappie ini sangat fun untuk di tonton.. cerita ni berjaya menarik minat aku dengan jayanya... unsur ganas dalam filem ni pun tidak lah terlampau extrem mcm cerita saw ke ape, cuma mmg sesuailah 18 tu untuk filem ni sbb unsur gangster dalam filem ni boleh tahan power jugak.. eemmm aku dan mr.H adalah peminat Hugh Jackman tapi watak die dalam ni aku tak berapa minat hehehehe sorry nak tau nape aku tak suke.. korang kene g tgk sendiri cerita ni ok.... tapi lakonan die masihhh power as usual! and watak yang paling memberi kesan pada aku adalah watak mommy Chappie.. alaaaa cite ni pun aku boleh bantai nangis wehhh.. pelik.. tp mmg ada part2 yang agak sedih.. bagi peminat movie, korang kene pergi tgk cerita ni. so kalau nak g tgk movie tak tau nak tgk cerita ape.. haaa boleh tgk ni, sure tak tido dalam panggung hehehe. so bagi skala bintang...

mau beri brapa bintanggg yaaaa????

OK Saya Bagi 4 Bintang...

spacial Thanks utk Nuffnang sbb bg i tgk movie ni.. hehehe baik hati rupenyer Nuffnang ni *bodekkk kuat husna ni.. bodek2 untung2 dapat tgk #Cinderella pulakk heheheheh

thanks for your time
Xoxo Puan Husna


Wednesday 4 March 2015

#WW : Belajar Bersyukur!

Assalamualaikum,,


Bersyukurlah.. dengan setiap apa yang Allah berikan.. 

Thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: malam ni tgk movie uallssss

Tuesday 3 March 2015

Honeymoon - Day 3 : Wang Kelian & Satun Thailand

Assalamualaikum,,

ok harini sambung lagi cerita honeymoon heheheh,,, muak ke? tak kira nak muntah ke ape aku tetap nak sambung hehehehe...

ok setelah berjaya menjejakkan kaki ke HATYAI dan TEMPAT TEMPAT SEKITAR PELIS, nowww aku nak cerita tempat lain pulee.. haaa setelah sedikit hampa sebab tak dapat shopping kat padang besar dan hatyai sbb harga yang tak berapa nak murah,, so mr.H pun kata takpela.. takde rezeki la tu nak shopping kat sana,, then mr.H ajak ke Gua Kelam,, saje la nak ambik2 gambar kan..

tibe-tibe aku ternampak signboard Wang Kelian, then mr.H kata wang kelian tak tau ada orang niaga ke tak sbb hari biasa kan.. aku pun search2 internet kata bukak hari sabtu dan ahad sahaja.. tapi disebabkan gerak hati aku ckp takpela kita pegi je la.. ada kita masuk, takde kita balik.. sbb jarak antara Gua Kelam ke Wang Kelian tu cuma 11km je.. tak jauh pun kannnn.. so Mr.H pun ikut la cakap bini tercinta ni ewaaahhhh.. hehehe





sebelum sampai ape lagi kasi tempel gambar berdua dulu banyak banyak..
*mohon jangan nyampah tgk pengantin basi ni heheheheh


sampai2 je terus tanya kat abang kastam tu,, pastu die kata,, ada orang meniaga tapi tak banyak.. nak masuk tgk pegi lah, die kata... 





so untuk masuk ke Satun, dari wang kelian ni.. tak perlukan passport pun.. tapi kalau gedik nak penuhkan passpot dengan cop pun boleh je.. heheheheh so kitorang pun masuk la tgkkk. jalan kaki je tau.. sbb die btl2 di sempadan pintu pemisah malaysia thailand,. and ad a few kedai yang buka jugak boleh kata 50% tutup jugak la.. kalau nak betul2 meriah mmg kene pegi sabtu ahad,, silap2 nak cari parking pun susah.. 

sumber :Google *sbb lupe nak ambik gambar hehehe


kitorang tgk2 sbb misi utama adalah nak beli Periuk, dan pengkukus mama,, so tanya2 harga.. perrrhhhhhhhh boleh dikatakan harga kat sini jauh lebih murah berbanding padang besar.. 
kalau pengkukus mama size besar aku tanya di padang besar *ehhh berapa banyak besar daaaa, kehkehkeh, RM95.00 tapi kat sini aku dapat 
RM58.00 sahaja.. haaaa ape lagi mmg sambar terus lahhh..

di satun ni pun,, boleh guna duit kita je kalau nak shopping tak perlu tukar duit Bath pun takpe.. 
so misi mencari periuk berjaya disini.. Yer la.. org meniaga mcm mr.H mmg die pun naik gile nak beli periuk kat sini sbb mmg murah sangat sangat.. mr.H berjaya membeli 3 jenis periuk, dengan harga RM40.00 sahaja untuk 3 periuk,, tak ambik gambar pulak.. 





haaa lebih kurang mcm ni la periuk yang di beli bersize besar.. haaaa murahhhh kannnnn,

dan disebabkan kukus mama besar, periuk besar mr.H dah 3biji.. so kereta pun penuhhh hahaha so aku nak beli toto pun terbantut.. sbb toto kat sini pun murahhh wehhhh,, RM20 ke RM30 je dah boleh dapat.. dan paling aku mmg rasa nak borong, semua barang daput kat sini.. haishhh tp sbb bawak kereta.. kalau bawak lori aku rasa penuh lori aku hahahahaha.. 

takpe raya ni kita g lagi ehhh hehehe.. so misi berjaya dan aku gembira sbb akhirnya berjaya juga shopping,, so aku boleh la balik dengan hati yang riang gembira.. hehehe, tapi kalau korang ke sana.. ingat ada barang kawalan yang korang tak dibenarkan bawa keluar/masuk,, mcm mangga, buah jambu,, and kebanyaakan buah buahan la cite die.. sbb tu barang kawalan.. dan ada afew jugak la tp ada tulis waktu korang jalan kaki masuk tu.. 

so kalau korang sampai perlis,, jangan lupe ke Wang Kelian/Satun ni.. ok takde passport pun takpe.. boleh je masuk hehehe so tamatlah misi kami untuk hari ke-3 di Satun/WangKelian
nak cerita pasal makan ikan bakar di Kuala Perlis tapi gambar kat hp Mr.H pulak.. esok la esok aku cerita ok! hehehe

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: terima kasih la sbb tak jemu baca blog aku ni hehehe love you guysss!




Monday 2 March 2015

Food Review - Restoran Senandung Malam Bagan Lalang

Assalamualaikum,,

fuh fuh balik je dari honeymoon dapat pulak call dari kawan Mr.H si Mat dan bakal pasangan hidup die yang bermurah hati nak belanja kitorg laki bini makan ewaaahhh.. ni dah kenape nak bodek kitorg ke ape ni? nak suruh tolong bawak dulang ehhhhhh ke nak suruh jadi pengapit? haahahaha

so lepas deal semua sabtu lepas,, dieorg pun bawak la kitorg makan di SENANDUNG MALAM IKAN BAKAR di Bagan Lalang, ngammm perut tengah lapar,, and tempat tak pernah pegi.. kitorg sampai sekitar jam 9.00malam macam tu.. sampai sampai ramai gile manusiaaaa, malam minggu kan.. ramai bawak family keluar makan..



tapi rezeki kitorg la tu.. ngam ngam ada satu je table kosong.. so kitorg pun duduk.. si Haziera tunggu di table so aku ngan mat ngan mr.H aku g la memilih ikan ke ape2 je la yang nak di makan.. 


ada macam -macam pilihan makanan laut kat sini.. korang masuk je dalam bakul,, dan timbang bagi tau nak masak ape..


bagi aku harga kat sini boleh tahan mahal jugak boleh dikatakan 2 kali ganda dengan harga di Kuala Perlis yang aku pegi hari tu.. haaaa tapi entry Kuala Perlis nanti aku crita ok!






so pilih punyer pilih,, disebabkan aku ni ada masalah makan seafood tapi tahap degil level 52 sooo aku bedall kan je la kan.. org nak blanje pulakkkkk! hehehe so untuk 4 orang makan,, kitorg ambik 
sotong goreng tepung, pepahat kuis telur,ikan siakap 3 rasa (mr.h tak makan masak stim sedihhh), ikan pari bakar, tomyam campur, khailan ikan masin. and air tembikai satu jag.
  jadi tu adalah menu kitorg utk malam tu,, 


haa sambil menunggu makanan sampai,, pekene otak otak dulu,, kalau mlm minggu mcm ni,, bagi yang punyer kesabaran yang tinggi je boleh makan kat sini sbb ramai gile manusia,, so makanan pun agak lambat untuk sampai.. lebih kurang 1jam jugak la tunggu,, sbbkan pegi ngan mamber2 so boleh la sembang2 dulu,, kalau pegi bedua mau lepu jugak nak tunggu.. dari lapar sampai kenyang sampai lapar balik baru sampai makanannyer hahahaha



haaaa so dah sampai makanan, ni je sempat aku ambik gambar sbb dah lapo,, sooo masa untuk makannn.. makanan dekat sini bagi aku,, nak cakap sedap tu,, aku boleh levelkan sekadar Biasa,, ikan bakar die boleh tahan,, tapi kalau pegi dengan keluarga mungkin agak meriah makan same-same kan.. so untuk kesedapan makanan kat sini aku boleh bagi 3 bintang je.. sorry.. tp masih boleh dimakan.. n alhamdulillah org belanjeee pulak so bedalll je la..

so total utk semua menu yang kitorg order tu lebih kurang RM70.00++ 
sempat jugak terdengar ada satu family ni datang makan,, dalam 10 orang mcm tu bill die RM500.00++ eemmmkkk telan air liur aku jap hahaha, ape ape pun kalau nak makan,, pastikan kita ambil ape yang btl btl kita makan and quantity yang kita rasa cukup sahaja.. kalau ikut hati itu nak ini nak itu nak cuba ini nak cuba.. jangan tanye kenape beratus ok!.. 

bagi yang nak cuba makan di sini restoran ni terletak berdekatan Bagan Lalang Beach Resort seperti map dibawah ni..



ok thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: entry honeymoon pun tak habis lagi ni.. hehehe




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...